Wednesday, November 05, 2014

Bedtime Story : Kisah Nabi Zakaria

Bedtime story semalam

Alkisah umi ngantuk. Siangnya jenuh melipat kain yang dah berzaman tak dilipat. Sampai lembik2 rasa badan huhu.. dah terlelap pun seminit dua sementara anak2 solat isya. Tapi terjaga semula bila anak2 tanya, 'umi arini nak cerita apa?'.

Huhu.. ikutkan tu maleh nak segarkan mata sbb dah ngantuk sangat.. tapi mengenangkan simpulan bahasa hangat2 tahi ayam maka gigih juga lah bangun sebab taknak tergolong dalam golongan tahi ayam. Awal2 je buat lps tu peh... huhu.. dah la xplan so selak je apa yang boleh..

Sebesar-besar harapan

Ia adalah berkenaan kisah Nabi Zakaria yang giat berdakwah namun tidak mendapat sambutan dari kaumnya. Lebih menyedihkan, Nabi Zakaria tidak mempunyai anak.

Lalu Nabi Zakaria berdoa dengan doa 'la tazarni fardan wa anta khairul warisin' (Al Anbiya : 89-90) dan tidak lama selepas tu Allah menurunkan tanda Nabi Zakaria tidak dapat bercakap selama 3 hari (Ali Imran 40-41).

Maha suci Allah. Sekalipun Nabi Zakaria sudah tua dan isterinya mandul tetapi ikhtiar berdoa itu dikabulkan Allah. Maka apakah yang mustahil bagi Allah? Hanya mental block kita sahaja.

Sebenarnya doa Nabi Zakaria ni menjadi amalan saya sari bujang lagi. Lalu saya cerita kepada anak2 yang saya berdoa dengan doa ini dari umur remaja. Dan alhamdulillah sekalipun kurus keding tapi 7 anak syurga dah dapat dilahirkan.

Maka excitedlah anak2 nak hafal dan amal doa yang sama.. kihkih.. umi umur remaja baru mula baca sampai sekarang dah dapat 7 anak. Kalau anak2 dari sekolah rendah baca huhuiii berapa tu agaknya cucu umi nanti kekeke...

Bila disebut nama2 surah al Anbiya dan Ali Imran maka mereka sibuk nak buka tafsir. Lalu baca dari situ bersama2. Anak2 suka bila baca tafsir perkata. Mereka boleh faham makna setiap perkataan.

Ada beberapa persoalan yang anak timbulkan seperti 'macam mana Nabi Zakaria tak boleh bercakap tu?'.. alahai.. ilmu umi rendah.. bab ni patut abah yg cover. Jadi suruh anak2 tanya abah aje nanti..

Dan bila melihat senarai nama surah, anak2 juga tanya bagaimana nak hafal nama surah tu? Umi pun try la pasang suara nak nyanyi tapi fail haha.. so anak2 request makcik Safinaz Yusuf nyanyikan nanti diorg nk ikut kikiki... dah ade peminat macik kita sorg ni haha..

So ibu2 atau bapa2.. seeloknya biar ada tafsir per kata dalam rumah masing2. Kalau xtau nak cari mana no worry.. saya ada jual Tafsir Al Fateh kikiki

Sms/whatsapp sahaja je 0199515058 atau 01992350558

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!