Bismillahirrahmanirrahim,
Beberapa hari sebelum raya tempohari.. Saya ada terima soalan dr sahabat di fb. Bila teringat balik, saya rasa nak share jawapannya.
Jawapan yg bukan saya buat sbb saya bukanlah ahli utk menjawab persoalan agama. Utk pengetahuan saya bukan pelajar dalam bidang pengajian Islam.
Saya pelajar aliran sains yang hanya dapat kefahaman fikrah Islami selepas masuk ke peringkat U. Alhamdulillah.. Sekurang2nya ada yang mengajak saya duduk dalam bi'ah Islami.
Maka bila mendapat soalan yang bertanya tentang hukum, saya tidak akan terus menjawab tetapi saya suka mencari dengan melakukan carian dan bertanya kepada ahlinya sendiri.
Soalannya (saya edit sedikit) :
sy nak tanya sy ada baca sirah nabi s.a.w..dgn pembacaan yg xseberapa ni...sy tfikir...nabi muhammad s.a.w berkahwin dgn siti khadijah a.s dan selama hayat isteri pertamanya ini nabi s.a.w xde berkahwin lain...sehinggalah saidina khadijah wafat...adakah 1sunnah dgn seorg lelaki setia pada isteri pertamanya sebagaimana nabi s.a.w setia pada saidatina selama hayatnya?nabi s.a.w juga menghargai pengorbanan isteri pertamanya yg bersama baginda ketika susah dan senang baginda....sekadar bertanya dan xtau nak channel kat mana huhu...salam ramadhan~salam lailatulqadar... :)
Saya baca soalan ni pada masa musafir balik ke Parit Buntar. Sempat saya salurkan soalan ini kepada grup whatsapp. Pelbagai jawapan yang saya terima.
Ada kalangan sahabat kami yang kata pernah mendengar pendapat dari seorang ustaz katanya ya begitulah. Sunnahnya isteri pertama tidak dipoligamikan dan isteri kedua nanti baru dipoligamikan.
Jika tidak salah bacaan saya sendiri yang sunnahnya adalah berkahwin dan bukanlah poligami itu sunnah. Baginda kawin sorg ke poligami ke.. Itu utk tunjuk keharusan sesuatu hukum dan keadaan saja. Bermakna kahwin itu sunnah dan poligami itu harus. Tapi saya tak pasti sebab terlalu banyak pendapat dalam isu ini.
Kemudian ada seorang sahabat lagi menjawab :
Sy pernah dengar ada soalan ditanya
Poligami kan sunnah ustaz, tapi kenapa ramai ustaz2 kawin sorang je?
Ustaz jawab kawin sorang pun sunnah kawin ramai pun sunnah, sbb masa dengan khadijah nabi kawen sorang je. Lepas tu baru kawen ramai. Ustaz2 yg kawin sorang ni sbb amik sunnah nabi kawin sorang.
Maka saya tak pasti jawapannya apa.. Antara rujukan saya tentang urusan poligami ni adalah Ustazah Fatimah Syarha melalui link yang saya sertakan disini. Kepada para muslimat, cuba sediakan diri utk hadam tulisan dalam link tersebut. Saya tak sempat nak ulas lanjut.. Lagipula saya rasa penerangannya telah mantap jika dibaca dengan hati terbuka.
http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/09/apakah-beza-hukum-asal-poligami-itu.html?m=1
Selain Ustazah Fatimah Syarha, saya juga merujuk kepada beberapa buku tulisan Kapten Hafiz Firdaus (beliau sendiri mengamalkan poligami). Saya cuba mengambil pendapat yang sedikit berbeza untuk mendapatkan lebih kefahaman. (Saya belum habis membaca buku berkenaan)
Walaubagaimanapun saya sangat bersetuju dengan kata-kata seorang sahabat saya ini :
Pasal sunnah tu kan, byk sgt sunnah nabi yg kita ikut tp tidak 100% kerana x comply kepada ciri2 sunnah tu. contoh: sunnah nabi makan kambing. Tp bila makan kambing tu kita terlupa utk makan byk mana huhu. Camtu jugak sunnah berpoligami. Terhenti kat situ je. Ciri2 poligami tu tak dihayati/ diamalkan 100%. Itu sbb benda yg +ve nampak seperti -ve pada amalan sunnah. Maaf kalau silap ..
Saya juga tertarik utk memetik sebahagian daripada penulisan ustazah Fatimah Syarha :
Akibat Salah Faham Terhadap Hukum Asal Poligami Ialah Penyalahgunaan.
Ramai lelaki (bukan semuanya) yang menganggap poligami itu sunnah (dengan kefahaman ia galakan agama), biasanya akan bersegera, tergesa-gesa dan tetap berusaha melakukannya tanpa pertimbangan yang wajar, malah mencabar lelaki lain dan menggalakkan mereka agar segera berpoligami atau sekurang-kurangnya wajib menanam impian untuk berpoligami.
Minda mereka memotivasikan diri bahawa biar apapun yang terjadi dan biar apapun halangannya, menegakkan sunnah ini adalah baik. Perbincangan dan berfikir panjang dalam soal ini dirasakan tidak perlu. Mereka cenderung mengambil mudah. Inilah yang disebut penyalahgunaan poligami.
Sesuatu yang perlu difikirkan, menambah isteri atau anak tanpa memikirkan kepentingan akhirat mereka, telah diberi teguran oleh Allah SWT. Mereka mungkin boleh menjadi musuh kita di akhirat:
Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian isteri-isteri dan anak-anak kalian adalah musuh bagi kalian maka berhati-hatilah dari mereka“. (At-Taghabun: 14).
Ramai lelaki yang menganggap poligami itu sunnah juga biasanya (bukan semuanya) tergesa-gesa melakukannya walaupun tidak mampu memenuhi keperluan dan tidak mampu menjaga pendidikan anak dan isteri. Hal ini lebih cenderung kepada kerosakan, penzaliman dan pengabaian. Allah tidak menyukai kerosakan. Allah Ta’ala berfirman:
وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ
“Hendaklah mereka yang belum mampu untuk menikah menjaga kehormatan dirinya hingga Allah mencukupkan mereka dengan keutamaan dari-Nya” . (An-Nur: 33)
(Dinukil dari “Fiqh Ta’addud Az Zawjaat”, hal. 5)
Walaubagaimanapun, demi kesatuan ummat ini, lebih bijak jika kita mengambil sikap meraikan saja pendapat golongan yang bertentangan dalam isu sensitif seumpama ini. Usah diperbedat-debatkan dengan mereka. Takut makin parahlah perpecahan ummat. Dalam masa yang sama, kita berhak mengkaji dan membuat pilihan. Serta kita berbahagia meneguk keadilan dan kejernihan fikrah para ulama' muktabar yang lebih pertengahan. Semuanya dalam daerah pahala, samada betul atau salah, bukan antara hak dan batil.
***********
Sekian :)