Saturday, March 03, 2018

Kenapa AMWAY?

Bismillah,

MLM. Ada setengah orang bunyi saja jenama-jenama MLM ni terus menyampah. Tak terkecuali saya 😜. Kalau ada je orang yang kuat MLM ni, rasa macam bosan je huhu... Pada fikiran saya, kenapa agaknya mereka ni menjadi orang yang membosankan? Asal sembang je, promote produk. Apa hal? Macam takde life je diorang ni. 

Tapi, dalam rimas-rimas saya tu, saya selalu je terjebak dengan MLM. Dulu lah ya. Sekarang ada satu je la. Dan saya enjoy dengan yang satu tu setakat ni hehe. Dan MLM tu adalah AMWAY. Ya, nak baca sila baca. Tak mahu baca pun tak mengapa. Elok juga kalau kalian baca, mungkin ada sisi yang boleh dijernihkan di sini. 
 
 Jadi kenapa saya pilih AMWAY?
 
Point 1
Boleh dilakukan dengan duduk di rumah sahaja.
 
Point ini penting! Paling saya perlukan dalam keterbatasan saya ni sebenarnya.

Sesuai dengan saya yang berstatus working at home mother ni, maka masa saya memang banyak bersama dengan anak-anak saya. Oleh itu, saya lebih suka memilih bisnes yang boleh saya jalankan dari rumah sahaja. 

Caranya adalah dengan berkongsi kebaikan produk. Ini mungkin advantage bagi orang yang rajin menulis. Kenapa saya sebut perkataan rajin? Sebab rajin akan membuatkan kita pandai. Ada setengah orang kata dia tak pandai menulis. Tapi tau tak, kalau orang yang tak pandai menulis tapi dia bantai je menulis, lama-lama dia akan dapat catch up apa point yang orang suka baca.  

Selepas berkongsi kebaikan, mungkin akan ada prospek, maka proses konsultasi sudah boleh dimulakan. Di kebanyakan masa, ketika inilah kita akan mendapat kawan baru. Dengan bertambahnya kawan baru, maka lebih luaslah pemikiran kita. Tak gitu?

Lebih menarik, prospek yang respon setiap perkongsian kita itu, boleh dikatakan terus boleh bertukar menjadi customer kita. Maklum sahaja, kita bukan jenis orang yang suka nak pujuk apatah lagi paksa orang beli barang kita ataupun jadi ahli di bawah kita. Alat bantu jualan pun lebih mudah 😍. Banyak demo boleh didapati secara online mahupun daripada group support kita sendiri.

Point 2
Waktu yang fleksibel.

Jika dulu, mungkin kita runsing nak kumpul order, kemudian pergi ke cawangan AMWAY untuk mendapatkan stok dan kemudian mahu menghantarkannya pula kepada pelanggan. Kini, lebih mudah bila mana kita boleh menempah secara online dan barang akan terus dihantar kepada pelanggan dimana sahaja mereka berada.

Point 3
Kepelbagaian produk AMWAY.
 
Jika diteliti, barangan AMWAY terdiri daripada dua jenis. 

Pertama : Produk yang dikeluarkan oleh AMWAY sendiri yang mana ia memberi JAMINAN KEPUASAN atau WANG AKAN DIKEMBALIKAN.

Kedua : Produk keluaran syarikat ternama dan ada warranty seperti Philips, Noxxa dan lain-lain.

Ciri ini ada pada produknya :
  • Kualiti
  • Pati / Asli
  • Mesra alam
  • Pelbagai guna
  • Jaminan Kepuasan atau Wang Dikembalikan
Banyak sangat produk yang boleh dijual. Harganya pun berbaloi kerana kualitinya tinggi. Produknya mementingkan pengguna dan mesra alam sekitar. Kalau nak tahu, botol sabun pun dibuat dari bahan yang mudah di biodegradasi jika dibuang.

Point 4
Modal rendah untuk memiliki sebuah pasaraya.

Wah sangat bunyinya kan? Sekarang ni, nak ada pasaraya, tak perlu ada stok pun. Modal untuk menjadi ahli adalah hanya RM 95.40 dan selepas setahun, jika mahu diperbaharui maka kosnya adalah hanya RM 45 sahaja.

Ada orang runsing perlu maintain belian setiap bulan. Andai kata kita hanya spend RM 20 setiap bulan pun, tak ada masalah. Keahlian tak akan terbatal pun. Cumaaaaaa.... ya, cuma jika kita mahukan lebih iaitu dengan menikmati komisen sebanyak mana yang kita mahu, maka cubalah kumpulkan belian minimum sebanyak 250 PV dan ketika itu kita akan layak mendapat komisyen 3%.

Kiranya, jika hanya mahu menjadi pengguna pun tak mengapa, tapi kalau nakberniaga dengan cara sendiri pun boleh saja.

Point 5 
Latihan disediakan.

Ya, memang tiada paksaan untuk menjalani latihan ini. Namun, jika ingin berjaya memanglah kita perlu mengikuti mereka yang telah lama dan berpengalaman dalam bidang ini. Jika begitu, kita tidak akan membuang masa dan tenaga dengan mengejar jalan yang tidak membuangkan hasil. Oleh itu, dapatkanlah mentor yang awesome untuk berjaya tau!?

Point 6
Tiada limit atau kuota untuk berjaya.

Misal kata kita makan gaji, hanya seorang saja yang akan dipilih menjadi bos. Jika ada orang lain diangkat menjadi bos, maka itu bermakna bos lama akan dibuang. Berbeza dengan bisnes AMWAY, pangkat bos ni disebut DIAMOND. DIAMOND ni tak takut jika orang lain jadi DIAMOND juga. Kedudukannya tak tergugat. Dalam AMWAY semua orang boleh berjaya.

TAPI, KENAPA PULA RAMAI YANG TAK BERJAYA?

Beginilah, tak ramai orang yang sanggup sabar dan usaha berterusan. Bukan senang nak bina network dan network juga tak terjadi dalam masa yang singkat. Bab ni lah yang ramai orang gagal. Alah, saya pun macam tu juga. Time rajin, eh banyak pula aku dapat. Tapi datang time malas, ada juga masuk lapanblashengget hahahahaha...

Banyak cabarannya buat MLM ni. Cabaran paling besar adalah diri sendiri. Buat bisnes MLM bukan mudah. Bukan hanya kawan-kawan, family sendiri pun ada yang tak suka. Puncanya adalah sebab ramai yang tak jujur dalam perniagaan. Sebab tu, saya tak minat nak janji bulan dan bintang.

Selain tu, biasa je kalau kita tengok orang lompat dari satu MLM ke MLM lain. Bulan ni buat MLM ABC, bulan depan eh dah buat XYZ pulak! Puncanya adalah mudah terpengaruh dengan ajakan sana sini. Konon kalau join MLM tu lagi besar bonus. Atau MLM tu baru lagi jadi elok join sebab boleh duduk at the top of the pyramid. Tapi bila join, tak kaya pun? Kihkih...

Familiar sangat kan?

Beginilah, mungkin masalah kita (ya, termasuk saya juga) adalah tidak fokus dan tidak meneliti cara yang betul dalam berniaga. Cuba kalau kita fokus dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh, Saya pun masih belajar lagi. Jadi, kalau nak belajar sama-sama bolehlah kita bersama-sama menambah ilmu dan pendapatan juga hehe..

OK, jadi seperti yang dimaklumkan di atas, jika ada yang mahu join membership, maka modalnya adalah RM 95.40. Tapi cop, dengan belian pertama maksimum RM 400, anda akan dapat rebet RM 40. Mudah saja nak beli produk AMWAY, tak perlu lagi tunggu stokis belikan atau beratur panjang di kaunter untuk beli produk. 
 
Jual beli boleh dilakukan secara online. Belian melebihi RM 400 akan dapat free delivery. Sekiranya di bawah itu, kos delivery hanya RM 10. Masih berbaloi dari kita terpaksa menghadap traffic jam dan kos minyak.

Oh ya, no AMWAY Business Owner (ABO) diperlukan untuk mendaftar sebagai ahli. Untuk tujuan ini, anda mungkin perlukan penaja. Saya ada! Kalau anda mahu 🙈🙈. Boleh Whatsapp saya 0199515058.


 
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!