Wednesday, January 30, 2019

Kesepian dan Kesunyian : Apa Yang Kita Perlu Tahu

Bismillah,

Rasa sunyi atau sepi ini adalah satu emosi yang universal (semua orang akan rasa) dan kompleks (semua orang ada alasan tersendiri kenapa rasa sunyi). Kesunyian ni bukanlah disebabkan oleh satu punca tunggal semata-mata.

Sebagai contoh, anak kecil yang baru masuk alam persekolahan, akan rasa sunyi kerana belum berkawan lagi. Rasa sunyinya itu berbeza dengan sunyinya seorang lelaki tua yang kematian isteri yang sangat dikasihinya. Puncanya pun sudah berbeza maka penyelesaiannya sudah pastilah tidak sama walaupun mereka sama-sama sunyi.

Orang yang merasa sunyi ini tak semestinya dia duduk seorang diri tanpa orang lain dia rasa sunyi, kadangkala meskipun dia dikelilingi teman pun dia tetap masih terasa sunyi juga. Mereka mahukan perhubungan dan komunikasi dengan orang lain tapi minda sunyi mereka itu telah menghadkan perhubungan mereka dengan orang lain.

PENYEBAB
Kalau nak diikutkan oleh kajian pakar, sunyi juga adalah besar kaitannya dengan genetic (kajian oleh Dr John Cacioppo, Tiffany dan Margaret. Dan... saya tidak pandai nak mengulas panjang tentang kajian ini 😅😅😅. Kita sembang apa yang dalam common sense kita sahaja.

Banyak punca lain seseorang itu merasa sunyi seperti dipulaukan, baru berpindah ke lokasi baru dan penceraian. Kematian seseorang yang sangat dikasihi juga boleh membawa kepada kesunyian. Jika melarat, ia akan menyebabkan seseorang itu merasa depressi dan kurang keyakinan diri.

RISIKO KESIHATAN
Kesunyian akan beri kesan kepada kedua-dua fizikal dan mental seseorang :

+ Kemurungan
+ Rasa hendak membunuh diri
+ Penyakit kardiovaskular dan stroke
+ Rasa lebih tertekan
+ Menurunkan daya ingatan dan lemah dalam pembelajaran
+ Anti sosial
+ Selalu salah membuat keputusan
+ Lebih mudah nyanyuk

Orang yang sunyi cenderung untuk mengambil diet tinggi lemak, tidur mereka tak jenak (tak lena) dan selalu keletihan. Malah, jika tidak kuat iman, mereka ini akan terjebak dengan arak dan dadah. Kesunyian juga boleh mengganggu sistem sel dalam badan sehingga seseorang itu lebih cepat tua berbanding usianya.

PASTIKAN KITA ADA KAWAN RAPAT
Tak perlu ramai, 3-4 kawan yang kamcing sudah memadai. Namun apa yang terjadi kepada masyarakat kini adalah, mereka banyak meluangkan masa dengan sosial media yang mana persahabatan seperti itu ibarat di awang-awangan sahaja.

Terdapat kajian di US, sejak 1985 lagi bilangan orang yang memiliki kawan baik menurun mendadak tiga kali ganda dan ia bertambah teruk dengan adanya internet. Maka, eloklah jika kita mencari kumpulan kecil untuk membuat satu halaqah atau usrah yang mana kita selalu akan berhubungan dengan mereka ini.

KESUNYIAN BERJANGKIT?
Perasan tak, kalau kawan kita menguap, kita menguap juga. Sunyi pun boleh berjangkit juga. Jika kita berkawan dengan orang yang kesepian ini, dan kita tak bantu dia keluar dari kesepiannya itu, maka tak mustahil kita juga akan mengalami seperti yang dia alami juga.

TIP UNTUK MENGELAKKAN KESUNYIAN
In syaa ALLAH, kesunyian boleh diubati. Kita sendirilah yang perlu sedar dan berusaha untuk melakukan perubahan. Perubahan itu sedikit sebanyak akan menjadikan kita orang yang lebih gembira, sihat dan kelak juga boleh memberi aura positif kepada orang lain di persekitaran kita. '

+ Perlu sedar bahawa diri sendiri itu sedang sunyi dan mesti ada rasa hendak berubah

+ Perlu faham bahawa kesunyian akan memberi kesan kepada fizikal dan mental kita

+ Sertai program kemasyarakatan atau apa sahaja aktiviti yang kita berminat dengannya. Dengan ini, secara tak langsung kita akan dapat kawan baru dan lebih mudah untuk menghubungkan jalinan sosial dengan orang sekeliling

+ Dalam ramai-ramai kawan itu, fokus kepada mereka yang mempunyai sikap, minat dan nilai yang sama dengan kita.



+ Positiflah. Memang diri kita sendiri yang perlu berdoa yang baik-baik, jangan sehingga ALLAH biarkan kita sendirian, bimbang nanti kita ditemani syaitan pula.





Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!