Bismillahirrahmanirrahim,
Saya nak simpan nota ni untuk diri saya sendiri dan sesiapa yang turut nak ambil manfaat darinya.
Adik saya mengadu bengkak susu. Sakit la wei kalau dah bengkak susu tu. Dalam kepala saya terus teringat essential oil but still saya kena baca apa yang patut dibuat dengan essential oil tu.
Jadi, bila buat carian sikit saya jumpa ini :
1. Dilute melaleuca dan lavender dengan carrier oil dan sapu sekitar breast tu. Melaleuca (tea tree) ada fungsi yang baik untuk halang berlakunya mastitis (pastinya dengan izin ALLAH).
2. Sapu Copaiba setitik dua ke breast yang bengkak dan sakit tu.
3. Sapu Deep Relief Roll-On -- yang ini gunakan selepas menyusu dan time kita agak baby tu nak tidur lama
Ada juga yang advice guna peppermint untuk slowkan susu tapi saya tak advice begini melainkan kita dah nak hentikan penyusuan.
Yang penting ketika nak menyusukan semula, lapkan dengan kain basah untuk bersihkan sisa minyak jika masih ada sebab bimbang baby tak selesa. Biasanya saya perhati essential oil ni cepat je meresap ke dalam kulit. Jaranglah nampak berminyak lepas 5-10 minit kita sapu tu.
Alhamdulillah kat rumah ada tea tree yang haritu saya beli di event Oven Nini sebab seisi rumah terancam dengan kutu. So, saya dilute dengan lavender sekali as per advice tu untuk adik saya ni. Moga ALLAH bantu penyembuhan dia.
Pasal kutu tu, alhamdulillah setelah pakaikan semua anak-anak dengan tea tree plus carrier oil memang menyusut banyak kutu tu. Suami saya cukup puas hati daripada guna ubat kutu beli kat farmasi tu.