Bismillah,
Saya sedang berhutang. Hutang itu menghantui saya setiap kali anak menangis. Sekarang saya mahu membayar hutang supaya rasa aman selepas ini haha...
Saya berhutang untuk menjawab soalan ini :
Assalamualaikum w.b.t. Moga Pija berada di bawah lindungan dan rahmat dari Allah s.w.t.
Terlebih dahulu ampun dan maaf saya pohonkan seandainya mesej saya mengganggu urusan Pija. Saya juga mendoakan kesihatan Pija berkekalan. Gembira dan bersyukur rasanya Pija kembali sihat seperti sediakala.
Entah kenapa Pija menjadi rujukan saya. Saya mahu bertanya mana tahu Pija boleh berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang Pija ada untuk saya dan juga orang lain.
Terus kepada soalan saya. Anak ke empat saya berusia 2 tahun. Macam mana ye nak buat bila saya buat kerja-kerja rumah macam memasak, lipat baju, sidai baju dia mesti menangis sekuat hati. Bukan nak apa pun. Nak didukung sentiasa. Jadi susahla kan nak buat kerja. Kadang tu kita duduk depan mata pun menangis nak dukung. Stresslah jadinya kan? Mulalah nak marah-marah je sebab telinga dah tak tahan dengar anak menangis tak tentu sebab.
Kalau Pija tak balas secara private pun takpe. Berkongsi ramai- ramai adalah lebih baik. Saya tidak perlukan jawapan segera. Ambillah masa Pija untuk membalas.
Saya dahului dengan terima kasih yang tak terhingga.
Wassalam.
Sebenarnya saya bukan orang yang sesuai tau layak untuk jawab soalan ini. Anak ramai belum menjamin ilmu parenting saya cukup baik sehingga membolehkan saya berkongsi.
Jadi saya akur jika ada yang boleh memberi teguran kepada saya andai apa yang saya tulis ini salah. Ini hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja dan belum tentu sesuai utk semua.
Saya pernah melalui keadaan seperti sahabat saya ini. Anak pertama kuat menangis. Yang kedua sehingga menghempas badan kebelakang. Yang ketiga ada urat biru melintang diantara dua matanya menunjukkan dia ada sawan tangis.
Yang sulung lahir 2004 diikuti 2005 dan 2006. Berturut2 bersalin tiga tahun itu. Jika minta diulang, saya mahu anak tapi tidak mahu kesusahan yang saya pikul selama itu.
Pernah sekali semasa anak menangis dan ada yang mengambil videonya membuatkan saya rasa terguris hati. Tapi itu kisah dulu, saya sudah memaafkannya dan memahami mereka tidak berniat membuat saya kecil hati.
Rupanya, fasa ini suatu hari adalah indah untuk dikenang. Sungguh, saya mampu tersenyum bila teringat kekalutan diri sendiri membesarkan 3 anak itu. Dan kini mereka telah besar dan sangat baik sekali. Jauh lebih baik dari mereka suatu masa dahulu itu.
Sifirnya mudah. Mudah disebut sebenarnya tapi payah dibuat. Ada beberapa perkara yang perlu dipenuhi apabila anak menangis.
1. Laparnya -- diberi makan (untuk usia dua tahun)
2. Keselesaannya -- jika sejuk diselimutkan, jika panas dikipaskan, jika basah beri persalinan yang baru dan perkara lain yang berkaitan.
3. Mengantuk matanya -- diberi tidur
4. Sakitnya -- diberi rawatan
2. Keselesaannya -- jika sejuk diselimutkan, jika panas dikipaskan, jika basah beri persalinan yang baru dan perkara lain yang berkaitan.
3. Mengantuk matanya -- diberi tidur
4. Sakitnya -- diberi rawatan
Perincian kepada perkara berikut pasti panjang berjela. Insya Allah dikesempatan lain saya akan cuba kupas satu persatu. Jika kalian ada yang tidak memahami tanda lapar, tidak selesa, mengantuk dan sakitnya maka bolehlah bertanya.
Namun ada satu lagi yang tidak kurang pentingnya iaitu emosi kita sebagai ibu. Jika ada yang perasan, bila bayi kita kerap menangis bila bersama kita, akan ada org yg lebih tua menawarkan pertolongan untuk membantu anda seperti ibu atau mertua kita sendiri.
Selepas sahaja anak kita dipangkuan mereka dia senyap. Ya, ia semudah itu. Bayi perlu orang yang menjaganya tenang barulah dia akan turut rasa tenang. Saya sendiri anak berhenti menangis selepas saya boleh mengawal emosi. Tapi ini kerap kali akan menjadi pada bayi. Pada budak berusia dua tahun, bagaimana?
Sebenarnya, asas yang saya gunapakai adalah begini. Bermula anak keempat itu saya baru tahu kepentingan menyusukan bayi secara eksklusif. 6 bulan eksklusif dan selepasnya mula campur dengan susu formula.
Jadi keyword pertama adalah menyusukan anak secara eksklusif selama mungkin. Maka saya bermula disitu. Anak saya rupanya masih menangis tetapi berganda kurang berbanding dahulu.
Selepas melahirkan anak kelima, suami mula mencadangkan formula baru. Jaga pemakanan. Kali ini, bukan anak aje yang menangis, umi dia lebih-lebih lagi. Sayangnya saya nak tinggalkan roti, kek, biskut dan lain-lain.
Tapi cabaran ini menjadi lebih mudah dengan adanya sokongan dari suami (special thanks laling Mohd Sabri Salleh). Sehingga dengan bantuan dia saya tidak rasa perubahan yang kami lakukan itu terlalu mendadak.
Keyword kedua - jaga pemakanan. Bukan sedikit perubahan dilakukan. Bayangkan rumah kita tanpa processed food seperti roti dan biskut malah milo, susu formula, sos dan kicap pun tidak ada!
Kenapa pemakanan saya letakkan sebagai keyword? Dengan menjaga pemakanan kita akan berikan kepada anak kita makanan yang menepati keperluan mereka.
Saya sebut beberapa contoh disini. Contoh pertama : susu formula. Selepas berukar susu formula ke susu segar, hilang terus masalah muntah, batuk, selsema, kerap menyusu, kurang selera makan, diapers kerap bersalin, kencing tiris ke tilam, tantrum dan banyak lagi.
Ya! Dengan hanya menukarkan susu formula kepada susu ibu dan susu segar segalanya bertukar sehingga saya rasa sayalah ibu yang paling bahagia di dunia ini. Memang saya tidak akan sesekali berpatah balik kepada susu formula. Nehi kabi nehi!
Contoh kedua : bertukar dari gula putih ke jaggery. Anak saya tidak lagi lasak melebihi had seperti sebelumnya. Mereka jadi lebih cenderung minum air masak dan hanya minum sesudu gula sehari bersama dua gelas susu.
Selera mereka pula jadi bertambah sehingga jarang sekali makanan yang saya masak terbazir sekalipun resepi yang saya buat sehabis pelik. Bila selera makan mereka ok maka saya juga mula belajar memasak dengan jayanya.
Faedah dari saya memasak itu pula sangatlah besar sehingga akhirnya terhasil ebook saya yang saya jual beberapa lama dahulu iaitu ebook Masak Dari Hati. Insya Allah saya akan baiki ebook tersebut dan mencari publisher yang sesuai untuk dibukukan pula.
Perlukan contoh lagi? Pengharaman processed food dalam rumah ini telah meningkatkan taraf kesihatan anak2 kami. Saya yakin atas sebab kesihatan mereka lebih terjagalah maka ragam mereka semakin kurang.
Malah peribadi mereka tidak lagi terganggu berbanding zaman tidak menjaga makanan dulu. Hubungan saya dengan anak2 juga semakin pulih dengan air tangan saya yang selalu mengalir kepada semua anak2 dan suami.
Saya faham, perubahan ini tidak mudah. Tapi lebih lama kita tangguhkannya lebih lama pula kita merana. Saya yakin ibu bekerja juga boleh melakukan ini asal sahaja pihak bapa memberi pertolongan dan sokongan tidak berbelah bahagi.
Saya harap, ini menjawab persoalan yang bersarang difikiran sahabat saya itu. Maaf kerana terlalu panjang. Ini adalah kerana saya terlalu menghayati soalan ukhti itu.
Saya harap, ini menjawab persoalan yang bersarang difikiran sahabat saya itu. Maaf kerana terlalu panjang. Ini adalah kerana saya terlalu menghayati soalan ukhti itu.
Justeru, saya doakan kalian boleh melakukan sesuatu yang lebih baik dari saya. Sebenarnya ada lagi beberapa point yang perlu ditambah. Tetapi perkara lain itu hanya akan berlaku selepas dua keyword ini diamalkan terlebih dahulu.
Wal akhirah - tlg doakan saya. Doakan doa saya setiap kali selepas solat dimaqbulkan Allah. Itu sahaja yang saya perlukan dari kalian. Terima kasih daun keladi.
I wanna tell that this is very beneficial , Thanks for taking your time to write this. Find out today's Celebrity birthdays and discover who shares your birthday. We make it simple and entertaining to learn about celebrities.
ReplyDelete