Bismillah,
Kalau tak sempat mesin tebu, inilah jaggery yang kami selalu beli dan gunakan untuk menggantikan gula putih. Ia adalah pemanis semulajadi yang diperbuat dari tebu yang dipekatkan. Dia claim tiada pengawet dan pewarna.
Kalau ikutkan, kami masak air tebu pun akan jadi kaler lebih kurang ni. Jadi, kenapa gula kita berwarna putih?
Untuk pengetahuan selepas beralih ke gula ini, anak-anak saya tidak lagi ketagih air manis seperti dulu. Dulu 4 liter air teh tak sampai ke petang. Tapi sekarang 2 liter saja dah cukup dan secara semulajadi mereka mula minat minum air masak.
Nak makan benda manis boleh, asal saja ia dibuat dari bahan yang betul dan dengan kadar yang betul. Biar akal dan minda kita yang mengawalnya dan bukan nafsu.
Oh ya, mungkin ada yang tertanya-tanya sedap ke guna?
Buat kuih beres sedap
Buat air teh O kureng sikit tapi kalau campur susu mabbeles
Buat kopi atau air limau sedap amat
Hah apa lagi nak tau?