Tuesday, February 26, 2019

Bila Suami Nak Kahwin Lagi


Bismillah,
Seterusnya saya mahu berbicara tentang poligami. Ye, POLIGAMI..
Soalan pertama saya (tak perlu jawab pun, jawab dalam hati aje). Adakah suami kalian tidak sudah-sudahnya menggiat kalian bahawa dia mahu berkahwin lagi?
Apakah dengan usikan atau kenyataan dia itu jiwa wanita kalian terluka? Pada diri saya dahulu ya. Pernah diusik semasa sedang makan sudahnya saya menangis didepan rezeki.
Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca wall puan Nurul Adni Adnan yang menyatakan suami yang mahu berkahwin tak perlu berselindung dengan isteri. Mereka patut memberi pendedahan kepada isteri dan mungkin anak2 untuk menghadapinya. (oh ye, terima kasih kerana dicelahan ramai saya terpilih berada di frenlist puan)
Barulah tiba2 saya sedar bahawa usikan itu adalah wajar. Kenapa saya rasa wajar? Kerana dengan usaha itu saya selalu cuba menjadi isteri terbaik buat seorang suami yang dicintai kerana Allah SWT. Saya mengambil usikan ini secara positif.
Saat diusik, saya akan cari kesilapan diri, yang mana kelihatan terang ditegur suami maka saya akan letak prioriti tertinggi untuk ubah kesilapan itu. Itu perkara pertama.
Kedua, dengan usikan yang tidak berpenghujung ini, saya rimas untuk mengelak dari terus diusik. Jadi boleh sahaja saya berdoa supaya sama ada perkara itu dijauhkan dari kehidupan saya atau jika seandainya terjadi saya berdoa supaya saya redha.
Maksudnya kita akan meletakkan pergantungan kita kepada Allah. Minta supaya Allah gerakkan hati suami kita supaya tidak menduakan kita atau supaya dia adil jika ditakdirkan dia berpoligami.
Ketiga, kita secara tidak sedar akan selalu memperingatkan diri bahawasanya kita mungkin tidak terkecuali dari diuji dengan ujian poligami. Lalu dengan rasa sedar diri tindakan berikut boleh dibuat.
Pertama, didik hati supaya redha dengan takdir Ilahi. Kedua, pastikan diri sendiri rasa 'berada dalam zon tidak selamat' supaya tindakan positif boleh digunakan untuk menambah baik nilai diri.
Ketiga, boleh susun strategi lebih awal andai perkara itu terjadi. Sama ada hendak menjadi madu yang baik atau mungkin kerana anda tahu suami anda tidak mampu menjadi suami yang baik dengan isteri ramai maka persediaan untuk berdikari perlu ada.
Jadi, saya rasa ada benarnya pesanan orang yang berpengalaman dalam hal ini seperti puan adni. Jujur saya katakan, saya masih tidak mampu seperti puan malah sedang mendidik hati untuk terima.
Fokus saya, adalah supaya saya menjadi seorang yang solehah, yang tidak meletakkan pergantungan kepada suami semata2. Dunia ini singkat. Adalah rugi jika kita selalu negatif dengan ujian dunia.
Berdoalah, kerana hati kita dan hati suami berada didalam kekuasaan Nya. Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu secara sia2. Jangan jadi orang yang lemah sedangkan usikan itu belum tentu menjadi kenyataan.
Berdoalah supaya mendapat hati yang redha. Andai tidak boleh melalui fasa itu, doalah semoga kita kuat melawan ujian.
* tolong faham, saya tidak menggalakkan perceraian. Perhati betul2 suami kita dan sukat kemampuannya. Jika dia mampu dan didalam dirinya ada nilai tertinggi memartabatkan Islam, maka mungkin tidak salah untuk berkongsi. Saya bukan anti poligami dan saya percaya jika mengikut lunas agama dengan tepat, poligami tidak akan menjadi zalim *

1 comment:

  1. It is my first visit to your blog, and I am very impressed with the articles that you serve. Give adequate knowledge for me. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!