Tuesday, February 26, 2019

Bagaimana Mengatur Kehidupan Supaya Lebih Teratur

Bismillah, 

Sebentar tadi seorang kakak cantek bertanya saya soalan :
Assalamualaikum pija..bole tak pija share dgn akak rutin harian pija bermula dr bgn pagi sampai mlm..akak just nak tau mcm mana pija manage anak2 n urusan rumahtangga.anak akak 2 org je tp rasa mcm tak cukup masa...hehe
Jawapan saya :
Sebenarnya saya xde jadual khusus. Satu lagi kalau buat jadual at last saya frust sbb saya bokeh follow jadual tp anak2 xleh huhu
Dan kalaupun anak2 boleh, abah dia plak xboleh. So kene pandai2 huhu..
Sblm ni saya sll buat checklist. Pagi2 kita visualize dulu apa yg kene buat hari ni. Pergi dr hjg depan rumah dan scan apa nk buat sampai la ke dapur blkg.
Kalau dua tingkat maka dua tingkat la kita scan di pagi2 hari tu. Make sure ada kertas dan list kan semua benda yang perlu kita buat sepjg perjalanan kita dari hjg depan ke hjg blkg rumah.
Tulis dari sekecil2 benda sampai ke besar2 benda apa nak buat. Once dah habis scan, duduk sekejap dan buat priority. Apa yang plg penting kene tandakan so kita dah tau dah apa yg plg penting utk dibuat terlebih dahulu berbanding yang lain.
Oh ye, dlm playstore ada satu apps yg bagus. Nnt gambar tu akan loading sbb line sini slow. Akak download apps tu dan gunakannya. Dgn apps ni, saya dah xperlu scan rumah dah sbb setiap hari dia akan tuliskan siap2 benda yg kita senaraikan sebelum ni. Dia akan bawa benda tu tiap hari.

No photo description available.

Boleh juga adjust misal kata mop lantai kita hya buat hari tertentu, adjust kat days dia ada tulis dlm apps tu. So setiap hari keje kita buka apps dan tau dah apa kene buat.
Mencabar sikit bila anak masih kecil ni saya faham. Sbb tu kita kena pulun betul2 masa dia tidur. Memang kene ajar diri jgn tidur waktu dia tidur siang kecuali dengan niat qailullah. Tapi qailullah pun xperlu lama. Sekejap pun ok dah.
Satu lagi saya nak share, waktu solat pun kena jaga. Usahakan solat diawal waktu. Perkara kedua adalah biasakan tidur awal dengan niat bangun awal untuk tahajjud at least dua rakaat.
Bila dah btl2 follow solat ni kak, subhanallah mmg insya Allah teratur cantik je harian kita.
Sesekali terbabas tidur lewat xapa tp jgn biasakan. Dan sekalipun terlewat tidur, jangan hiasakan diri bangun lewat hanya kerana nak ganti tak cukup tidur. Kalau xcukup tidur, cari masa utk qailullah. Dapat 10 minit pun nikmat sangat dah.
Seperkara lagi, waktu makan jgn lewat atau skip. Yang ni pun xboleh sebab kita tak bagi hak pada tubuh sewajarnya. Dan makan pun kena pilih makanan yang baik2 gitu.
Sambil buat kerja pulak biasakan diri dengan zikir fatimah. Ini utk elakkan rasa tak puas hati bersarang dalam diri sampai ganggu kerja kita. Lebih mudah utk ajar diri ikhlas dengan berzikir. Hati pun jadi lapang sangat.
Err... sori la ni dah macam tunjuk bagus plak🙈. Tapi saya rasa memang sgt nikmat buat kerja dalam keadaan yg sgt tenang. Malah sentiasa akan ada support dr pihak suami sbb dia akan nampak effort kita berusaha tu.
Setiap kali lepas buat kerja tu, cepat2 tick kan apps tu. Juga boleh dipraktikkan reward diri kita kalau berjaya setel habiskan task yang dah kita list kan tu. Cth reward beli majalah, keluar shopping, tidur lama sikit siang dll.
Once anak terjaga, layan dia dulu. Setel lampin dia, perut dia biar kenyang, main kejap dan mengantuk dia. Kalau tak setel mmg akan terganggu kerja kita kak. Jd kena belajar kenalpasti kemahuan anak dan penuhi keperluan dia. Biasanya takkan mengambil masa lama.
Makin lama kita tangguhkan kemahuan dia, makin banyak dia meragam. Bila dia meragam memang apa kerja pun xjadi nak buat.
Biasa saya awal anak sikit mcm tu la kak sementara nak faham bahasa anak ni. Tapi bila dah lama rasa ringan dah alhamdulillah. Xpasti cara ni sesuai ke tak dgn akak. Huhu...

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!