Saturday, October 26, 2024

Bagaimana jika kita selalu dapat ujian berulangkali?

Bismillah,

Jika kita ni selalu dapat ujian yang berulang-ulang, cuba ambil iktibar dengan dua kisah Nabi ini : 

1. Nabi Adam, duduk dalam nikmat tiada tara (di syurga) - tiba-tiba nikmat itu hilang kerana dikeluarkan dari syurga
2. Nabi Yunus, diuji dengan kaum dan rasa marah sangat dengan kaumnya itu, lepas marah - putus asa dan kemudian lari dari kaumnya. 

Kedua-duanya menyesali kesalahan. Mereka bertaubat dan bangun dari ujian Allah itu.  

Banyakkan taubat bila berdepan dengan ujian. Berusaha untuk redha dengan ketentuan Ilahi dengan mensucikan-Nya (tidak menyalahkan Allah atas kejadian yang menimpa). In Shaa Allah, dengan itu Allah bantu untuk kita bangun dari apa jua ujian yang kita hadapi. 

Bolehlah kita sama-sama kerap berdoa dengan lafaz taubat Nabi Adam dan Nabi Yunus seperti di bawah ini.



 

P

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!