Bismillah,
Sudah lama saya asyik menulis tentang diri saya dalam blog kesayangan saya ni. Hakikatnya saya sudah kurang membaca. Setelah kurang membaca, saya tidak mahu tergesa2 berkongsikan hal yang bukan2 dengan anda. Hari ini, saya mengorek semula fail saya. Terjumpalah isu yang saya nyatakan di atas.
Kegelisahan dalam melayari bahtera rumahtangga bagi seorang isteri sentiasa bermain dalam jiwanya. Apabila dia merasakan kerja di rumah, hanya dialah yang buat. Dia sering merasakan, kerja keluar sama2 tetapi bila balik rumah, serasanya dia terpaksa membuat semua pekerjaan.
Hari ini, saya tidak mahu mengeluarkan saranan buat si suami. Jika suami ini boleh berfikir, masalah seperti ini tidak timbul. Jika suami itu mengambil sikap untuk menghayati kepenatan isteri, dia pasti akan bersama2 meringankannya. Kemanisan itu sangatlah manis jika dikongsi bersama. Anda tidak akan tenang jika anda berehat dalam keadaan isteri anda potpet sorang2 sambil buat kerja ;).
Hari ini, saya ingin sekali mengajak diri saya dan sahabat yang membaca utk lebih ikhlas dalam membuat lebih banyak pahala dalam rumahtangga. Ini adalah kerana, tanpa kita sedari, pahala yang dapat kita perolehi dalam rumahtangga tidak hanya di atas sajadah, tidak hanya dengan memegang alQuran dan ia sangat mudah tambahan pula sekiranya kita ikhlas atau tidak kita masih perlu melakukannya.
- Apabila kita pasrah dengan tanggungjawab sebagai isteri yang taat dan ibu kepada anak2 iaitu amanah dari ALLAH, maka di situ telah besar pahalanya. Lihat sahaja zaman sekarang, bukan sedikit isteri orang yang tidak menjaga kehormatannya dan jika anda merasakan anda isteri yang taat, maka telah tinggi nilainya disitu. Tidaklah saya mengajak anda untuk memandang diri kita lebih hebat, sekadar untuk membuat kita rasa beruntung kerana tidak terjebak dalam lembah yang hina itu.
- Apabila kita merelakan suami kita ke masjid untuk solat berjemaah, anda masih boleh menumpang untung kerana suami anda tidak terjebak ke tempat maksiat yang lebih ditakuti dek dalam jurangnya. Pasti ada nilainya galakkan anda kepada suami atas kerelaan anda ini.
- Apabila kita menyediakan makanan untuk dijamah. Mmm..air tangan ibu penuh dengan kasih sayang. Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk memenuhi hal ini.
- Apabila kita bersabar dengan kerenah anak-anak, maka kita akan mendapat pahala yang tiada tolok bandingnya. Bayangkan mereka yang tak sabar, sanggup membunuh anak atau sekurang2nya lebam anak itu di sana sini. Adakah itu mengikut cara Rasulullah kita dalam memberi tunjuk ajar kepada anak2. Jika mereka membesar dalam keadaan tertekan, adakah mereka akan membesar sebagai orang yang berjasa nantinya?
- Apabila kita kurang mengaji tetapi masih mengikuti bacaan suami atau sekurang2nya CD2 zikir dan bacaan alQuran sambil membuat kerja rumah masih mendatangkan pahala namun yang terlebih baik adalah menjiwainya dengan membacanya sendiri.
- Apabila kita lewat untuk menunaikan solat Isyak kerana menguruskan anak2, itu juga satu ibadat yang unggul walaubagaimanapun, saya kira adalah lebih baik kita mengajak anak2 sama mengerjakan solat beramai2. Jadi, bentanglah sejadah dan telekung agar mereka juga menyertai anda.
- Apabila kita mengawasi anak2 dari bahaya itu juga akan diberikan pahala.
- Apabila kita menutup aurat apabila keluar dari rumah dan apabila tetamu datang ke rumah juga adalah pahala.
Saya kira apa yang disebutkan di atas adalah mudah, kecuali jika kita rasa terpaksa. Walaupun kita rasa terpaksa melakukannya, kita masih perlu melakukannya atau tidak, tidak ada orang lain yang akan melakukannya untuk anda. Oleh itu, adalah lebih manis rasanya kalau kita dapat menyerahkan segala keluh kesah kita hanya kepada ALLAH. Selepas itu, kita tidak akan mengeluh lagi kepada manusia.
Suka saya kongsikan sesuatu dari seorang sahabat saya. Dia telah mendengar tazkirah di masjid di mana rumahtangga Muslim itu sentiasa akan diuji. Itu adalah kerana ALLAH ingin mengingatkan kita agar berdoa kepadaNya. Jika kita terlalu larut dalam kasih sayang suami kita, maka kita tidak nampak Pencipta kepada suami kita itu. Tetapi jika kita terus meminta dari ALLAH, maka nikmatnya berkasih sayang sesama manusia tidak akan dapat diungkapkan dengan kata2.