Pagi ini seawal 530 am, suami saya telah menelefon dan memberitahu, "Tokku dah tak ada," begitu tenang dan mudah difahami. Saya bertanya, "Innalillah.. bila lagi?", baru lagi katanya. Saya terduduk termanggu2 dan terus memikirkan cara adakah hari ini saya mungkin dapat balik ke Kota Bharu dan melihat arwah tokku buat kali terakhir.
Mereka tidak akan melewat2kan menyimpan mayat, itu saya sangat yakini. Jadi sama ada saya cepat bersiap ketika itu atau lambat sekalipun, saya senang membuat kesimpulan bahawa saya tidak sempat untuk melihat tokku buat kali yang terakhir. Nyatalah, kali terakhir saya bertemu dengan dia adalah di rumah abang kepada suami saya semasa hari raya korban yang lalu.
Semasa kali terakhir melihat arwah, dia sedang berjalan terhoyong hayang untuk mengimbangi badan dan mertua saya (anak dia) berlari dengan cepat utk memaut lengan tokku untuk memudahkan dia berjalan. Saya pula akan balik ke Parit Buntar di hari itu dan tidak boleh berlama2 di situ. Namun saya sempat bersalaman dengan tokku.
Tokku ini, walaupun saya hanya cucu menantu, tapi saya rasa macam tok saya sendiri. Ntah mengapa ya, hari ini saya boleh mengimbas kembali peristiwa2 kami bersama terutamanya apabila tokku naik marah bila saya takmau terima apabila dia membayar susu yang dia kirim.
Semasa tinggal di sana, kami selalu membelikan tokku susu ni. Tapi dia tak pernah mahu kami belanja dia susu ni. Saya suka apabila tokku ada bersama, apabila kami makan bersama, pasti ada aroma air kopi tongkat ali CNI yang bercampur sedikit susu tadi. Dia pun suka bila anak2 saya berebut2 nak minum kopinya dan dia akan menyuap mereka satu persatu dengan sudu kecil.
Tokku selalu cerita yang dia selalu ternampak2 mata Uwaiys selepas kami pindah ke Parit Buntar. Dia selalu mengeluh katanya payah dah nak jalan ke mana2 bila suami saya pindah ke Parit Buntar. Memandangkan kami kerap berulang Kota Bharu Jertih dan selalu singgah ke rumahnya, maka memang selalu dia naik kereta buruk kami.
Satu hari saya buat cekodok dan goreng pisang juga, ntah mcm mana tokku kata goreng pisang saya tak berminyak. Saya rasa mcm kene perli ha ha..sbb saya rasa mana ada goreng pisang yang tak berminyak. Tapi mertua saya menyokong, mm..pun saya tidak rasa apa yang mereka kata itu betul. Mungkin sebab saya lapikkan goreng pisang dan cekodok tu dengan tisu lalu minyak2 nya tersejat.
Tokku selalu minta utk datang ke Parit Buntar, kali terakhir pada hari raya korban tapi memandangkan keadaan kesihatannya semakin membimbangkan, maka hasrat tu terpaksa ditangguhkan. Mmm...sunyi pulak Parit Buntar hari ni bagai tahu rasa hati saya yang sedang tidak keruan ini.
Dulu, semasa mahu makan, tokku selalu paksa saya makan dan dia akan ayun anak saya dalam buai. Lagu yang dia nyanyikan pun masih terngiang2. Nyata sekali ALLAH lebih tepat janjiNya. Pemergian tokku ini tiada gantinya lagi. Tokku yang penuh petua, tokku yang menghafal jalan, tokku yang suka bercerita dan ketawa.
Dari jauh, cucu mu ini mendoakan semoga segalanya berjalan lancar. Moga dosa2 terampun dan semoga amalan terangkat tanpa halangan. Anak2, Cucu2 dan cicit2 yang saya rasa jumlahnya sah2 melebihi 100 orang (tak masuk anak dan cucu tiri pulak..) pasti mendoakan yang terbaik utk tokku.
Maka kini tiadalah lagi generasi pertama dalam perhimpunan keluarga yang seterusnya. Yang tinggal kini hanya, anak2, cucu2, cicit2 mereka menyambung perjuangan. Walaupun saya dari keluarga yang terasing namun apabila masuk dalam keluarga besar ini, saya terasa begitu senang sekali.
Salam takzim dari ku buat semua yang sedang berada di Pulau Melaka, Kota Bharu. Mungkin sebentar lagi mayatnya akan disimpan. Semoga dimudahkan segalanya. Ya ALLAH, Kau tenangkanlah juga hatiku...