Monday, December 22, 2008

Perhubungan Jarak Jauh


Bismillah,

Saya tergesa2 juga menyediakan tajuk ini kerana tadi kedapatan satu emel teguran yang mengatakan jika mereka membaca posting saya http://sitisifir10.blogspot.com/2008/12/jangan-jadi-gadisisteri-yang-murah.html sekali lalu, apa yg mereka faham adalah saya telah diceraikan. Tapi itu hanya satu respon dari yang membaca dan respon yang lain alhamdulillah semuanya menyambut baik dan faham seadanya.

Jadi utk counter back hal ini, saya ingin memaklumkan bahawa kami sedang dalam percubaan untuk mencari rezeki yang lebih bukan untuk berlebih2an tetapi untuk menampung kekurangan yang telah terjadi sebulan dua lepas. Kami telah sama2 fahami akan risiko perniagaan dan alhamdulillah, sekalipun ada sedikit terhenyak, kami masih lagi diberi peluang merasa cukup.

Bagi menjadikan nukilan saya di hari ini tidak sebagai kisah peribadi saya sahaja, maka saya ingin sekali berkongsi tips bagaimana hendak memulakan perhubungan jarak jauh ini. Semoga ada bahagian yang telah kami lalui ini akan juga memberi panduan dan seterusnya manfaat buat yang lain.

1. Berbincang sedalamnya baik & buruk tinggal berjauhan.

Mungkinlah saya sekali ini tidak mengambil pen dan memulakan menulis satu garisan di atas kertas dan menyenaraikan kebaikan dan keburukan di petak yang berlainan. Tetapi, bagi anda sekelian, saya kira ini adalah satu bentuk brainstorming yang sangat jelas bagi anda untuk menilai adakah perhubungan jarak jauh ini baik buat semua. Sekiranya hasil perbincangan anda menunjukkan kebaikan melebihi keburukan, maka semoga perjalanan hidup anda seterusnya dimudahkan oleh ALLAH SWT.

Bagi note di atas, tujuan kami adalah untuk menjana ekonomi. Bukan di sini tidak boleh. Seperti yang dicadangkan oleh kedua ibubapa saya, ada baiknya jika suami saya mengajar. Tidak mahu terlalu jauh mengambil contoh, beberapa rakan saya juga tidak mudah untuk mendapatkan jawatan ini.

Saya lebih senang melihat suami saya berasa selesa dan gembira dengan persekitaran sekeliling. Pastinya di Parit Buntar ini dia merasakan tempat ini terlalu sempit dan budayanya jauh berbeza dari suasana tmpat asalnya di sekitar Jerteh ke P.Putih. Walaupun begitu, kami bukan tersalah pilih Parit Buntar sebagai lokasi perniagaan kerana tujuan kami ke sini adalah untuk lebih rapat lagi dengan keluarga saya. Itu tujuan suami saya memilih Parit Buntar.

Saya senang sekali apabila suami saya memutuskan P.Buntar sebagai lokasi kerana di sini kami anak beranak boleh menemani emak dan abah saya. Setelah sekian lama saya tinggal di asrama dan seterusnya kawin saya kira dari tahun 1992 sehingga 2007 adalah satu jangka masa yang panjang dan mungkin ini masanya kami memberi tumpuan kepada mereka pula.

2. Solat istikharah.
Bagi mendapatkan petunjuk yang lebih tepat, jangan lupa untuk menunaikan solat sunat ini.

3. Fikirkan bagaimana anda hendak mengatur kehidupan anak-anak anda.

Anda perlu mengaturkan di mana anak2 anda akan bersekolah. Jika anak2 mengikut ibu maka bagaimana pula ibu itu akan mengaturkan anak yang dibawah jagaannya. Begitulah sebaliknya andai ayah mereka yang menjaga mereka. Seeloknya sama2 mengambil tanggungjawab. Seandainya salah seorang tidak mampu, sebagai contohnya si ayah bimbang jadual kerjanya tidak menentu, elok juga diambil seseorang utk diupah bagi menemani isterinya.

Dalam hal ini, Asmaa' & Arwa akan di handle oleh saya. Usamah & Uwaiys pula akan di handle oleh abah diorang. Walaupun Usamah rapat dengan Asmaa' tetapi tugas abahnya nanti mungkin perlu ke sana ke sini dan pada pandangan kami tak manis anak dara kami diusung ke sana ke sini. Lagipula, Usamah dgn Uwaiys dah sah2 menunjukkan ciri2 'anak bapak' dan saya kalah dalam hal ini.

Lagipula Asmaa' akan masuk umur 5 tahun. Dah besar anak umi. Kami yakin di sini ada byk tadika terbaik utk dia. Usamah masih ada byk masa utk play time. Lagipun dia boleh ambil kursus kejantanan bila berada bersama dengan abah dia. Lain2 Usamah akan boleh belajar berbaik2 dengan Uwaiys sbb dua bro ni suka buli membuli each other.

4. Fikirkan bagaimana anda akan memberitahu orang yang terdekat atau yang akan terlibat dengan perubahan dalam keluarga anda ini.
Susah sebenarnya untuk memberitahu mereka yang terdekat dengan anda tentang hal ini. Ada yang akan memberikan sokongan dan ada pula respon yang tidak memberangsangkan. Walaubagaimanapun, jika anda berdua telah nekad dalam hal ini, maka anda perlulah ada persediaan mental bagi menghadapinya.

Bagi kehidupan saya, ibubapa saya pastilah menghalang kerana bimbang akan pelbagai perkara. Saya faham hasrat mereka namun saya berharap mereka akan memahami keadaan ini kelak. Kalau bukan hari ini mungkin di lain kali. Saya tidak bermaksud mahu menyusahkan sesiapa jadi saya berazam agar segalanya akan saya uruskan sendiri sedaya yang boleh.

Kalaulah boleh saya katakan pada kedua ibu bapa saya, janganlah bimbangkan saya kerana saya dengan rela hati terbuka dengan keputusan ini. Tapi rupanya saya hanya ada kekuatan untuk menulis yang mana saya tak pasti tulisan ini sampai atau tidak kepada mereka. Saya ingin sekali tinggal sendirian dengan Arwa tetapi saya faham suami saya pasti tidak tenang hati bila kami tinggal hanya berdua di situ.

Sekarang saya dan Arwa dan nantinya Asmaa' akan menumpang di rumah mereka. Saya akan cuba sedaya upaya utk menjadi anak yang taat melainkan hal itu berlawanan dengan suami saya. Justeru itu saya memohon doa kalian sekali lagi semoga keadaan kami akan bertambah baik dan bersatu semula sebagai satu keluarga yang terpisah oleh jarak. Tapi percayalah, hati kami tetap satu.

Jika sebelum ini saya selalu bercerita tentang kisah sedih saya menapai dan mcm2 la kan, tidak adil rasanya jika saya tidak menyampaikan satu khabar gembira. Alhamdulillah, jualan seminggu dua ni memberangsangkan (bg saya lah). Mungkin doa kalian maqbul dan semoga kalian mendapat keberkatan dalam kehidupan atas doa kalian. Saya senang sekali melunaskan beberapa hutang tertunggak dan ini berjalan perlahan2 seiring dgn duit masuk. Alhamdulillah keadaan saya sudah semakin memuaskan. Tinggal lagi saya mahu menyesuaikan diri untuk perpisahan sementara keluarga kami. Semoga ALLAH mudahkan saya dan anda juga!!
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!