Saturday, May 30, 2009

Friendship Tag Dari Kakyong


Bismillah,
Syarat2 nya :
Tepeklah hadiah ni kat blog korang tanda daku amat menghargai kewujudan korang semua.Pastu stori mori la ckit pasal kawan yang paling baik/kawan yang paling korang sayang/kawan yang boleh simpan rahsia diri kita

Seblum saya dihujani tag atau award mcm kakyong, baiklah saya jawab siap2 tambahan pulak I'm in the frenship's mood skang neh. OK, sbnrnya agak serba salah juga nak jawab tag ni. Nanti ada pulak yang salah faham. Saya ada sangat ramai kawan baik dan semua2 nya adalah kawan yang paling baik pulak tu. So, saya akan jawab tag ni tapi saya takkan sebut nama dia boleh.

Nama sahabat baik pertama AAAA,
Dia adalah sahabat paling baik masa saya sekolah rendah. Yang saya ingat sampai sekarang, semasa darjah 4, kerana dia mahukan saya turut memakai tudung, dia pun bgtau saya. "Mak kami tak bagi kami kawan dengan orang yang tak pakai tudung!" Uwahhh...saya sungguh resah gelisah kerana dengan sahabat saya nilah saya ke hulu, ke hilir. Dan akhirnya, saya pakai tudung jugak. Setiap kali waktu rehat pula dia suruh saya simpan duit belanja saya dan makan bekal yang mak dia bagi setiap hari. Masa tu kami sama2 budak2 dan semua pengalaman kami adalah sangat kebudak2an. Namun saya rasa sangat kehilangan apabila saya masuk sekolah asrama selepas tu. Tapi skang, dia dah jadi kawan saya shopping. Kalau dia rasa nak gi beli sayur2 ke hape dia akan tepon saya suruh saya tunggu depan kedai, tapi dia kata tak enjoy shopping dgn saya sbb nnt takut kedai tepon saya suruh balik kot2 ada org cek mata. Tapi setakat ni, kluar shopping dgn dia takde pulak customer datang.

Nama sahabat baik kedua saya adalah AAS,
Kami sekelas semasa ting 1,3,4,5 sbb masa kitorunk ting 2 dia terduduk dalam kelas pandai dan saya saje2 duk dkt kelas bawah (bawah tak semestinya tak pandai hokkay). F1 bilik dia atas, bilik saya bawah dan seterusnya bilik kami sebelah menyebelah. F1 berlalu mcm biasa tapi dalam kelas kami duduk sebelah menyebelah. Dia layan je kalau saya nak ilangkan ngantuk dengan bubuh gam kat tapak tangan masa cikgu ngajar, tunggu sampai kering n then tanggalkan (this is the reason why kami berdua terpisah masa F2). Saya betul2 lost masa F1. Merasa ketinggalan dan rasa jeles dengan geng baru dia, saya pun struggle sampai dapat naik kelas the next year tuh. Klimaks saya di sekolah itu, adalah semasa kami di Tingkatan 3R dan kami gelar kelas kami Remaja Riang Ria...geng2 kami (tolong angkat tangan please kalau ada yang baca) Tipah, Yanie, Wan Dayah, Hajar Boolat, Aida Leen, Safiyyah, erkk....apsal tiba2 lost nama diorang neh? Tapi hanya kamilah yang tahu betapa ganasnya kehidupan kami ketika itu. Dan lagu tema tahun 1995 itu adalah 'Bernafas Dalam Lumpur'. Naik F4, saya dan sahabat saya masih sekelas dan masih duduk sebelah menyebelah. So macam2 lah yang kami share sampailah ke tahap kisah adik2 angkat kami yang adakalanya meretakbelahkan hubungan persahabatan kami seketika. Masa ni saya sesat dapat no1 dalam kelas dan sahabat saya ni tiba2 ada konflik dan buat2 suka merendah diri sedangkan dia tak sedar yang saya jadi begitu hanyalah kerana sesat, bukan sebab saya pandai. Masa F5, kami sampai plan nak pilih U sama2 utk choice nnt tapi tu lah, ALLAH lebih tahu segalanya. Juga masa F5, saya selalu dikejutkan oleh seswatu yang saya tak pasti apa tapi saya takleh tido balik kalau tak solat atau ngaji dulu. Disebabkan ada banyak kes marabahaya tahun tu, saya ajak sahabat saya ni teman saya tido dan dia akan temankan saya ke toilet. Kami bergilir2 malam ni aku tido sana, malam esok hang tido sini. Habis belajar, kami berutus surat dan bertukar cerita tentang jejaka idaman pulak (uh tak kosa). Mmm...surat tu masih ada lagi saya simpan dan saya sangat utk buang. So, surat tu dah berusia hampir 12 tahun semenjak ia ditulis. Best kawan dengan dia, kadang2 dia bagitau dia jeles tgk orang kawan dengan saya padahal dia tatau saya juga jeles tgk dia kawan dgn org lain. AAS, ingatkah lagi saat2 kita dulu...kiki

Kendian, sahabat saya seblom saya kawin adalah 'qittun',
Dia adalah sahabat saya yang paling macho. Walaupun dia macho, dia masih lagi ada sifat keperempuanan (jiwang) dan kejiwangan dia hanya akan terserlah pada saat2 tidak terduga. Saya takleh cerita banyak pasal dia sbb nnt dia akan sekeh saya sbb dia nak datang umah saya next week. Tapi yang saya nak bgtau, antara kami dahulu
  • poketmu, poketku jua
  • bau kentutmu, aku tak kisah
  • apa yang ngkau makan, aku akan makan sama
  • apa yang ngkau baca, aku kena baca sama
  • kalau aku ikut ngkau pegi meeting, ngkau kena meeting tapi aku boleh tido
  • kalau ngkau nak merempit, aku kena ikut sama. Atau ngkau suka aku yang jadi tukang rempit. Kami akan merempit sama2 melainkan bila dia nak merempit sensorang ke UPM atau Genting :D
  • dia risau saya kawin dulu sbb dia takde kawan nak gaduh, ade ke??
Ada seorang lagi kawan baik saya dan singkatan namanya ISI..
Kadang2 saya tak perasankan dia dan saya rasa bersalah sekali. Dari mula kenal dia, sampai sekarang dia tak pernah putus hubungan dengan saya. Dia selalu ada disaat saya memerlukan, tak kiralah dari segi nasihat, material atau apa sahaja. Saat saya sedang menulis ini, dia tak ada di Malaysia. Masih terngiang2 bunyi doanya di malam hari semasa saya masih lena. Masih ternampak dimata saya air matanya yang mengalir setiap kali selepas solatnya. Masih terasa kenyangnya bila dulu kami berkongsi satu bekas nasi yang layaknya seorang makan sahaja. Boleh dikatakan, setiap minggu sehingga kini dia akan menelefon saya dan bertanya khabar saya. Maka wajiblah saya akui, bahawa ISI juga sangat istimewa buat saya.

OK, kat bawah ni, saya nak sebut nama kawan2 lain yang juga sangat baik dengan saya.
  • Normah - geng sekolah rendah juga. Sangat caring ini boodak dan juga sangat humble. Semoga mudah bersalin nanti so that lepas ni hang boleh beranak raaaamai lagi.
  • Halilah - seperti yang saya cerita dalam award yang saya terima itu, Halilah juga adalah antara orang yang berperanan besar dalam mencorak imej saya ini ari...
  • Darina - teman semeja saya semasa di Matrikulasi. Seorang yang pada mata saya sangat cantek. Ntah apa kabar mu di sana eek?
  • Azniza - seorang yang sahabat yang bila saya buntu, saya akan call dia dan saya hanya perlu diam kemudian dia akan terus luangkan masa tika tu juga untuk berjumpa saya. Skang dia dah menjadi penasihat kesihatan saya dan anak2 secara tak rasmi.
  • Safia - si ontek yang sama2 kami tempuh suka duka esp selepas kami habis belajar tikamana dia telah menghadapi satu cubaan marabahaya dalam hidupnya. Moga hepi kini macik...
  • Zila, Timah, Miah, Awin - jangan tatau saya ada 4 adik angkat masa sekolah menengah dulu. Kalau korunk baca please contact me back sbb K.Pija/K.Long dah hilang enpon korunk masa enpon tu org curik. Zila, besday hang sama dengan hari pembukaan kedai K.Long.
  • Oyin - junior saya di UKM yang paling rapat dengan saya.
  • Farah Farhan, K.Aisyah Ismail Ikram - turut memberi makna dalam kehidupan saya. Junior dan senior yang membuatkan saya rasa sayang kepada RKBB.
  • K.Raihan Juri, K.Anja (cikin), kakyong, sauberlina - teman setia YM saya. Saya rasa banyak juga bincang masalah hidup dengan diorang akhir2 ini
BUT THE BEST OF ALL- MY HUSBAND!! Bermula dari kami bernikah, dialah teman paling baik saya. Teman jatuh dan bangun saya. Teman nangis dan tawa saya. Mmm....thanx ebribodi.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!