Thursday, May 14, 2009

HS Day 3






Bismillah,






Semalam adalah hari menelaah Al-Furqan. Seakan tak percaya Asmaa' dan Usamah boleh menyerap benda ni dengan cepat berbanding mengeja Bahasa Melayu atau BI. Malamnya, saya biarkan diorang main2 sementara Encik Abah siapkan gulai itik!!






Ye kengkawan, saya telah mengisytiharkan semalam adalah hari malas saya kepada suami walaupun dia tau saya bukan malas semalam sahaja. Dia telah masakkan gulai itik, mengisi air tapis ke dalam tong air, buat pula air soya. Tolong ambil perhatian, gulai itik suami ku sangat sedap dan untuk sementara waktu kami makan gulai tu aje sehingga ia menunjukkan tanda2 sudah nak habis barulah saya akan warm up utk masak semula. He he...






Itik ini, suami saya beli dari satu tempat yang tuan tempat tu bela lembu, kambing, ayam belanda, ayam kampung (tatau la daging ke kampung), angsa dan itik. Tempat diorang menternak ni adalah di sekitar ladang kelapa sawit dan ada satu parit. Itik2 yang ada tu bebas dalam parit tu, best gile tengok.






Tempat ni juga adalah tempat febret anak2 saya dan kami selalu jugaklah bawak diorang ke sini untuk main2 atau untuk tengok sendiri abah diorang sembelih itik. Dah la sembelih sendiri, proses pun sendiri he he...rajen kan suami ku? Ini juga dikira sebagai satu pengalaman menarik untuk anak2. Walaupun kelihatannya simple2 sahaja tetapi tidak semua budak akan mengalami keadaan ini.






Dengan melihat keadaan haiwan2 ini, mereka akan keluarkan macam2 soalan yang tak dayo kadang tu nak jawab. Tu belum part pijak taik ayam kemudian masuk dalam kete pijak pulak jubah umi. Tapi ada kepuasan lain yang saya dapati dengan bersusah2 begini. Adakah itu dirasakan korang??




OK ni dua gambar kat tempat tu. Segan lak nak amik gambar banyak2 kat tempat orang. Nanti dia marah lak kang...

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!