Wednesday, May 13, 2009

HS Day 2

Korang, ini gambar sekolah saya dulu...he he...jumpa kat mana ntah
Bismillah,


Ralit2 meloncat dari satu blog ke blog orang lain, sambil menggaru2 kepala sambil tertanya2, kenapakah blog aku masih nampak kunonya...saya lalu terlupa utk share kejadian semalam.


Semalam, sebelah petangnya, saya mengajar anak2 saya tentang deria dan kami mulakan dengan MATA. Saya gunakan buku Rhythm sebab saya suuukka banget sama dia punya isi kandungan. Mungkin agak terlewat sebab saya pegi fotostat dulu 24 ms utk diorang. Kenapa saya fotostat? Bukunya kan ada. Sebab Asmaa' & Usamah berdua. Tak kose ah nak beli dua. Lagipun kalau saya fotostat, boleh digunakan untuk Uwaiys dgn Arwa pulak. Wah, lepas ni saya nak beranak dua sekali lah. Senang nak buat group :P


Buku Rhythm ini ada 4 di dalam satu set. Saya gunakan tajuk 'First Science Workbook' dan saya juga dah beli 'First Multi-Skill Workbook'. Harga setiap satunya adalah RM 7.90. Sila berkunjung ke link ini untuk lebih jelas akan muka depannya. Tetapi saya suka mengingatkan anda, jangan tgk gambar tak best, anda lupa utk melihat ke dalamnya. Saya rasa buku ini adalah murah utk penghasilan idea sebelum membuat sebarang aktiviti dengan anak kita.


Dua lagi buku akan saya beli lain kali kerana budak2 ni punya bajet untuk buku diorang adalah RM 20 seminggu. Kedekut ka? Takdelah...sebab dgn hanya bajet macam ni pun, saya tak sempat nak menunjuk semua buku yang ada tersusun atas meja plastik tu. Uhuhu...nampaknya umi kena buat bajet la jugak utk beli rak buku kat korang.


So, smlm kami cuma sempat berbincang apa yang anak2 ni boleh nampak di malam hari dan apa yang boleh dilihat pada malam hari. Asmaa' telah menjawab soalan dengan betul dan dia warnakan beberapa item yang boleh dilihat pada malam hari dengan betul. Jadi untuk buat dia teruja, saya telah buat satu kertas dan saya tulis OUR SENSES dan dimulakan dengan EYE. Di bawahnya saya lekatkan gambar yang Asmaa' kaler.


Mana Usamah? Dia terlampau mengantuk dan macam uminya, dia sukar utk kompromi bila tiba matanya mengantuk he he...Tak apa, ada setahun lagi utk mengejar kedudukan kakak. Actually, boleh je nak tangkap gambar dan letak kat sini supaya korang boleh nampak dengan jelas apa XTVT Asmaa' Usamah & dua adik mereka. tengoklah nnt bila carta OUR SENSES tu dah penuh sikit, saya tangkap gambarnya ek.


Malamnya, sepatutnya kami mengajar anak2 untuk solat. Adalah juga saya mintak encik abah untuk tolong take over ajar solat dan hafazan dan alhamdulillah dia tidak menolak. Bila dia tidak menolak, saya menerima ini sebagai tanda penerimaan. So abah, tolong rujuk jadual yang terpampang indah dalam bilik tidur kita ek. Ha ha...


Saya hanya sempat tunjuk kepada Asmaa' buku yang dipenuhi gambar2 orang sedang solat dan Arwa telah ambil alih dari segi penerangannya. Ha ha...Kami masih dalam proses adaptasi jadual ini. Insya ALLAH, minggu seterusnya moga bertambah baiklah keadaannya.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!