Thursday, April 15, 2010

Mencari Kepuasan Dalam Pekerjaan


Bismillah,

Mmm..kamu sekelian puaskah dalam pekerjaan? Ada setengah dari kita sangat serabut dengan pekerjaan memasing. Ada plak yang pergi kerja sampai tak balik2 sebab seronoknya kerja. Samelah dengan kerja kat umah. Puas tengok anak2 besar depan mata, puas tengok rumah kemas, puas tengok ahli keluarga makan masakan yang tak sedap yang kita masak. Pendek katanya, seronoklah buat kerja walaupun pada pandangan orang lain, kerja kita tak ada nilai pun kan.

Apa yang diperlukan untuk mencapai kepuasan dalam pekerjaan adalah:
  • Jelas tentang keperluan pekerjaan - macam mana la nak puas kalau kita tatau apa keperluan pekerjaan memasing. Dalam satu pekerjaan, bukan macam AJK Tugas2 Khas, orang suruh buat itu, kita buat itu. Orang suruh buat ini, kita buat ini. Jika ada antara kamu yang tak pernah diberi 'Spesifikasi & deskripsi pekerjaan', mintaklah dari bos memasing. Barulah jelas hala tuju memasing.
  • Berusaha naik gaji dan naik pangkat - hihi..yg ni yang kene angkat kenin kat bos la beb. Alamak baru teringat lupa nak naikkan gaji As dengan Timah :P Or koman2, kalau selepas korang selesaikan satu projek, mintakla bos belanja makan Char Kuey Tiow ke. Kalau dapat bos yang hampeh macam manager Uwaiys Optom tuh ajak la kawan gi lempar bola bowling ke, order Pizza Asrul Azwan ke...hihihi
  • Pastikan kehidupan kita seimbang - jangan la keje memanjang. Mana aci kalau tak berenti rehat. Jangan plak sampai tak cuti minggu. Kene ada kekuatan untuk kata, "K.Pija, saya takleh kejelah Ahad ni, nak tolong mak basuh kete." :P
  • Berfikiran positif - Kalau berfikiran negatif, mcm mana pulak fikiran kita nak jadi positif beb. Asyik serabut pasal keje je kan...
  • Kenali dan jadi diri sendiri - yg ni penting, jgn jadi org lain utk buat sesuatu. Jadi diri sendiri dan buat supaya org mengenali diri kita yg sebenar. Caranya adalah dengan mengenali diri sendiri.
Semoga dengan itu, kepuasan dlm pekerjaan akan tercapai sehingga kita merasa kita akan puas dalam kehidupan ini. Insya ALLAH :)

4 comments:

  1. me tak nak berusaha naik pangkat takut kena tukar ke lain..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. hohohoho...ade jugak spesis ni ye elissmie

    ReplyDelete
  3. Hoho..baru jer amik peksa PTK utk kenaikan gaji/pangkat. Sebenarnya dah isi borang apply biasiswa utk sambung blajar, tp dok memikir-mikir lg patut ke tak patut utk memanjangkan perkara ini kpd bos.

    ReplyDelete
  4. kdg2 tersepit antara kepuasan kerja dgn gaji yg diterima. yelah kalau dah tak puas hati tapi bertahan sbb gaji lumayan. ada juga yg puas hati dgn kerja tapi tak puas hati dgn gaji.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!