Friday, April 30, 2010

The Nanny 911 : The Finck Family

Bismillah,

Saya patut ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada k.Ros Little Mama kerana kenalkan saya dengan cerita realiti ni. Saya mulakan dengan tengok siri keluarga Finck di Youtube. Sekali tengok saja, saya jadi nak ketawa bila tengok anak2nya begitu sekali. Huhu...saya patut bersyukur sebab selasak2 anak saya, sekurang2nya mereka tidak mengganas sesama sendiri seperti dalam keluarga ni.

Saya nak letak link Youtube tu kat sini supaya korang senang nak cari tapi embed code dia kene block so, rasa2nya korang akan try cari sendiri juga. Keluarga Finck ni anaknya adalah 3 pasang kembar dan wah....perang sesama mereka sangat ganas. Main pekup kepala adik dengan bantal okeh! Kalau saya pegang kamera tu, saya rasa saya dah lepaskan kamera tu dan selamatkan budak tu. Real tak real kakak diorang bantai adik dia, sampai adik dia terkucil dalam seluar.

Mcm yang k.Ros cakap dalam entry dia, apa yang saya dapati dari melihat keluarga itu adalah :
  • Punca masalah dalam keluarga selalunya adalah disebabkan kurang komunikasi. Sekalipun bapaknya cuba untuk berkomunikasi, kelihatannya apa yang dia nak sampaikan tidak difahami oleh anak2 dan isterinya juga. Mereka tidak tahu apa yang mereka rasakan jadi tantrum akan menjadi jalannya.
  • Dalam siri ini, Nanny itu mengajar anak2 supaya bercakap dengan baik dan mengajar ibubapa supaya memberi respon yang betul kepada anak2.
  • Nanny juga mengajar bagaimana buat satu jadual dan butang2 magnet untuk reward mereka andai saja mereka melakukan sesuatu di dalam rumah. Bagi mendapatkan reward2 ni, anak2 akan buat kerja dan hasilnya, kerja ibu bapa mereka akan menjadi kurang kerana anak2 mereka dah buat sendiri. Ia mengajar anak berdikari selain memberi peluang kepada ibubapa lebih ruang bersama dengan anak2 dan buat kerja lain.
  • Keluarga Finck ini adalah keluarga contoh yang baik kepada ibubapa yang berhasrat untuk bekerja di rumah. Jadi kepada mereka yang berhasrat ke arah itu, silalah ye selami kehidupan mereka ini supaya kelak kita tidak jadi seperti mereka...
**Saya terasa mak diorg ni mcm saya walaupun anak2 saya x mcm anak diorg. Jelas!! Saya keterlaluan!!

**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!