Thursday, April 08, 2010

Mood Bercuti Sambil Bekerja


Bismillah,

Neh jangan silap paham noh...Kalau dah memang isi borang cuti, maka cutilah dengan bersungguh2. Tapi kalau tengah keje, agak2 boleh tak buat feel2 bercuti ek? Masa zaman bujang dulu, saya ni jenis workaholic jugak la sbb mood gi keje tu alhamdulillah selalu ada la. Masuk je zaman dah kawen especially lepas ada anak, terasa liat sekali nak pergi kerja.

Tambah plak kalu keje ada je masalahnya. Masalah dengan bos lah, dengan customerlah. Macam tadi, staff saya bgtau ada seorang customer call. Mereka duduk agak jauhlah jugak dari sini. Dia baru je (berbulan jugak la) buat spek di sini. Alih2 cerminnya tertanggal sebab tali tangsi yang mengikat framenya putus.

Kemudian dia call, katanya tak mahu buat spek di sini lagi. Saya sedihkah? Rezeki itu ditentukan oleh ALLAH, bukan oleh customer itu. Mereka suami isteri buat spek di sini dan mereka adalah antara 4-5 orang yang buat cermin kaca gelap cerah (multifocal photogray) multicoated. Kami dah ingatkan berkali2, kalau customer nak ambil cermin jenis ini, risikonya adalah begitu begini.

Tapi kerana suaminya yang baik hati, lembut tutur kata pun kata, dia nak isterinya sama jenis dengannya maka kitorang pun proceed order. Suaminya pun dah dua round datang buat spek, sekali buat baru dan sekali lagi reorder sbb dia terjatuhkan speknya lalu cerminnya pecah. Masalah putus tali tangsi tu, kalau nak dihitung dari 100 yang buat, ada kot sorang yang ada masalah itupun sebab tertindih atau terpijak dan bukan saja2 nak tertanggal.

Kami fahamlah masalah dia sebab bila kita tengok cermin mata asal customer, kita boleh agak betapa cermat atau tidaknya mereka menjaga spek masing2. Sudah dicadangkan agar buat yang plastik saja lagipula lens yang branded hanya ada cermin plastik tapi kerana terpesona dengan info 'kaca tahan calar' maka mereka terlupa 'kaca mudah pecah'.

Dalam kes ni sebenarnya, cermin makcik tu tak pecah lagi tetapi dia telefon dan kata begitu sebenarnya untuk apa? Saya memang sedikit terkilan sebab kedai kecil kami jual harga ala kadar sahaja. SUdahlah harga begitu, malah tempohari kami tumpangkan pula dia solat di kedai. Dari segi layanan, insya ALLAH setakat ni saya puas hati dengan staff2 saya. Saya bimbang jugaklah kalau mereka ni rasa susah dengan kedai ni sebab saya dulu kerjanya agak2 rilek jugak kan.

Tapi kalaulah zaman aritu, saya boleh stay connected dengan kawan2 dan keluarga mcm sekarang kan best?? Sambil buat keje, sambil ber FB atau blog hopping sekali sekala. Attention ye : kerja macam saya ada masa lapang dan ada masa boleh bersuka ria. Kalau kerja anda2 sekelian takleh buat mcm saya, janganlah buat. Tapi masa rehat tengahari kan boleh tepon encik kanda bgtau arini saya nak gi makan kat sini sana, abang pula mau makan di mana??

Lepas itu, adalah sangat best jika saya boleh pilih2 keje apa yang saya suka. Atau the best word do what you're good at. Bidang kerja saya ritu boleh cek mata, potong spek atau terlebih rajin buat report. Saya minat semua itu tapi yang paling kurang saya sentuh adalah potong spek. Jadi potong spek akan jadi perkara terakhir saya pegang. Saya suka cek mata sebab ada masa, kalau terkena customer yang sporting, saya boleh gossip2 dengan mereka :P. Saya kan major dalam hal bersembang rembang ni. Tak sembang kalu, mula lah kluar yang marah2 itu.

Alhamdulillah juga kerja saya dulu2 waktu rehat kami adalah fleksibel. Serasa nak rehat kul 1, kluarlah kul satu tu pastu balik le kul 2... Kalau rasa nak rehat kul 4, mcm tulah jugak. Zaman saya kerja dulu, takpernah lak ade punch card. Tapi apa yang penting, jangan sampai tak rehat masa hari bekerja. Ia akan menyebabkan kita lebih stress. So, don't forget to take a break :)


4 comments:

  1. itu biaserrrr..... :-)

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti sambil bekerja...

    ReplyDelete
  3. selalu org ingat meniaga sendiri mcm rilek je. tapi bab tu yg org salah kan. tapi satu cakap mcm tu, insya Allah tak kan menjejaskan bisnes PIjah.

    ReplyDelete
  4. saya ada lah salah seorang customer jauh.. & yg dpt servis FOC... wakakaa... apakah ini?
    in return saya masih belum siapkan a/c tuan punya kedai... agaknya byk sgt 'take a break'.. anak2 lah, blogging lah, FB'ing lah... kerja rumah lah... huhuu..
    hari ni saya sedang kira2 brp byk lagi dokumen harus di'data-entry'... uwwwaaaa, saya rasa nak nangis.. saya ingat assistant saya dah key-in byk.. rupanya.. 1 bulan dokumen pun tak abis...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!