Wednesday, December 01, 2010

Bagaimana Mendorong Minat Anak

Bismillah,

Saya sebenarnya masih ternampak2 Usamah sedang memanjat pintu. Dia akan letakkan kakinya di pintu dan perlahan2 naik ke atas dengan cara mengkangkang. Ini bolehlah dikatakan dia minat nak jadik SpidermanKiki. Maka untuk jadik mak yang memahami terpaksalah saya kulum2 lidah saya supaya jangan menjerit2 suruh dia turunKiki. Adakah sebegitu menyeksakan untuk dorong minat anak hah??

He he..sebenarnya tidak. Tapi kan...saya memang tanak Usamah jadik SpidermanKiki. Sebab dia kata, "Besar nanti, Usamah nak kerja macam abah!". Hihi...kalau nak jadi mcm abah, satu cabarannya adalah pandangan orang keliling lah anakku. Abah tak ada slip gaji jadi orang akan kata abah tak ada pendapatan. Sedangkan Usamah dan adik2 takde la sampai kelaparan kan... Eh..apo la yang umi dok melalut niKiki. Umi sebenarnya rindukan Usamah & Uwaiys...wuwuwuwKiki.

Bagaimana mendorong minat anak?

  • Luangkan masa untuk melayan hobi mereka - tapi biarla hobi yang munasabah. Kalau Usamah minat panjat pintu, takkan saya nak join sekali kot?? Tapi selalu bab masa ni lah yang ibubapa selalu fail. Ntah apa yang susah sangat nak duduk sama2 dengan anak dan buat hobi dia bersama2. 
  • Jgn paksa mereka jadikan hobi kita sebagai hobi mereka juga - walaupun mereka selalu cuba nak melakukannya percayalah itu hanya untuk menarik minat anda. Jika kebetulan sama, alhamdulillah... kalau tak, jgn paksa mereka tau
  • Sila fahami bahawa shopping, TV dan game adalah benda yang tidak akan puas2 - walaupun boring dengan 3 benda ni tapi kalau dah takde mende lain maka terpaksalah juga hadap yang ini. Sebolehnya elakkan. Saya dah tutup TV di rumah kami dan hasilnya banyak lagi benda lain yang kami boleh buat bersama dengan anak2.
  • Kita adalah contoh - apa yang kita buat akan selalu menjadi minat anak kita juga. Macam saya lah dulu, abah bawak balik setem dan saya kumpulkannya. 
Di bawah ni adalah cara macam mana nak tahu sama ada sesuatu hobi itu adalah yang sebenar2 hobi :
  • Kalau dia ada sukan kesukaan, usahakan sampai dia dapat tengok match secara live. Bersorak2 beramai2 semasa tengok siaran langsung kat TV pun mesti menyeronokkan
  • Kemudian cari bahan tentang apa kegemaran mereka itu dari suratkhabar atau majalah dan buat buku skrap
  • Cari buku yang sesuai untuk membimbing hobi mereka
  • Atau galakkan mereka menulis tentang hobi mereka tu...woh...ajar buat blog terus pastu letak Nuffnang akaun anda sekalik :P
  • Juga layan mereka bersembang tentang hobi mereka...ini juga sangat syok
  • Kalau mereka takde hobi, cuba libatkan mereka dalam hobi anda. Bgtau mereka apa yang anda seronok dengan hobi anda itu dan tengok sama ada mereka suka atau mcm mana
Semoga dengan itu, ikatan kasih sayang antara kita dengan anak2 akan lebih mesra dan terjalin erat :)



Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!