Saturday, December 18, 2010

Pekerjaan Yang Lumayan (Menurut Saya)

Bismillah,

Sila lihat link ni jika anda ada akaun FB. Soalannya adalah :





Saya buatkan statistik sikit ek dari jawapan yang diberi dari soalan ini  ek :

  • Berniaga - 5 jawapan dengan 7 penyokong
  • Doktor - 4 jawapan dengan 10 penyokong
  • MLM - 1 jawapan
  • Guru - 7 jawapan dengan 18 penyokong
Bila disebutkan 'pekerjaan' maka saya senaraikan yang mana saya nampak ia adalah pekerjaan saja. Selebihnya tu adalah lebih kurang amal ibadah.MLM yang saya senaraikan tu sebenarnya termasuklah kot dalam perniagaan dan sengaja saya asingkan sebab ntah nape rasa nak asingkan. Cuma jawapan ni tak ada penyokong.

Saya jawab juga dan jawapan saya adalah SURIRUMAH dan ada 4 orang yang menyokong saya (maksudnya yang tekan 'like/suka'). Kenapakah saya kata surirumah?? Hehehe...

Nak bagi jawapan pun kena buka cerita dulu ni. Minggu lepas saya ajak adik saya pergi beli susu. Hari tu, saya tak hantar Arwa ke 'sekolah'. Melalak2 dia nangis nak pergi sama. Ntah macam mana la balik Pasir Putih nanti, abang2 dengan kakaknya ke sekolah tapi dia tak pergi. Huhu...(Pijah, kamu dah lari dari jawapan :P)

OK, kiranya yang mengikut saya ke Econsave P.Buntar tu adalah adik saya, Arwa dan Ahmadi. Sampai2 je kat pintu masuk saya, ada seorang Salesman (agaknya) tahan saya. Katanya nak minta saya tandatangan atas satu kertas untuk menunjukkan sokongan saya kepada satu2 kempen(tak igt la pulak kempen apa tapi kempen kemasyarakatan lah). Feeling artis ke kejap orang mintak autograf tengah jalan kan...

Sambil saya tandatangan tu dia pun tanya :
Salesman : Akak kerja apa
Akak :P : (huh...tu nak tau aku orang kaya ke orang senang lah tu kan...kalau aku jawab aku tokeh kedai spek kang mesti hang nak pow aku pulak - ini ayat dalam hati :D ) Surirumah
Salesman : Wahh...itu adalah pekerjaan yang paling mulia sekali dalam dunia!!! (Dengan nada excited nak nangis) Terima kasih kak kerana sudi menyokong kempen kami!!

Ngeh ngeh...kempen apa lah yang kau buatkan, setakat nak mintak sign..kang balik pejabat agaknya ko koyak aje kertas kecik ko tu...hhuhu.. (Pija tak baik buruk sangka). Saya sebenarnya dah masak sangat kalau orang kempen2 tepi jalan yang suka tanya pekerjaan ni. Kalau jawab surirumah kan, dan-dan berubah. Kalau ada hotel2 yang suka tepon tu pun sll je terdiam kalau mereka tanya pekerjaan saya jawab surirumah. 

OK, itu cerita pertama. Saya nak cerita yang kedua pulak :P

Sehari dua selepas kejadian di atas, datanglah ustazah saya dari saya darjah satu sampailah darjah 4 kat SRK Methodist, Pt Buntar. Bila saya bgtau dia saya dah duduk ikut suami ke P.Putih dan di sana saya hanya seorang surirumah. Dia tanya, "Niat Fizah apa??" dan rasa nak ternganga jap tapi cepat2 lah saya jawab, "Saya ikut suami ustazah, dia pujuk2 saya untuk jaga anak lebih baik".

"Bagus Fizah, kalau tu niatnya" dan berceritalah dia zaman dia menolak untuk sambung belajar sbb suami dia fikir tentang anak2nya. Kini, suaminya ada berkata, bahawa mereka seronok dengan anak2 mereka sekarang. Semuanya alhamdulillah baik2 belaka dan berjaya pula. Wah...makin bersemangatlah saya. 

Sungguh, tidak sedikit yang perlu saya dengar dari pelbagai hala tentang perubahan profesion saya ni. Malah, suami saya yang asalnya menyuruh saya 'menjaga anak2'  berulangkali menyebut nak buka cawangan di Pasir Putih tapi saya sendiri menolak. Selain dari masalah kewangan yang kurang baik untuk membuka cawangan ni, saya rasa saya sangat selesa dengan keadaan sekarang.

Saya tidak boleh janji saya akan masak untuk anak2 saya kalau saya ada kerja lain. Saya tidak boleh janji boleh bantu anak2 mengadap buku atau susun aktiviti lain kalau saya bekerja. Saya tidak mampu jadi seperti kalian yang bekerja. Jangan salah faham, saya tidak kata bekerja akan menjadikan kalian ibu yang mengabaikan kerja rumah.

Ini adalah kerana, zaman saya bekerja, saya mengabaikan makan minum anak dan suami malah diri saya sendiri. Selain tu saya tidak memberikan mereka satu faedah selain memasangkan kartun2 di TV9 tetapi saya berada di kedai tanpa mengawal mereka. Sayaaaaaa..............owh, rasanya sebak bila saya mengingat2 semua kealpaan saya. Maaflah saya segan sangat nak menyebut kesemuanya. 

Kini, saya tidak mahu berpatah balik lagi. Saya sayangkan Ijazah saya tapi bila melihat anak2 ini, saya rasa saya tidak tersilap langkah. Juga, saya dapat memperbaiki dan mengukuhkan pula hubungan saya dan suami. Alhamdulillah, saya tidak tahu dari mana datang kekuatan ini dan yang saya pasti ALLAH telah membuka fikiran sehingga saya dapat kekuatan ini. 

Saya melakukan ini tanpa fikir tentang masalah duit. Duit adalah perkara yang selama ni selalu mengongkong saya tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit benda seperti ini dapat diatasi. Saya meletakkan keyakinan bahawa suami saya akan berusaha sedaya upayanya untuk mencukupkan keperluan kami. Suami saya pula sangat menghargai keyakinan yang saya berikan. Dia letih, saya nampak dia sangat letih kerana dia bukan bekerja dengan duduk2 di pejabat tapi katanya dia seronok kerana anak2 kami sentiasa ada bersama. 

Bagi saya surirumah adalah kerja yang setiap hari akan melakukan pelaburan. Pelaburan ini tidak terhad kepada pelaburan di dunia tetapi di akhirat juga. Semoga berbaloilah profesion saya ni... OKlah kalian, sakit tekak saya sbb tahan dari nak menangis :( 


**Tolong fahami, ini adalah berdasarkan keadaan keluarga saya sahaja. Anda bukan saya jadi anda tidak perlu mengikut saya. Saya menulis rasa hati saya saja dan tidak berhasrat nak ajak sesiapa pun untuk berhenti kerja.

Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

8 comments:

  1. sy pun teringin nk jd suri rumah..tp umi sy sllu ckp jgn berhenti kerja..umi mgkn trauma dgn apa yg berlaku pd diri dia slps berhenti kerja..w'pun ank2 membesar dgn baik di bwh jagaan umi, tp memandangkan kami duduk dgn opah dan tok..tugas umi bkn shja tmpu pd anak2 tp terpksa melayan kerenah org tua yg x pernah nk hrgai penat lelah umi, pengorbanan umi berhenti kerja semata2 blk kg nk jg mertua...

    oleh sbb itu, umi sgt menghalang niat sy nk berhenti kerja..huhu..sy fkrkn mse dpn bakal ank2 sy..sy nk didik dorg dgn tgn sy sndr..dgn sistem education yg sy cipta sndr...sejak kerja kat taski, sy sndr lht mcm mna cikgu2 taski yg x terkwl ank2 taski..ada yg catch up sgt cpt, ada yg left out behind dan x mmpu nk terkejar dh..huhu..x nk ank2 sy jd mcm tu..

    ReplyDelete
  2. walaupun yati bukan surirumah tapi yati setuju kata2 itu :)

    ReplyDelete
  3. sama pendapat dgn kak pija.:D
    degree kegunaannya bukan utk cari kerja saja.degree adalah ilmu yg kita dpt secara formal,yg kita boleh guna utk kehidupan.dulu sgt takut,kalau xkeja,xcukup duit.tp bila fikir2,Allah dah tetapkan semuanya kan.rezeki byk ni,insyallah cukup utk anak2.

    kalau terlebih,bawa mudarat pulak.apa yg ada,syukur.janji barakah tu ada.. ;)

    ReplyDelete
  4. surirumah memang satu pekerjaan yg mulia, cuma ramai antara kita yang memandang enteng tugas ini.

    surirumah adalah pekerjaan yang hebat sebab hanya ibu yang sabar dan cekal shj boleh menjalankan kerja2 surirumah ni, menjaga anak, mendidik mereka dalam masa yang smaa memasak dan menguruskan rumah yang 24 jam bersepah kan?

    Akak kagum dengan pija menguruskan masa berblog sambil menguruskan anak2, akak tak mampu, selalu tertinggal blog sebab dulukan anak2, ... pija ada tips tak? :)

    ReplyDelete
  5. sangat setuju dgn pija..

    tp kakyong ni mcm dah kena buka opis kat luor.. kena tolong juga suami utk cover bbrp hutang yg dah bertapuk.. surat lawyer pun dah sampai... huhuuu, tp sian sungguh kalo anak2 kena bg org jaga...

    ReplyDelete
  6. Atiqah, dulu k.pija tak rajin nak fikir benda mcm ni..tu sbb tindakan k.pija lambat. Sbnrnya duduk rumah belum bermakna berhenti kerja betul tak?? Omputeh, ramai je yang working at home, siap pakai baju pejabat lagik padahal turun keje kat bawah je..

    Yati, :)

    Anis, :) wah matang sekali ucapan mu ini :P

    K.Wan, entry saya byk yang scheduled..ada masa saya taip...takde masa kalu takde...kalau tgk kat dashboard, berlonggok draf..kalau hri tak dan tu mmg akan naik cerita pasal anak saya dan pendek2 aje...saya tanak tulis sangat pasal kami sbb saya bimbang orang akan rasa orang ni lebih dan orang ni kurang...huhuhu

    kakyong, kalau itu keadaan yang baik untuk kakyong, insya ALLAH ALLAH akan beri jalan.. lagipun 3 tahun pertama mereka dah banyak dengan kakyongg dah :)

    ReplyDelete
  7. salam...

    tersentuh hati baca entry ni...

    surirumah mmg satu tugas yang mulia...keihlasan seorang isteri & ibu melakukan tugas2 kat rumah,menguruskan keperluan suami, mendidik & mengasuh anak2 sangat mulia...

    ReplyDelete
  8. yes....surirumah .byk ganjarannya dari ALLAH..saya berusaha untuk itu sekarang ( work from home )

    http://vemmapreneur.net/join/836477005/

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!