Monday, December 13, 2010

Didik Anak Dapat Semua A

Bismillah,



 ANAKKU DAPAT SEMUA A
(Klik pada imej untuk maklumat lanjut)

Anak-anak kita sebenarnya tidak malas, tetapi hakikatnya mereka mungkin masih merasakan tiada apa yang perlu mereka kejar dan capai dalam hidup. Mereka masih belum punya matlamat yang jelas tentang masa depan mereka sendiri. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa yang perihatin untuk membimbing dan menunjukkan kepada mereka apa yang perlu dan mesti mereka capai bagi menjamin masa hadapan yang cerah. 

Buku Anakku Dapat Semua A ialah untuk para ibu bapa menangani dan mengatasi masalah anak-anak dalam pembelajaran. Usah menyalahkan anak-anak semata-mata apabila mereka gagal mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran. Semua pihak sebenarnya memainkan peranan dalam kejayaan anak-anak:

  • Diri anak-anak sendiri
  • Ibu Bapa atau Penjaga
  • Guru dan Sekolah
  • Persekitaran seperti kawan-kawan dan suasana di rumah

Kebolehan dan keistimewaan anak-anak tidak sama. Ibu bapa mesti bijak memilih kelebihan anak-anak daripada menunding jari kepada kelemahan mereka. Gunakan kelebihan tertentu bagi setiap anak-anak untuk menonjolkan keistimewaannya. Buku ini akan memberikan panduan buat ibu bapa mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak... dan memberikan panduan serta bimbingan bagaimana masalah tersebut dapat diatasi melalui kaedah yang tepat dan sesuai dengan sifat dan ciri-ciri anak anda. 

Bersedialah untuk membimbing anak-anak untuk menjadi anak-anak yang cemerlang!






Aduhai kawan yang ada FB, tolong votekan Ahmadi ni di link ini :)
Hanya perlu tekan Vote Now dan kalau rajin komen sekali :)
Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!