Friday, April 08, 2011

Cacatkah Ibu Tidak Boleh Menyusu??

Bismillah,

*Fanpage berkenaan telah di delete..tahniah kepada pentadbir fanpage itu!! PEACE!!

Isu ni dah banyak hari berlalu, tetapi sukalah saya untuk bagi my point of view. Alkisah ada seorang blogger yang saya yakin sangat suka mempromosikan penyusuan susu ibu ini. Tidak ada salahnya langsung tentang niatnya itu. Dari bacaan saya, dia betul-betul mahu yakinkan bahawasanya setiap ibu mampu menyusu.

Malangnya dia tersalah menggunakan perkataan :
Ibu yg xde susu adalah cacat sebenarnya. Susu ni permainan psikologi, strongly set mind in BF mode, never say never, bertenang ketika menyusu jgn stress. The key is mind set. KALAU BABY NAK SUSU, BREAST PASTI ADA SUSU. Ive been breastpump since the first day, and believe me susu ada tp ia bermula dr minda kita. Caiyuk!!!
Pertama sekali ketika membacanya saya terus terlintaskan bonda Rasulullah SAW. Akibat tekanan kerana kematian suami tercinta, maka Siti Aminah kekeringan susu. Mujurlah amalan ibu susuan telah menjadi lumrah di kalangan bangsa Arab sejak dulu hingga sekarang. Tradisi itu sebagai menjauhkan anak Arab daripada menghidapi penyakit yang biasa merebak dalam keturunan asal. Kesannya, bayi mempunyai tubuh lebih kuat, otot lebih segar dan dapat bertutur bahasa Arab dengan lebih fasih.

OK, kat sini tergamak ke kita kata bonda kesayangan Nabi SAW sebagai cacat? Oh..meremang sekali rasanya bulu roma. Justeru itu, penggunaan perkataan cacat sangatlah tidak bagus digunakan. Sehinggakan ada pihak yang tergamak buat fanpage 'Kami Benci  dotdotdot Kerana Menghina Kaum Ibu'. Oh...kenapa sampai tertubuh fanpage macam ni??

Kalau saya, mmm..memang saya juga pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya, bukan seorang, bukan dua tetapi tiga!! Kalau saya nak marah pun, saya akan tulis di kotak komennya, "Oh..terasanya saya. Bolehkah awak tukar perkataan cacat itu kepada sesuatu yang lain?? Saya rasa ramai ibu dah cuba yang terbaik untuk anaknya tapi tak semua orang sebertuah awak". Atau apa-apa sahaja yang berbentuk teguran positif.

Tapi biasalah, kita manusia kan? Jadi, adat orang yang buat silap adalah memohon kemaafan.

Sekali lagi saya mohon maaf pada semua. Betul. Saya betul-betul minta maaf. Sejujur-jujurnya saya memang tidak bermaksud menghina sesiapa. Memang tiada niat di hati ingin memperlekehkan rezeki setiap ibu. Niat saya hanya satu, hanya ingin berkongsi pengalaman dan cuba sedaya upaya memberi perangsang dan sokongan. Maaf sekali lagi andai tujuan saya menguris hati sesiapa yang membacanya. Tidak ada sedikit pun terlintas ingin menyakiti sesiapa. Maaf!

Sepatutnya perkataan CACAT itu saya gantikan dengan perkataan yang lebih sesuai. Maaf sekali lagi. Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Benar kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kalaulah boleh diundurkan masa, pasti perkataan yang lebih sesuai akan saya guna. Saya akan jadikan ini semua pengajaran. Jauh di lubuk hati saya amat berharap ini dapat meredakan kemarahan yang di luar sana. Saya hanya insan biasa. Maaf sekali lagi.
Nah! Dia dah minta maaf tapi saya terasa sedih bila mana ada lagi pihak-pihak yang masih menghangatkan fanpage itu. Bayangkan jika anda di tempat blogger ini. Anda telah mengaku kesilapan anda malah anda dah memohon kemaafan. Pastilah anda berharap diri anda tidak dibenci lagi oleh mana-mana pihak. Bertambah sedih rasanya bila saya baca beberapa teguran dari pihak tertentu diremeh-remehkan oleh pihak yang lain dalam fanpage itu.

Saya tidak berniat nak membela sesiapa. Isu susu ibu ini rupanya sangat sensitif bagi sesetengah pihak. Dalam sibuk ibu-ibu yang menyusu badan sepenuhnya yang telah merasakan betapa banyak faedah susu ibu mempromosikan penyusuan susu ibu, rupa-rupanya ramai dari kawan-kawan kita yang akan terasa dengan kempen itu.

Saya tidak mahu memberi contoh orang lain, ketika membaca ibu-ibu menyusu mengambil suplemen tertentu untuk menambah susu badan atau untuk menambah kualiti susu badan itu, saya amat terasa kerana tidak dapat mengambil suplemen itu kerana itu di luar kemampuan saya. Saya rasa bagaikan penyusuan susu ibu ini dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk mencari keuntungan pula.

Saya minta maaf atas apa yang saya katakan ini tapi itulah saya rasa dan bayangkan pula mereka yang gagal mengeluarkan susu, pastilah sakit di hati mereka lebih sakit dari apa yang saya rasa kan? Walaubagaimana sekalipun, pada pendapat saya membuat fanpage untuk benci kepada seseorang adalah sangat tidak patut. Kita hanya perlu menganggap mereka tidak memahami keadaan kita. Jadi terpulanglah kepada kalian yang berada dalam kelompok itu untuk bertindak bagaimana.

Sama juga apa yang terjadi kepada kawan-kawan Full Time Working Mother, pasti ada terasa dengan golongan Working At Home Mother. Golongan WAHM dilihat sanggup melepaskan jawatan demi mejnjaga anak sendiri sedangkan mereka yang FTWM juga mempunyai pengorbanan mereka yang tersendiri.

Kepada ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi anda dengan susu ibu, elakkanlah ayat-ayat provokasi sebegini. Tambahan pula apabila anda menggunakan gajet dan suplemen tidak kiralah mahal atau murah kerana ia sebenarnya menjadikan seseorang itu terasa bahawa menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu adalah susah dan seterusnya merencat penghasilan susu mereka.

Saya memohon maaf kepada semua yang saya sebutkan dalam ni. Saya juga tidak lari dari membuat kesalahan dalam blogging dan saya tahu memang ada pihak yang pernah terasa dengan saya. Tetapi apa yang saya belajar dari semua ini adalah 'bukan semua teknik yang kita gunakan sesuai pula digunakan oleh orang lain' kerana we are not in the same shoes.

*Untuk pengetahuan, saya adalah ibu yang menyusu dengan susu badan bermula dari anak ke empat dan tidak pernah ada bekalan susu stok dan tidak mengambil sebarang suplemen untuk tujuan menambah susu badan. Menyusu susu ibu sepenuhnya adalah penting tapi jangan anda fikir, penyusuan yang berjaya adalah dengan mempunyai semua gajet breastfeeding dan suplemen semata-mata. Banyak cara sebenarnya untuk mencapai tujuan ini. :)

PEACE!!!!


 

9 comments:

  1. ado baco jugop pasal ni. memahami keduo2 pihak. pehe niat dio nk menggalakkan penyusuan susu ibu dan pehe jugop perasaan ibu2 yg x dpt nk menyusukan anak dgn susu ibu.

    gapo2 pun dio dh mitok maaf, kito keno berlapang dada dan terima. tp kito faham jugop lah yg memaafkan tak bererti melupakan

    ReplyDelete
  2. salam kak fizah..dah lame saya jd silent reader kat fiza..
    walaupun saya bf anak saya sepenuhnya, saya betul2 terasa bile mereka2 yg perjuangkan susu ibu ni,seolah2 peleceh ibu2 yg tak beri bf pd anak2 diorang..lagi 1 ayat yg saya tak bole terima, susu lembu untuk anak lembu..Allah ciptakan susu lembu untuk manusia jugak..lembu tak patut disalahkan...yg patut salah adalah manusia2 yg cipta susu formula...jdnya,susu lembu tak bole disamakan dgn susu formula...
    sekian pendapat saya...
    v(^-^)v

    ReplyDelete
  3. terjumpa blog nih.
    memang setuju2 sangat dng entry fizah..
    setiap manusia tidak lari daripada kesilapan.. sebagai sesama manusia.. tegur menegur haruslah ada.. bukannya terus mengkondem.. betul kan..
    penyusuan yang berjaya pun.. x semstinya dengan gadget yang mahal dan supplemen yg ckup.. yang penting usaha dan doa non-stop.. kan..

    salam perkenalan. ummi. MIM.

    ReplyDelete
  4. Salam Pijah,

    Akak pun salah seorang ibu yg menyusu sepenuhnya gak...n akak mmg sensitif sgt bila org cakap mngenai bf ni...terasa sesgt yg akak ibu yg tak baik....esp membaca promotion mengenai bf yg kekdg ter'over' la sgt...

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Saya selama ini sememangnya memerhati fenomena ini, memang terasa ada praktikal yang kurang sihat berlaku dalam isu breasfeeding ini.. mungkin kerana terlalu obses, kita lupa untuk menjaga perasaaan dan hati mereka yang mungkin tidak berpeluang untuk BF atas sebab2 tertentu... kita tidak berhak untuk meletakkan semua orang seperti kita kerana kondisi kita yang berbeza2. Alhamdulillah kalau dapat capai misi BF, itu adalah dengan kehendak Allah jua... jgn lupa untuk bersyukur dan kita galakkan juga ibu2 lain dengan bahasa yang lembut dan alangkah baiknya dalam masa yang sama dapat kita menjadikan diri kita sebagai ibu terbaik dalam semua aspek terutamanya menjadikan kita sebagai pendidik terbaik, mengikuti apa yang disuruh oleh Allah Taala dan meninggalkan apa yang di larang oleh Allah.

    Kekadang kita terlepas pandang tentang makanan2 yang masuk ke perut kita, masih lagi menikmati makanan yang diragui status halalnya serta bahan-bahan yang boleh merosakkan sedangkan dari makanan tersebut akan menjadi susu yang kita berikan buat anak-anak kita. Begitu juga selepas selesai misi BF, kita lupa untuk menjaga makanan anak-anak kita, terpengaruh dengan budaya hidup moden tanpa mengira kesan makanan tersebut buat anak-anak kita. Itu lah yang akan menjadi darah daging mereka.. moga dapat kita muhasabah perkara ini bersama.

    PEACE untuk semua! :)

    ReplyDelete
  6. Salam,buat yang pertamanya pada saya isu breastfeeding ni sepatutnya tidak boleh dijadikan isu perdebatan .Ini kerana memang sampai bebila pun isu ini tidak akan tamat.

    Untuk pengetahuan ,sy juga merupakan seorang ibu yang bf anak sy.So pada saya semua promotion tentang bf tidak menjadi masalah kepada saya,cuma ianya tidak bolehla dilakukan terlalu extreme sangat sehingga menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kepada semua terutamanya ibu2 yang tidak menyusukan anak mereka.

    Pada saya,2-2 pihak tak salah.Cuma ada salah faham antara ibu menyusukan anak dengan ibu yang menyusukan anak dgn susu formula.
    Sedangkan pihak menyusukan anak dgn susu ibu bukanla bermaksud untuk menghina cuma mungkin mereka mahu berkongsi pengalaman penyusuan dan kebaikan yang diperolehi dtpd penyusuan tu.Sememangnya untuk menyusukan anak dalam keadaan skrg ni bukanla sesuatu yang mudah dan sekadar petik jari sahaja,dan sy mmg tabik spring kepada ibu2 yang mampu menyusukan anak mereka walaupun memang prosesnya amat rumit,leceh dan membebankan apatah lagi bagi ibu bekerjaya seperti saya amnya.Menghadapi saat2 susu merudum,digigit ,luka ,stress dsb memerlukan ketahanan jiwa dan raga yang amat kuat.Tetapi apabila,difikir2kan,dahla ibu bekerja,inila satu2nya proses yang dapat merapatkan hubungan anak dan ibu setelah lebih bnyk masa dihabiskan di taska ,nurseri dsb.

    Pilihan samada nak menyusukan anak atau tidak adalah pilihan anda sendiri.Anda buat,anda dapat.Bagi ibu2 yang sudah berusaha,tetapi masih kurang susunya,insya Allah teruskan usaha dan doa.Allah pasti bersama kita.Jangan pernah ada rasa rendah diri .
    Cuma bagi ibu2 yang tidak mempunyai masalah susu tetapi meninggalkan penyusuan ibu disebabkan tidak mahu bersusah2 ,sy dgn rasa rendah diri ingin anda fikir kembali dgn hati nurani adakah anda rasa berbaloi atau tidak?Pilihan di tangan anda.Insya Allah.

    ReplyDelete
  7. hmm,
    sayalah antara salah seorang yang cuba untuk 'menegur' dalam page tersebut. bukan kerana memihak kepada sesiapa. tapi, kerana kasihan bertelagah atas perkara yang tak sepatutnya dijadikan bahan bertelagah...

    saya percaya, masing2 ada cara kehidupan, dan masalah sendiri. jadi, terpulang kepada individu untuk memilih jalannya sendiri. tapi, dengan syarat, apa yang dibuatnya adalah yang terbaik berdasarkan ilmu dan usaha dahulu. bukan terus menyerah...

    ReplyDelete
  8. salam kenl kak fiza..sye takde fb tapi terkejut juge dgn isu hangat ni..tak reti jugk nk komen. sedg dlm situasi terkejut sekejp ;)

    ReplyDelete
  9. salam Pija.
    sangat2 setuju dengan UmmuMishkah...

    kakyong pernah juga terasa hati dgn ibu2 yg xtreme dgn BF ni, tapi buat2 tak layan ajer la... kita buat apa yg kita etrmampu.. Alhamdulillah, Aliya dah 2 tahun 8 bulan.. masih lagi dok mengopek juga...

    kakyong la ni dok berlawan2 dgn jiran sebelah, anak sapa akan berhenti menyusu dulu.. anak dia 2 tahun 10 bulan pun masih kuat mengopek juga...

    kdg2 lucu juga bila jiran mengadu 'camana ni kak.. tensen la kak, sudah mau 3 tahun, masih tak mau berenti ni..'... jiran kakyong org Acheh, sila baca dgn lenggok Indon..


    lastly, berrsederhana ajer lah.. menyusu lah anak2 kome selagi kome termampu.. kakyong pun tak makan supplemen, jaga makan ajer... kita sure dah tau apa makanan yg buat susu kita kering & apa makanan yg akan menggalakkan lebih susu kita.. x kan sama dgn org lain...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!