Sunday, May 08, 2011

Berjalan Ke Tempat Orang

Bismillah,

Haaaaaa.............ini adalah satu cerita yang sangat panjang. Saya bagi kalian tengok gambar je lah dulu. Nanti saya ceritalah apa yang patut apa yang terjadi di sana. Sebenarnya saya ke sana tidak dengan duit poket saya sendiri dan saya ditanggung sepenuhnya malah diberi saguhati oleh orang tersebut.

Saya sakit berminggu selepas balik dari tempat ini. Ia bagaikan mimpi ngeri berada di sana. Tapi itulah mimpi, bila saya tersedar dari mimpi tu, rupanya banyak saya belajar di sana. Ia adalah satu perjalanan di mana saya dan suami tak berselisih walaupun selepas saya tinggalkan telefon saya dalam teksi. Dengan sampai ke sana saya lebih faham banyak benda yang selama ni saya tak faham sama ada dari segi perniagaan mahupun hubungan antara saya dan suami.

Saya sebenarnya tak bersedia nak ceritakan apa yang berlaku di sana. Nantilah bila ada perkara-perkara yang mengingatkan saya, saya akan ceritakan sedikit demi sedikit. Kepada yang memberi saya peluang untuk ke sana, saya ucapkan terima kasih. Walaupun saya sedih tapi saya sedar inilah kehidupan yang saya terpaksa lalui. Selepas 3 bulan ke sana, jika sebulan selepas ke sana saya menggeleng untuk ke sana tapi sekarang, saya lebih bersedia kalau di sponsor ke sana semula tapi tanak di musim sejuk lagi...ehehehe













 

3 comments:

  1. pegi jln2 ke china ke...??

    ReplyDelete
  2. kenapa..x best ker pergi berjalan2 tu kak?

    ReplyDelete
  3. pergi mana tu..

    selamat hari ibu..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!