Wednesday, May 25, 2011

Usamah & Uwaiys : Ceramah Program LINUS & Interaksi Parents

Bismillah,

Tadi Asmaa' tinggalkan bekal makanan dia. Dia kan baru keluar dari wad minggu lepas. So, kami sangatlah meneliti segala aktiviti pemakanan dia. Memang dia nampak sangat sihat tapi mak bapak mana lah yang tak risaukan anak kan?

Masa hantar makanan tu tadi, saya nampak dia tengah minum air kat tiang khemah. Kemudian saya saja tanya mana bekas minuman yang saya bekalkan, dia kata ada kat kelas dan dia lupa bawa dan dia minta tolong saya ambilkan di kelas.

Sampai kelasnya, saya tengok tempat duduk dia di bucu kelas rupanya iaitu berhampiran dengan pintu belakang. Masya ALLAH, makin runsinglah saya sebab dia duduk di belakang sekali. Tempohari, saya minta dari cikgu kelasnya supaya dia duduk di depan kelas. Kemudian katanya, kalau budak yang kureng pandai, dia letakkan di depan kelas. Tapi kalau dah belakang sekali di bucu pula, aduhai...... Ke saya yang melebih2 risau ek?

Nyesal plak tak bawak tepon nak snap gambar Asmaa' satu dua. Tapipun dia dah lawan dah awal2 lagi. Saya perhati Asmaa' ni memang tak berkawan ramai. Dia ada berkawan dengan seorang budak KL dan saya kenal ibu Maliha tu. Mungkin boleh rapat sebab keduanya berbahasa luar (tak kecek Kelate). Tapi sedihnya pulak, bulan 10 ni Maliha akan pindah semula ke KL. Asmaa' ada seorang lagi kawan rapat bernama Izzah tapi saya rasa tak serapat dia dan Maliha. Tadi masa hantar beg dia pun saya nampak mereka berdua sahaja.

Eh.....tajuk entry ni pasal Usamah dengan Uwaiys, melarat ke laut apsal ek??


Sebenarnya hari ini ada program ni. Saya insya ALLAH akan hadir ke sana untuk dengar apa itu LINUS. Sebenarnya, bukan kat sekolah Usamah & Uwaiys saja yang ada program ni tapi semua sekolah kementerian telah mula melaksanakan program ini secara berperingkat barangkali. Jadi kepada sesiapa cikgu yang jadi blogger, bolehlah tolong saya jelaskan apa itu program LINUS ye...

Maklumat lanjut tentang LINUS boleh dibaca di link ini.

1 comment:

  1. Kalo budak pandai kena duduk belakang pulak yer.tp kite risau anak kita x diberi lebih perhatian pulak nnt ;p

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!