TERFIKIR DI DALAM KEHENINGAN PAGI....
Dunia sdg menyaksikan pertambahan kos penjagaan kesihatan yg begitu tinggi di dlm beberapa dekad kebelakangan ini walaupun kononnya byk pembangunan teknologi & kepandaian sains telah dimeterai oleh golongan profesional alopati (perubatan barat). Namun hakikatnya, pembangunan kesihatan manusia masih tidak bangkit dari darjatnya yg rendah, tidak setanding dgn perakuan2 kejayaan yg telah dicapai oleh mereka.
Di manakah silapnya?
Ini merupakan persoalan yg sedang mencabar para pemimpin dlm penjagaan kesihatan & sekaligus menyeksa masyarakat yg dibebani kos penyenggaraan kesihatan yg tinggi yg dikenakan oleh pusat perubatan & rawatan. Kepentingan keuntungan telah mendahului kepentingan merawat, kesediaan membantu serta kerelaan menolong yg sakit & cedera telah merosot & hilang ditelan masa.
***********
Diatas bukan ayat saya.. namun saya ingin mengajak kalian berfikir. Pertamanya, saya pohon jangan kalian salah faham. Saya bukan merendahkan ilmu alopati pun. Saya cuma sekadar mahu mengajak kalian supaya mula berfikir bahawa MENCEGAH adalah kaedah yang terlebih baik daripada kelak kita terpaksa mengubati.
Sebenarnya telah ramai maklum bahawa memang teknik alopati ada kesan sampingannya. Tetapi apabila kita terdesak ketika sakit memang alopati sahajalah jalan mudah untuk keluar dari kesakitan. Namun sihat kita itu tetap sahaja bakal mengundang sesuatu yang lain. Bergantung kepada ubat apa yang kita ambil.
Cara untuk mencegah yang saya maksudkan tidak lain adalah dengan mengamalkan Islam sepenuhnya. Jika kita bercakap tentang kesihatan pastilah fokusnya adalah dengan menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Tidak itu sahaja, kita juga wajib mendidik diri kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah supaya Allah akan melindungi kita dari pelbagai ancaman penyakit yang ada dalam indeks perubatan kini. Kerana hanya Allah lah yang Maha Melindungi kita.
Perbincangan mengenai hal ini adalah terlalu luas dan panjang. Cukuplah setakat ini menjadi pencetus kepada pemikiran yang mengarah kepada kehidupan yang lebih baik. Semoga kita sama2 dapat menjadi Muslim mukmin yang kuat untuk melawan fitnah yang melanda dunia masa kini. Ameen..