Sunday, September 28, 2014

Semoga Kesilapanku Dimaafkan

Bismillah,

Selepas membaca sedikit demi sedikit update sahabat2 di facebook, tiba2 fikiran saya membawa saya ke memori silam. Kisah yang telah lama benar berlalu. Namun, kesannya masih mencucuk2 sehingga ke hari ini.

Alkisah, dulu saya pernah buat kerja bodoh. Semasa saya buat kerja bodoh itu, saya tidak terfikir ia adalah benda yang bodoh. Memang bodoh betul saya pada waktu tu.

Saya berada di dalam secret grup berbincang tentang parenting. Ada satu isu yang sangat menarik lalu saya copy dan paste ke draft blogger dan publish tanpa edit nama mereka yang terlibat.

Setelah berbulan (atau mungkin bertahun) berlalu, tiba2 seseorang telah telefon saya dengan memperkenalkan dirinya. Usai memperkenalkan diri, dia mula bercakap dengan nada tinggi menandakan betapa marahnya dia atas perbuatan bodoh saya itu.

Sudah menjadi cara saya, jika diserang, saya diam dan berusaha untuk beralah sahaja. Tiada guna untuk membela diri dalam keadaan diserang begitu. Disebabkan line kurang, saya pasang loud speaker. Anak2 mula berkerumun kehairanan mendengar suara orang memarahi umi mereka.

Perbualan kami tamat selepas saya mendapat amaran supaya saya menurunkan semua yang berkaitan dengan namanya dari blog saya dalam masa tiga hari atau saya akan berhadapan dengan tindakan peguam. Saya jadi terdiam. 3 hari untuk orang yang duduk di hutan simpan bukan masa yang panjang. Ia bagaikan 3 jam sahaja..

Saya hanya boleh melayari internet setiap kali keluar ke bandar. Setiap kali keluar pula mengkelek anak dan apalah sangat peluang untuk online. Atas sebab ini jugalah saya berhenti buat dropship dengan beberapa supplier kerana tidak dapat proceed order tru web.

Saya berusaha menggunakan apps blogger yang ada di dalam tab pada masa itu untuk menurunkan entry saya dengan bantuan sahabat2 yang berhubungan dengan saya melalui whatsapp. Alhamdulillah saya berjaya. Lalu saya segera whatsapp ke puan yang menghubungi saya itu memberitahu saya sudah melakukan apa yang dia mahukan.

Saya sangka sudah selesai. Rupanya tidak! Barulah saya tahu ada laman web yang synchronised tulisan saya di blog ke web mereka. Okeh.. disini mimpi ngeri saya bermula. Saya tidak tahu cara untuk menghubungi owner laman web itu.

Namun alhamdulillah, ada sahabat yang menawarkan diri untuk membantu dengan kepakaran yang dia ada. Akhirnya saya dapat nombor pemilik laman web itu dan saya minta semua entry saya di laman web nya diturunkan.

Sekalipun saya marah, tetapi saya berusaha menggunakan ayat yang baik dengan harapan mereka memberi kerjasama untuk menurunkan entry itu segera. Dan alhamdulillah Allah mudahkan urusa  itu selesai jua.
Di hari ketiga pula, saya minta suami saya hantarkan saya ke cc supaya saya dapat menghubungi senarai nama mereka yang tertulis dalam entry saya dan saya minta maaf kepada mereka secara personal dan secara terbuka dalam grup itu.

Tebal dimuka tidak boleh diukur. Tapi saya buat sahaja dengan harapan masalah itu selesai. Disebabkan saya sudah dibuang dari grup itu, maka saya terpaksa mencari admin grup itu untuk memintanya meletakkan permohonan maaf saya dalam grup itu.

Selepas saya dikeluarkan dari grup itu, memang berjela2lah caci maki, hinaan dan kata2 yang berat ditujukan buat saya. Kebanyakannya daripada mereka yang tidak mengenali saya secara individu. Yang kenal saya pun tak berani backing saya sebab ramai yang agresif memarahi saya.

Saya rasa saya masih simpan lagi salinan kata2 mereka kerana ada sahabat yang baik hati menyampaikannya kepada saya. Terpaksalah saya terima sahaja apa yang mereka kata kerana memang saya telah terlanjur buat silap. Ia menjadi satu sesi muhasabah yang baik buat saya.

Setelah segalanya selesai, saya whatsapp puan yang menghubungi saya dan beritahu dia saya telah selesaikan segalanya. Saya juga cuba memohon maaf daripadanya dengan baik namun sayang sekali.. tidak berbalas.

Saya memujuk diri sendiri. Tak apalah jika itu ujian yang patut saya terima. Setelah berputus asa mendapatkan kemaafan dari manusia, saya memilih untuk membuat pengaduan kepada Yang Maha Kuasa. Semoga taubat saya diterima Allah.

Tidak lama selepas itu, saya mendapat notifikasi di fb (akaun lama sebelum akaun ini) yang puan itu 'follow' update saya. Dia tidak request fren tapi dia hanya follow. Pun hati saya tidak menjadi tenang juga.

Selain dengan puan ini, saya telah berkesempatan berukhuwwah dengan individu lain yang terlibat dalam entry itu. Malah dengan admin juga. Alhamdulillah ramai juga saya dapat kawan dari peristiwa itu. Daripada tidak kenal, kepada kenal dan boleh bertegur sapa pula.

Ramai diantara mereka meminta saya bersabar dengan apa yang saya hadapi itu. Mereka memberi sokongan sekalipun tidak mengenali saya. Syukur alhamdulillah.. sekurang2nya saya tahu saya mungkin telah buat benda yang betul.

Namun.... luka kerana dikata keji dengan pelbagai ayat itu masih tetap ada. Kerana saya manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Saya telah melakukan apa yang terdaya untuk memperbaiki keadaan tapi akhirnya saya gagal juga. Kesalahan saya terlalu berat untuk dimaafkan. Allahuakbar..

Lalu saya terlintas, alangkah tenangnya hati saya jika puan itu dahulu, menggunakan ayat yang penuh hikmah ketika menegur saya. Alangkah lebih baiknya jika dia tidak membuka cerita perbuatan saya itu ke khalayak ramai (sekalipun dalam grup bertutup) sehingga memberi peluang kepada orang lain tumpang mencaci maki saya juga.

Tapi semuanya telah terlanjur terjadi. I have to learn this in a hard way. Dan saya masih terdera dengan apa yang saya alami itu. Terpaksa saya terima hukuman akibat dari kebodohan saya.

Peristiwa itu memberi banyak pengajaran kepada saya. Kini saya tahu apa akibatnya jika kita menyerang orang, menyebarkan keburukan orang ke khalayak. Setelah orang itu cuba untuk mencuci kejahatannya, jika awalnya kita tidak menyerang, ia akan selesai dengan lebih mudah.

Dan jika kita tidak menyebarkan kisah buruknya, maka tidak perlulah kita mencuci semula perbuatan kita yang telah menjatuhkan maruahnya. Bukan senang hendak jilat semula ludah yang kita keluarkan. Jika tidak jilat.. maka ludah itu akan membusukkan diri kita semula. Sedangkan yang berbuat jahat pada kita tadi telah terpelihara dalam taubatnya. Allahurabbi..

Selain itu, saya juga belajar apabila kita berhadapan dengan situasi genting begitu, agar kita sentiasa tenang dan merendah diri. Apabila telah dikatakan salah, maka berusahalah membetulkan kesalahan. Tidak ada gunanya lagi menegakkan benang yang basah.

Teringat saya kepada kenalan2 baru yang tiba2 menegur saya. Mereka memberitahu mereka terkilan dengan puan yang bertindak begitu kepada saya. Tidak semena2 saya pula terpaksa backing dia supaya mereka memahami rasa hati puan itu juga.

Tidak tergamak saya mengambil kesempatan untuk meluaskan pengaruh saya ketika itu. Bagi saya, cukuplah Allah yang akan memberi pengajaran kepada saya, dia dan yang lain. Hak menghukum bukan ditangan saya.

Sehingga kini, saya tidak berusaha pun untuk masuk ke grup itu lagi. Saya cuba melupakan betapa jatuhnya hati saya kepada grup itu. Saya alih minat saya kepada grup2 lain yang memberi lebih ketenangan.

Sesekali, update puan itu naik juga ke wall saya. Apabila ada fren saya yang like, share dan comment di statusnya. Saya tumpang gembira dengan cerita2 hidupnya. Saya harap kebodohan yang saya lakukan dulu tidak pernah menjatuhkannya. Sayangnya, itu hanya harapan kecil saya..

Saya amat berharap saya dapat melupakan kejadian ini. Saya bimbang jika mainan perasaan ini menunjukkan saya belum memaafkan lagi caci maki mereka kepada saya. Maka banyaklah pula perbicaraan yang terpaksa saya lalui di akhirat kelak.

Dan itu hanya melibatkan perasaan saya. Belum perasaan dia lagi. Sama ada dia telah memaafkan saya atau tidak atas apa yang telah saya lakukan padanya dahulu. Kerana dalam ramai2 nama yang ada, hanya dialah yang tidak respon kepada permohonan maaf saya. Astaghfirullah..

Beginilah.. sesekali ketika menghitung diri, memang akan terlihat kejahilan2 kelakuan diri sendiri. Berat sungguh rasa apabila bersalah kepada manusia. Syukurlah bahawa Allah Maha Pengampun. Ketika kita bertaubat kepada Allah, hati menjadi tenang. Tapi jika kita berharap mendapat pandangan manusia, kita akan kecewa akhirnya.

Tak apalah.. asal sahaja kita sudah cuba yang terbaik untuk membetulkan keadaan, itu sudah memadai. Jika orang itu hanya merasa puas jika saya tersungkur ke bumi, apa daya saya. Allah telah beri saya peluang yang banyak untuk memperbaiki kesilapan. Saya belum mahu tersungkur lagi.

Sebab itu, saya tidak segan silu mengajak sahabat2 yang sedang tersungkur agar bangun lagi. Bina kekuatan dengan taubat kepada Allah dan berdoa semoga diberi kekuatan. Biarlah manusia dengan penilaian mereka. Jangan kita binasakan diri dengan berbuat yang tidak2.

Eh.. dah lama xtulis panjang.. sebenarnya sedang mengisi masa lapang sambil menunggu mesej dari grup homeschool masuk. Sayangnya line slow sampai saya boleh plak update status fb panjang2 hehe..

Semoga apa yang saya tulis ini, ada sesuatu yang dapat kalian cernakan. Pohon saya, jika berkesempatan, doakanlah semoga puan itu dapat memaafkan perbuatan silam saya padanya. Semoga ukhuwwah saya dan dia dapat diperbaiki dan semoga kami berjumpa di jannah kelak. Insya Allah, saya akan sangat bergembira seandainya dia dapat memaafkan saya. Saya doakan semoga hatinya tenang dan selalu dalam perlindungan Allah.. Ameen..

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!