Stress..
Bukan masalah saya tapi masalah orang. Tapi saya tumpang stress. Bukan stress dengan masalah sahabat saya tapi stress dengan orang yang buat masalah. Yang buat masalah pula bukan orang calang2.
Mereka adalah ustaz ustaz yang ada nama di kawasan masing2. Konon namanya ustaz, rasa diri dah laris sangat. Rasa diri dah mampu sangat. Rasa diri dah hebat sangat padahal kalian tak lebih dari tong kosong. Tau bunyi tong kosong??
Ye kalian memang laris -terhangat dipasaran. Ramai anak dara dan janda2 mahu mendampingi kalian kerana mereka sangka agama yang ada pada anda mampu memberi mereka bahagia. Mereka yakin mereka boleh bahagia dengan agama yang ada pada anda.
Tanpa mereka sedar anda adalah tin kosong. Masalah anda dengan isteri sedia ada pun anda tidak dapat tangani. Kemudian mereka pula kalian jadikan mangsa. Maafkan ayat kasar saya tapi mereka adalah hanya sekadar nafsu rakus anda.
Kononnya, konon anda mahu berkahwin lagi kerana mahu punya anak lebih ramai. Konon juga, anda mahu menikah lagi kerana mahu membela nasib wanita yang tidak bersuami. Konon lagi kalian nak bagi izzah pada wanita itu.
Meh saya nak cakap sepatah ayat untuk anda.. poddahhh!! Haaa amek! Serius eh saya bengang. Sebab tin kosong ni masih saja menggunakan tin kosongnya tu untuk kelihatan hebat. Ptuii...!
Nak beranak ramai ye? Okeh, dengan isteri sekarang adakah kalian masih harap bantuan dia dalam perbelanjaan keluarga? Kalau ya masih harapkan bantuan isteri, silalah fikir lebih jauh. Padanlah ramaikan anak dengan seorang ibu itu aje.
(Kepada isteri, apsal takut nak beranak??
Takut letih? Haaa elok la laki korang cari lain
Takut xde duit? Habis, laki awak boleh pulak cari perempuan lain??
Takut sakit? Seriuske kehamilan sebelum ni awak memang sakit? Kalau sakit teruk ke sakitnya? Suami awak macam mana bila awak sakit? Tak dirawatkah sakit awak tu?) --- haaa ni mcm nk marah sama kt org perempuan pulak ehh
Nak bela nasib wanita? Nak bg izzah??
Wokeh! Tapi yg kt rumah isteri tu ustaz dah setelkah? Bila dia buat salah ustaz boleh tegurkah? Bila dia buat perangai tak comel ustaz boleh kawtimkah? Bila dia ditimpa kesusahan ustaz boleh bantu dia keluar dsri masalah itukah? Tak boleh??? So boleh blahla nak bela nasib orang dan nak bagi izzah pada orang.. boleh blah jauh2! (Mode nak sepak orang)
Sungguh apa yang terjadi kepada sahabat2 saya sangat mengganggu saya. Betapa sakitnya orang lelaki zaman sekarang. Tak dapat saya bayangkan betapa tercalarnya kebaikan poligami yang dianjurkan Islam dibuat kalian. Sungguh, cita2 kalian ingin membawa Islam hanyalah sekadar angan2 mat jenin sahaja. Anda bukan bawa Islam tapi anda hanya memburukkan nama Islam saja.
Teringat beberapa hari lalu, ketika berbicara dengan seorang sahabat lama, dia tiba2 menyebut, 'patut ada ni persatuan bini ustaz akhir zaman'.. hehe.. dan2 saya menyokong dan kalau suami saya izin, saya nak join kekeke..
Tak boleh saya bayangkan betapa hancur luluhnya jiwa isteri yang dalam situasi mereka ini. Sebagai isteri kita tidak patut tamak pun. Dalam keadaan suami memberi nafkah yang cukup kepada kita, mendidik kita dengan anak2 seperti yang dianjurkan agama maka kita tidak patut tamak pun.. dia (suami) adalah pinjaman cuma.
Jika seorang suami sudah mempunyai kemampuan, maka berlapang dadalah. Tapi kepada lelaki, jika kalian nak sukat mampu atau tidaknya diri kalian itu, silalah muhasabah diri kaliam bersama dengan isteri.
Ini tidak, mesyuarat berdua jarang sangat berlaku. Tiada komunikasi dua hala. Banyak perselisihan faham berlaku diantara ustaz suami isteri. Bermakna banyak masalah sedang ternganga tetapi ustaz mengambil langkah paling bangang dengan berkahwin lagi.
Kemudian timbullah cerita ustaz tidak bersama dengan isteri pertama setelah ada isteri baru. Huh.. dapat pucuk muda dah xlarat nak layan yang tua. Maknanya tang situ pun dah tak mampu. Berangan nak kawin lagi?? Hampeh!
Tu belum cerita jadual giliran yang tunggang langgang, berat sebelah, sana lebih sini kurang dan lain2.. hellow ustaz???!! Rasa2 dengan macam tu ustaz boleh masuk syurga?? Huhhh..
Sorilah eh kalau saya guna ayat kasar. Sebenarnya benda macam ni boleh dibetulkan. Caranya adalah dengan kalian kembali kepada Islam. Tidak perlulah kalian mahu kelihatan hebat dengan berkahwin dua atau lebih. Yang betulnya kalian akan kelihatan mulia dengan membawa Islam sebenar.
Bukan sekadar masalah poligami sahaja boleh selesai dengan kembali kepada Islam. Semua masalah akan selesai dengan kita kembali kepada Islam. Islam tidak boleh diamalkan separuh2. Kita wajib membawa Islam sepenuhnya. Janganlah menjadi objek yang menjadi fitnah kepada Islam.
Sekali lagi, saya minta maaf atas kelancangan kata2 saya.. tapi sungguh saya tidak dapat kawal diri saya dari rasa marah bila berhadapan dengan masalah yang sama seperti ini tinggi kekerapannya.
Maaf sekali lagi..