Thursday, August 06, 2009

Adab sopan apabila berdepan dengan suami



Bismillah,
Tolong jangan salah faham. Saya bukanlah orang yang terlampau bersopan santun depan suami. Saya berada dalam golongan yang 'hu ha hu ha' dan bukan jenis yang minat kontrol ayu (memang tak ayu langsung). Tak heran bila kawan2 saya dulu2 baik laki atau perempuan terkejut bagai nak rak bila dapat tahu ada orang comel macam Ahmadinejad nak ajak saya kawen. :P
Dah lama saya asyik fikir tentang anak-anak. Bukan saya tidak fikirkan suami saya malah tanpa dipinta2 saya selalu berfikir tentang dia. Apa tidaknya, suami saya adalah seorang yang suka menimbulkan isu dan saya pula ditekan2 untuk memberi respon. Jika hal begini tidak berlaku, mungkin saya tidak akan berfikir tentang hubungan baik saya dan suami saya.
Berikut adalah beberapa idea atau ingatan bagaimana kita boleh menjaga adab sopan dengan suami :
  • Suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya - mm...ada masa suami saya suka ajak saya berdebat. Dahulu, jika ada apa2 yang tidak memuaskan hati saya senyap sahaja. Tapi dia selalu ajar saya, "Kenapa tak jawab macam ni...macam ni" Sebenarnya dia ajar saya berdebat dengan orang lain tapi saya terlampau gunakan ilmu yang dia bagi sampai dengan dia pun saya hentam berdebat. Ha ha...encik kanda, adakah yang sampai terasa di ulu hati? Kalau ade, maafkanlah dinda ek...
  • Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarah dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang- kadang dia sengaja hendak menguji kita - jika ada yang menaikkan kemarahan suamiku, saya suka pilih jalan selamat dengan senyap aje. Kadang2 jiwa ada rasa memberontak nak bela diri tapi saya rasa selalunya saya sibuk2 nak bela diri itu akan buatkan suami ku lagi nak marah. Jadi saya senyapkan aje lah...dan saya percaya satu masa ALLAH Yang Maha Adil akan menunjukkan kebenaran. Dan selalunya apa yang sibuk2 nak bela diri itu akan menjelma sendiri...
  • Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali yang melanggar syariat
  • Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada kehendak anak-anak (di sinilah tanda kasih sayang terhadap suami). Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak atau orang lain.
  • Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian (di dalam rumah) dan berwajah manis - jangan asyik guna One Drop Perfume nak kluar rumah aje. Beli banyak2 botol tu pakai la kat umah sekali. Akibat dari pakai kat umah, anak2 saya sekarang asyik bau wangi aje...ih, tak kose bau nya!!
  • Memuliakan ibubapa dan keluarga suami, menghormati isteri-isterinya ( jikalau bermadu ) dan melayani anak-anak suami (anak tiri kita) dengan baik - yakdeh....yang saya bold tu standard la kan tapi yang belakang2 tu, saya tak pernah fikir lebih2 lagi eh...
  • Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan rasa gembira dan simpati.
  • Menjaga harta suami dengan baik dan jangan mengkhianatinya,menjaga kebersihan dan kekemasan rumah. Menyediakan peralatan mandi atau pakaian sebelum suami ke bilik air.
  • Menghormati suami, berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman.
  • Mesti sama-sama merasai perasaan suami .Suka kalau ia suka dan berduka kalau ia berduka. Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang. Dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya. Tegasnya, dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.
  • Memelihara maruah suami - janganlak buat meeting meja bulat petang2 hari dengan jiran2 pastu mengata suami memasing. Nanti sekumpulan tu akan rasa 'owh rupanya golongan suami ni hampeh2 belaka'. Sedangkan lelaki itulah dulu yang memilih kita untuk berada di sisinya sentiasa.
  • Memahami akan kerjaya suami dan tidak merungut jika suami balik lewat.
  • Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak mulia di depan suami. Tidak bertengkar atau bergaduh di depan anak-anak.
  • Mengekalkan sifat malu kepada suami.
  • Memelihara kehormatan ketika suami tidak ada di rumah.
  • Merasa cukup apa yang telah diberikan oleh suami.
  • Melayan suami hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Bersabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila seseorang wanita tetap bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, mematuhi suaminya, maka dapatlah dia memasuki syurga." (Hadith Riwayat Al Bazzar)
Mungkin ada yang rasa nota di atas terlalu jumud untuk dipraktikkan. Maklum sahaja, zaman sekarang nilai2 feminisma juga sudah semakin menular dalam diri setiap wanita. Namun, satu sahaja yang mahu diingatkan, dengan menjauhi seperti apa yang disebutkan dalam hadis di atas, kita juga memilih untuk menjauhi norma kehidupan yang suci murni.
Isteri yang penuh dengan ciri di atas dilihat bagai bidadari dunia oleh setiap suami. Semoga ALLAH beri kekuatan ini kepada kita para isteri, kerana ALLAH tidak menjadikan Hawa sia2 buat Adam. Pasti ada sesuatu yang perlu kita fikirkan.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!