Saturday, August 08, 2009

Jadual Saya


Bismillah,

Clear je rasa arini...satu halnya bab payment2 banyak lah juga yang berjaya di settle kan. Ada lagi yang tak selesai tapi kira OK aa ni. Lepas tu, encik somi ku buatkan soya...yumm yumm... Naik atas tadi pulak nak sidai kain tengok2 encik somi dah sidaikan (walaupun dia sidai atas lantai) wakaka...pendek katanya bestlah arini.

Satu je, saya risaukan mak saya. Dia keje di klinik yang Jumaat lalu ada kes kematian H1N1. Khabarnya, budak yang kene tu memang dah teruk masa sampai di klinik. Ya ALLAH, jauhkanlah yang tidak2 dari keluarga kami dan orang lain. So, mgu ni anak2 kami pun akan dipantangkan supaya jangan jumpa dengan opahnya (opah yang minta begitu)...dia pun risaukan anak2 sebab asyik warning jgn bawa ke mana2.

Seperti yang saya janji dari dulu, saya nak kongsi jadual saya. Tolong jangan pasang kekaguman yang melampau ye sebab saya dah nyatakan di beberapa entry lepas, bahawa saya tidak disiplin 100% dalam keadaan sekarang.

My Schedule height="500" width="100%" > value="http://d.scribd.com/ScribdViewer.swf?document_id=18045517&access_key=key-csocnj25xi0qylwznpa&page=1&version=1&viewMode=">

Ada rasa ngerikah kalau melihatnya? Nnt ada lak yang takut nak beranak ramai...Ok meh saya nak elaborate apakah yang ada di dalamnya...

A
  • Masak nasi (suami ku makan nasi di pagi hari)
  • Prepare sarapan (kalau malas pakai perangat lauk semalam aje)
  • Wudhu & solat
  • 1 'ain alQuran
B
  • Solat Subuh
  • Iron baju (kasi panas badan)
  • Masak air & bancuh
  • Bangunkan anak2 & mandi
  • Kemas rumah, bilik tidur
C
  • Sarapan
  • Siapkan bekal
  • Hantar anak
  • Bank in duit
  • Pasar
  • Sapu sampah
  • Basuh pinggan
D
  • Mop lantai
  • Ikut abah ke Sg Kechil
E
  • Masak tengahari
  • Basuh CD
  • Solat Dhuha
  • E1 - blocks
  • E2 - mewarna & melukis
  • E3 - flash card
  • E4 - mengaji & menyanyi
  • E5 - toys
  • E6 - mini craft
  • E7 - mini experiment
F
  • Order lens
  • Edging lens
  • Blogging & email
G
  • Prepare Zohor
  • Kemas rumah (xtvt C)
  • Mandi manda
  • Makan
H
  • H1 - mengeja (Bacalah Anakku)
  • H2 - mengira (buku asas Matematik)
  • H3 - mengeja alQuran (Al Furqan)
  • H4 - mewarna (gambar fotostat)
  • H5 - spelling (Read Easy)
  • H6 - hafazan (Muqaddam)
  • H7 - melukis
  • H8 - cartoon time
  • H9 - belajar Arab
I
  • I1 - solat Asar, kutip kain & lipat, rehat, check menu untuk esok dan lusa
  • I2 - play @ taman
J
  • mandi & rehat
  • makan
  • solat / learn to solat
K
  • Basuh baju
  • Solat Isya'
  • Bed time story
L
  • Acara bebas
  • Balik kampung
  • Picnic
  • Mini Experiment
  • Cartoon day :)
OK, saya nak elaborate satu2 masa ni rasa tak larat, ni pun makan dua tiga hari nak menaip seblom dapat penuh...sanggup tunda ketagihan masuk contest lagi tau...So, sape yang nak tanya, saya akan jawab insya ALLAH dalam kotak komen di bawah...jika perlu penerangan panjang lebar, akan ku cerita dalam satu entry khas..

So, mak2 di luar sana...ada berani?? Huh..mcm soklan Fear Factor

1 comment:

  1. pehhh ... tabik ahhh dgn jadual dan tuan empunya jadual nih .. segan sy dibuatnyer ... nk tanye ape yek ...camana dpt idea wat jadual gini .. boley ? ;)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!