Thursday, August 20, 2009

Pasangan perlu kerap melakukan aktiviti bersama


Bismillah,

Ramadhan menjelma tiba. Pernahkah kalian terfikir, kenapa kita mesti hidup di dalam kelompok masyarakat dan bukan berseorangan? Kenapa kita digalakkan berkahwin daripada bujang sampai hujung nyawa? Kenapa wujud pelbagai kelab atau persatuan yang mempunyai halatuju yang berbeza2?

Adalah penting apabila kita buat kerja dengan tidak berseorangan, kita tidak akan rasa beban. Bila kita tidak rasa beban, benda yang besar menjadi kecil. Kerana itulah KLCC, Menara KL, Jambatan Pulau Pinang mahupun rumah yang kita diami ini wujud. Ia tidak dilakukan oleh seorang tetapi banyak tenaga dilaburkan untuk tujuan itu.

Perkara di bawah saya petik dari blog ini : sila klik untuk baca sepenuhnya

Hakikatnya, hidup berjemaah adalah salah satu dari ajaran penting Islam. Sebahagian dari dalil-dalil yang menunjukkannya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang meninggalkan berjemaah walau sejengkal, maka dia telah merungkai ikatan Islam dari tengkuknya.” (Riwayat At-Turmuzi, Hakim dan Ibn Hibban)

“Hendaklah kau bersama dengan jemaah orang-orang Islam dan imam mereka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku adalah Rasulullah, dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Jika mereka melakukan yang sedemikian, terpeliharalah dari aku darah-darah dan harta-harta mereka kecuali atas hak Islam, dan hisab mereka kepada Allah.”(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Allah tidak akan menyatukan umatku dalam kesesatan. Sesungguhnya tangan Allah bersama dengaan jemaah. Siapa yang berasing diri, maka dia berasing diri dalam neraka.” (Riwayat At-Turmuzi)

Kesemua hadits di atas memberitahu akan kepentingan berjemaah dan dosa berpisah dari berjemaah atau tidak berjemaah.

Tiada masa yang lebih penting bagi umat Islam dalam menghidupkan budaya hidup berjemaah yang betul dari ini. Ini adalah kerena salah satu dari masalah besar dan musibah utama umat Islam ialah perpecahan. Perpecahan merupakan sebab utama yang menjerumuskan umat Islam ke darjat sosial, ekonomi dan politik hari ini.

Allah taala berfirman yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran :103)

“Dan janganlah kamu jadi seperti mereka yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka kenyataan-kenyataan. Dan bagi mereka itu, azab yang besar.” (Ali Imran : 105)

Keseluruhan masalah umat Islam hari ini tidak mungkin dapat ditangani melalui usaha individu atau kumpulan-kumpulan secara berasingan. Untuk menyatukan umat Islam dan mengatasi perpecahan, budaya hidup berjemaah yang betul perlulah disemarakkan


Begitu jugalah di dalam rumahtangga, sepatutnya kita harus berasa bahagia bila berdua. Benar ada ketikanya kita perlukan masa bersendirian tetapi ada banyak perkara yang perlukan bersama dengan pasangan kita. Di antara perkara yang boleh dilakukan bersama adalah seperti berikut :

  • Selalu beribadah bersama - terutamanya ketika mahu menunaikan solat. Di bulan Ramadhan ini ada baiknya jika kita dapat bertadarus bersama.
  • Mengingati dan meraikan ulangtahun dan hari kelahiran bersama
  • Berkongsi tugas di rumah - jika isteri sahaja yang melakukan kerja di rumah, maka isteri akan menjadi terlampau letih dan bukan salahnya lagi jika dia tidak melayan suami. Sebaiknya, suami menghulurkan tangan membantu sama melakukan kerja di dalam rumah. Barulah selepas itu isteri akan rasa bersalah jika tidak melayan suami.
  • Sering berjenaka dan bergurau senda - gurau senda takkan menjadi kalau sorang2 beb :P
  • Berbincang apabila melibatkan urusan rumahtangga - beban masalah tidak akan dapat diselesaikan tanpa berbincang sesama suami isteri. Tanpa komunikasi antara keduanya, punahlah kebahagiaan

Semoga Ramadhan ini mengeratkan lagi hubungan kita sesama suami isteri dan anak-anak....
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!