Tuesday, October 20, 2009

Kasih Sayang Pendorong Termantap


Bismillah,

Kerana kasih dan sayang
Seorang ibu bersusah payah melahirkan

Kerana kasih dan sayang
Seorang ayah bertungkus lumus mencari sesuap makanan

Kerana kasih dan sayang
Seorang anak boleh bersengkang mata melayan orang tuanya yang keuzuran

Kerana kasih dan sayang
Seorang Muslim bermatian mempertahankan keimanannya

Kasih sayang adalah asas yang akan mengikat antara individu dengan individu dan individu dengan Pencipta... Tanpa rasa kasih dan sayang ini, kekuatan diri juga akan menurun. Kekuatan diri adalah sangat dipengaruhi oleh kekuatan emosi (emotional quotient) dan rohani (spiritual quotient)

Tanpa kasih dan sayang, suami isteri boleh berkahwin hari ini dan bercerai di esok hari.

Tanpa kasih dan sayang kepada diri, seseorang akan menjebakkan diri ke dalam kancah yang tidak berguna.

Kita hidup ini kerana kasih dan sayang ALLAH

Saya tidak buat cucur carcamarba tu kalau saya tak teringat anak2 saya yang mungkin lapar.
Saya tidak akan pakaikan anak2 saya baju andai saya tidak pedulikan mereka.
Saya tidak akan sapu sampah jika saya tak kisah perasaan suami saya bila lihat rumah nan bersepah.
Saya tidak akan menulis andai saya tidak sayang kepada yang membaca.

Lihat betapa kasih sayang telah mencorakkan apa yang saya lakukan hari ini....Anda juga, jika anda sayangkan seseorang, lakukanlah sesuatu...Namun ingatlah kepada Tuhan yang Maha Penyayang itu, walau kita tidak mengingatiNya, namun oksigen ini terus mengalir memasuki paru2 kita...bukankah itu tanda kasih sayang Nya??
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!