Saturday, October 31, 2009

Membentuk Disiplin Anak



Bismillah,

Mmm..melihat kepada tajuk ini, sungguh jauhlah saya tidak layak untuk berkata-kata tentangnya. Bukan kerana anak2 saya tidak berdisiplin tetapi saya tidak cukup disiplin untuk mendisiplinkan mereka. Apa yang bakal saya turunkan ini adalah taktik biasa kebanyakan orang tua2 zaman dulu dalam mendisiplinkan anak mereka. Semoga ini menjadi ingatan buat diri saya supaya membetulkan yang tidak betul.

  • Bersikap tegas - Jangan cepat bertolak ansur dengan anak (ayat ini bukan ayat untuk terus tidak bertolak ansur tau...). Saya masih teringat seorang kawan saya di sekolah rendah dulu. Walaupun kami plan cukup baik untuk keluar beramai2, tapi dia sorang ajelah yang terpaksa mengemas rumah terlebih dahulu dan maknya takkan sekali2 benarkan dia keluar rumah sebelum dia kemas rumah. Tapi seandainya dia sudah melakukan seperti yang maknya tetapkan, dia bebas keluar dengan kami. Samalah juga jika anda telah menetapkan hal lain seperti gosok gigi bangun dan sebelum tidur, pensil kaler mesti ada dalam bekas - jangan disepahkan, solat lima waktu dan lain-lain. Mmm...kadang2 saya rasa saya terlajak garang sebab nak menjadi seorang yang tegas. Namun, sangat mengharukan bila melihat anak2 dari tiap2 hari kena suruh kepada buat sendiri tanpa disuruh. Saya rasa, walaupun mulut saya masih riuh, mungkin riuh itu telah beralih dari perkara A kepada perkara B. Bermaksud mereka telah mengamalkan arahan A tanpa disuruh sehingga saya mencari perkara B pula untuk mereka amalkan. Alah bisa tegal biasa...cian anak2 ku itu...
  • Beri penjelasan - Pijah, sambil2 ngko potpet itu potpet ini, janganlah ngko potpet yang kosong2 aje..pastikan apa yang ngko potpetkan itu membuatkan anak ngko faham apa yang ngko tujuan ngko potpet. Ahahaha.... OK let me give a situation - anda marah anak anda babab adik dia, tapi anda babab dia boleh pulak...ni musti anak pun punin2 lalat dgn tindakan pelik anda. Jadi Puan Pijah, untuk kes ini pastikan anak2 mu itu faham...anda babab mereka adalah kerana mahu mengajar atau mendenda mereka tetapi mereka tidak boleh babab adik mereka kerana itu boleh mencederakan adik mereka. Mmm...eh mcm mana ek kalau anak nnt kata, "Umi...kakak babab Uwaiys ni sbb Uwaiys buat sepah." Haiyyyaaa........
  • Konsisten - untuk satu2 hal, untuk contoh paling mudah dalam hal menyuruh anak solat, tidak boleh tidak mereka wajib solat. Janganlah pulak kadang2 suruh, kadang2 lak, "Biorlee...dia kecik lagi". Kalau konsisten, diorang pun cepat faham. Ni kalau tak diorang akan penin, "Umi ni yang mana satu, kejap begini kejap begitu."
  • Adil - Pijah, janganlah pulak ketika Asmaa' sudah pandai mengira2, kamu membanding2kan Usamah yang baru mengenal nombor. Mereka berbeza usia dan masing2 sedang melalui proses pembelajaran yang seswai dengan usia mereka. Kamu patut melayan Asmaa' dengan cara kamu melayan budak 5 tahun dan Usamah dengan cara kamu melayan budak4 tahun. Mmm....korang, mcm mana nak layan budak setahun 8 bulan yang berlagak macam orang 29 tahun????? :P
  • Memberi Galakan - Saya cuba untuk memberi contoh dalam situasi saya ye kawan2...anak2 saya suka melukis. Malah kadang2 seelok2 saya naik tangga ke rumah saya mereka akan ajukan saya kertas yang berlipat dan suruh saya buka dan lihat. Kadangkalanya saya buka dan memuji namun ada sesuatu yang saya silap di situ. Saya hanya memuji untuk memenuhi ruang. Dalam hal ini, saya cukup tabik pada suami saya. Dia bukan sekadar memuji tetapi dia selalu pandang terus ke mata anak dan menunjukkan reaksi yang dia kagum melihat lukisan mereka. Saya perati mereka cukup puas hati jika menunjukkan hasil seni mereka kepada abah mereka....tapi itupun kalau abah mereka tidak ralit dengan F1 atau forum di internet aaaa...hihi...
Umi doakan anak2 umi menjadi seorang yang mempunyai disiplin dan istiqamah pula dalam amalan kalian...umi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 umi...

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!