Bismillah,
*Budak Taayah yang baca, tolong tinggalkan komen anda
Semua ini bermula bukan sebab apa. Wawa (Wahidah Sufian) upload gambar kelas kami masa F1 dalam FB. Ini adalah keals kami semasa di kelas 1 T. Hihi...I don't wanna point which is me sbb saya paling tak suka tudung selapis yang amat keras itu. Ia bagaikan cendawan!!! Owh, really hate that tudung... Ia lebih hudus compare to tudung Mak Enon saya masa sekolah rendah :P
OK, rentetan dari itu, sekarang inbox saya penuh dengan reminder dari FB yang bgtau balas2an dari komen2 sehinggalah satu2 kenangan yang mereka sebutkan terlayar depan mata. Ahahaha....sebenarnya, sangat indah untuk mengenang serba serbi kehidupan dalam Taayah tu. Ketika kawan2 menyebut semula kenangan2 tu, saya rasa saya tahu semuanya. Bagaikan semua kami berada dalam satu kelas dan satu bilik yang sama.
Saya nak mulakan dengan hari pendaftaran. Apa yang saya frustkan sangat sebab saya seorang je datang dari sekolah rendah saya...huhu..so saya takde member pada hari pertama. Tapi kelihatannya abah dan mak saya tak kisah pun meninggalkan anak diorang (kat muka ek...kat ati tak tau) kat situ sebab saya bukanlah jenis tidak pandai membawa diri (ini adalah ayat masuk lif tekan sendiri ye...)
Semasa hari pendaftaran ni, saya pun tak ingat sangat. Tapi yang paling saya ingat adalah, ada broker (senior) yang tengok muka adik2 yang comel2. Bila dapat yang comel2 macam Balkhis Rosli (sape ada FB dia bgtau ek), Aida Fazlin, Sri Haryani tu kira antara muka2 yang lakulah yang saya ingat...ngeh he he..now I'm trying to mengingatkan korang kepada kawan2 kita... he he...
Diorang ni akan dapat satu kad PBSM di mana belakang kad itu ada nama kakak angkat yang booking diri memasing. Saya?? Mestilah tak ada sapa2 yang booking sbb saya adalah seorang budak yang sangat hitam dan chomots akibat dari main tuju kasut dan galah panjang setiap petang tanpa gagal sehingga darjah 6 (orang lain kalau dah darjah 6 dah berenti main okeh)
Tapi nak jadi cerita, satu dua malam selepas itu, ada seorang senior datang dan cari Norhafizah di bilik RPBD. Wakakaka....maka di sini telah berlakulah satu tragedi dimana sebenarnya ada 3 Hafizah dalam bilik kami. Saya kan peramas (sila baca peramah, bukan perampas tau!) maka saya keluar jek. Plus senior tu pun tatau Fizah mana yang dia cari.
Nama senior itu adalah Azlinawati Ruzlan Zabidi (tolong bgtau saya siapa yang kenal nama ini). K.Lynna kelas 5R dan bilik RBBB. Beberapa malam selepas itu, dia terus2an datang mencari saya semata2 nak jumpa dan mungkin bagi sedikit jajan..ahaha... Masa ni saya dah mula naik segan.
Mana tak segan weih, kalau kebetulan saya di koridor bilik saya dan dia di koridor bilik dia, dia akan jerit2 nama saya dan lambai2 saya sambil berkemban (ada tuala ye nk cover body) ahahaha.... Saya juga segan sebab tiba2 ada orang caring sama saya. Sampailah satu hari, K.Lynna sedar yang dia booking sebenarnya bukanlah saya....
Okeh, let me mention 2 lagi Hafizah dalam bilik saya...mereka adalah Norhafizah Mohd Yusof (dipanggil Nor), sekarang jiran saya di FV dan Hafizah Marzuki(dipanggil Fizah - sape tau dia di mana bgtau eks). Saya pulak diberi nama K.Long..uh boring betul!!! Saya rasa mcm semua orang kat Taayah adalah adik saya!! Ahahaha...
Dan sebenarya k.Lynna booking Nor..huhuhu...saya pun tak ingat mcm mana respon saya time tu tp yg paling saya ingat k.Lynna kata, "Takpelah biar Fizah ni(dia maksudkan saya) ajelah jadi adik dia sebab dia dah sayangkan saya..." . Okeh Nor, sekarang hang ingat tak kisah doboh ni...??Hahahahaha....
Sblm berakhir utk episod satu ni, saya nak bgtau orang yang paling rapat masa mula2 kami masuk Taayah adalah Masyura Fauzi (tolong sape yang kenal nama ini contact saya) tapi dia pindah awal2 lagi. Tensi betul la..org dah sedap2 kawan dengan dia, dia boleh blah plak. Kami panggil dia Abby. Kalau hang baca cerita aku ni, sebenarnya aku sangat2 kehilangan hang masa tu.
Tapi tak lupa geng2 baru saya lepas tu. Saya sebut satu2 ek...
Madihah Rosli - makcik ni punya la rajin sampai baju aku pun dia basuh. Saya rasa dia rimas tengok baju saya berdaki2 akibat dari tak pandai basuh. Sbbnya dia asyik offer nak basuh aje.
Hazlina Razali - dia ni sorang lagi, kain saya tu boleh kata saya sidai aje, nnt kutip dengan lipat, dah jadi keje dia....
Mmm..sape lagi ek geng RPBD aku ek??Tapi cam pelik jugak sbb diorang nak jugak ek kawan dengan saya yang hitam itu...he he he
Itu kat bilik, kalau kat kelas saya duduk di sebelah Amelia Ahmad Shahruddin dan dia adalah kawan baik saya dari saya f1, berpisah kejap masa form 2, kemudian sambung balik frenship sampai f5. Guys, buat setakat arini yang ni je la ek utk di flashback. Yang lain2 kita sambung kemudian.... Daaaaa