Saturday, October 10, 2009

Perkara Yang Boleh Menjadikan Isteri Derhaka



Bismillah,

Aduh ngeri saya dengan apa yang saya baca tadi. No satu lagi saya dah cukup ngeri...mai no yang lain2 tu memang rase nak pengsan pulak...uhuk...

Pertama - menghalang suami dari bersuka2 dengan dirinya (tak kira untuk tujuan berjimak atau saja2 nak sentuh) tanpa alasan munasabah

Menghalang ni tak kiralah tepis dengan tangankah atau dengan kata2. Kalau tepis dengan kaki itu rasanya memang kompem kurang asam betullah kan....Firman ALLAH, "Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai." (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Tapi suami pula kena ingat pulak, setelah syarak menghalalkan jimak ini melalui pernikahan, maka anda wajib pula memberi nafkah kepada isterinya ye.....isteri bukan barang Touch N Go tawww...

Kedua- keluar rumah tanpa izin suami

Tak kiralah nak gi mana2 asal luar aje pagar rumah, eloklah di bgtau...he he...saya takde pagar pun rumah tapi asal nak start je kete saya akan bgtau cik abang. Rasionalnya perkara ini bukan apa, idakle encik suami tu rasa, "Aku ni batang tunggulkah?" Selebihnya, tidaklah nanti dia tercari2 sampai akhirnya timbul syak wasangka pulak kan....

Kalau semua masih ingat mcm mana kisah seorang isteri yang tak jenguk pun ayah dia yang duduk bawah rumah dia aje yang sakit dan kemudiannya meninggal sebab tak boleh minta izin suami untuk keluar rumah. Ye la dulu kan enpon takde coverage lagi tapi punya lah pasrah dengan hukum...huhu...

Ada pulak pendapat yang kata, boleh kalau isteri nak kluar rumah untuk belajar benda yang fardhu ain jika suami tak ajarkan. Hmm...tapi pada saya, kalau suami tak bg keluar pun sekarang ilmu ada dalam TV, ada dalam radio, di internet...malah boleh bersoal jawab lagi kan melalui telefon, email, surat dan lain2. Tapi lebih afdhal kalau mengadap guru kan???

Bagi yang suami outstation tu, mungkin time anda nak kluar itulah masanya untuk anda tepon atau sms dia bgtau yang anda nak kluar...sambil2 tu ucap2lah i lebb u kah...i miss u kah.. Kadang2 suami dia tak kisah je kita nak gi mana pun, just mention diorang yang kita kluar bukan nak bersuka suki tapi ado lah bondo nak dikojokan...

Ketiga - Isteri yang enggan berpindah bersama suaminya.

Kalu perpindahan itu tujuannya bukan lebih buruk dari apa yang ada sekarang maka ikutlah...contohnya macam suami anda di tukarkan ke tempat jauh. Jika dia boleh menanggung anda dan anak2, sekalipun anda terpaksa berenti keje akibat perpindahan itu, maka pindahlah... Tapi kalau anda dan suami bincang pi bincang mai tengok2 banyak buruk dari baik kalau pindah, maka fikirlah jalan terbaik untuk anda berdua

pss...abg, adakah itu ayat untuk backing diri I...ngeh he he....

Keempat - Isteri mengunci pintu dengan tujuan takmo kasi suami masuk umah.

Adeih, power rangers tu kalau boleh kunci laki dok luar rumah...jangan la buat ek, nnt orang kata apa lak kalau encik suami anda tido luar ke...tak pun tak ke haru kalau dia mengganas depan pintu rumah??

Kelima - Masam muka dengan suami

Ini...mcm baru sembang je kan dalam topik yang lepas???

Keenam - minta talak sedangkan tak de masalah dalam hubungan anda berdua

Contoh paling dekat adalah konon2nya anda minat dengan Farid Kamil ke, punyalah minat sampai minta ditalakkan...huhuhu....Belum tentu Farid Kamil itu adalah padanan terbaik dan hanya ALLAH yang tahu dengan siapakah dan kenapakah suami kita dijodohkan dengan kita.

Ketujuh - Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap

Mmm...tapi kalau cakap sambil potong sayur mcm mana? Kan nak ngadap singki?? Jangan lurus bendul ye dengan pernyataan ni.

Kelapan - Menyakiti suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan

Tambah pulak anda tau apa yang suami tak suka, jangan la gatai2 nak test power ek..

Kesembilan - Meninggalkan tempat tidur tanpa izin

Kesepuluh - Benarkan orang lain masuk rumah especially orang yang tak disukai oleh suami kita.

Justeru itu, jelaslah kini pada saya bahawa seorang isteri senang2 aje boleh berbuat salah kepada suami. Wuwuu...maka, sudah adat seorang manusia yang penuh dengan kelemahannya..maka rajen2 lah pula kita saling bermaaf2an... Jika anda suami pula, janganla terlampau makan hati sangat, kalau rasa susah nak maafkan isteri anda itu, kenapa anda tidak didik dia untuk mengikut kata anda??

Utk suami saye...maafkan salah silapku...


Ini adalah anakanda bertuah saya yang selalu backing abahnya...konon2 umi buli abah, sedangkan abah suuuukkka sakat umi dengan kata2...tapi sebab dia tak faham, makanya sabo aje lah "Uwaiys, umi bukan kaki buli tauuu"
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!