Sunday, June 27, 2010

Cloth Diapers is Lampin Kain

Bismillah,

Memandangkan today is Saturday, so adalah diramalkan bahawa traffic ke blog ini adalah berkurangan. Tapi tak apalah, sekurang2nya topik ini adalah diramalkan relevan bila2 masa. Zaman saya baby dulu (wahh...rupanya saya pernah menjadi baby!! Hebat!!) mak saya kata dia pakaikan saya lampin. Suami saya pun, masa dia baby (mesti sangat comel kan??) pun mertua saya pakaikan dia lampin juga :D Akhirnya, membesar juga kita menjadi seorang orang (apakah??).

Namun cloth diaper kini menjadi satu benda yg dikatakan menyusahkan sbb kita perlu buli suami diri sendrik utk membasuhnya sehingga kebaikan memakainya dilupakan begitu sahaja. Sayang sekalikan??

Ya iyalah saya faham, banyak kesulitan yang kita nampak sebelum nampak kebaikannya. Antara perkara yang mengerikan mengenai cloth diaper ini adalah :
  • Kos - huh..manalah orang tak takut bila sekeping cloth diaper harganya adalah sama dengan 56 pcs disposable diapers? Saya dulu cukup semput nak dapatkan 20 pcs cloth diaper nasib baik k.Nieza bagi bayo ansurannnnnsssss...
  • Takut bocor - tgh sedap2 soping kat mega mall bertaraf 4 bintang, alih2 ada jejeran air berwarna kuning atas baju yg anda pakai. Selalunya kita bawak baju spare utk anak sbb kita sangka dia je kencing berak dalam seluar dan lupa tentang risiko kita boleh dikencingkan oleh anak dengan tidak sengaja.
  • Atau sebenarnya anda belum berkenalan dengan lebih lanjut lagi dengan cloth diaper ni?? Hepp...ingat nak mengorat je ke kena berkenalan?? Tak kenal maka tak cinta lah yu...
Zaman sekarang cloth diaper dah tak payah pakai lapisan getah siap dengan pin besar ibu jari lagilah beb...ini kalau blogger yang baca mesti anda semua dah ada gambaran mcm mana CD itu. Tapi kalau kamu masih baru tentang lampin kain, please..please..please.. kamu jangan nakal buatlah lebih kajian tentang lampin kain moden. Kalau kamu tahu betapa comelnya cloth diapers zaman skang mesti kamu akan kata, "Wah, saya pasti lebih comel ketika bayi kalau pakai yang ni ."

Banyak pekdahnya sebenarnya pakai CD ni :
  • Jimat kos - utk mula tu memanglah berpeluh nak masuk tangan dalam poket dan terketar2 nak keluarkan duit dari poket. Ramai dah blogger yg buat kira2 dan walaupun saya adalah siti sifir, saya masih malas utk mengira untuk anda
  • Lebih baik untuk baby - takdela montot dia melecet ke, ruam ke membentuk peta Afrika Selatan di atasnya. Semakin kurang bahan kimia kene kulit baby semakin kurang risiko dia mendapat penyakit kulit. Lampin kain kini mempunyai pelbagai pilihan kain untuk disesuaikan dengan kulit baby
  • Baik untuk alam sekitar juga - sekarang ni byk dah sampah kita buang setiap hari, adalah lebih baik untuk kita kurangkan pembuangan sampah. Itu dari segi buang sampah, kalau dari segi susah senang sampah tu nak relai (biodegradasi) lagila banyak benda nak kene dibahaskan.
  • Lebih cepat potty trained - ramai dah parents yang cerita memang cepat nak ajar anak lepaskan diapers dia dan pergi ke tandas sendiri. Dalam kes saya, Uwaiys pun bebas diapers dalam usia dia 2 tahun - (2 bulan selepas pertama kali pakai CD)
  • Comel - saya ada customer yg asal je ada paten baru, dia pun nak beli... saya ni mujur je malas nak soping manyak2 :D
Pada saya, memilih untuk memakai cloth diapers adalah pilihan terbaik dari ladang. Anda, bagaimana???


**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!

5 comments:

  1. hehe..saya pon baru belikan CD tuh..kental kah nk cuci2 bagai...:p

    ReplyDelete
  2. happy sunday pija!
    izan teringin nak berCD kalau dpt bby nanti ~ mampukah saya nak dptkan bby ke 5? 4 pun dah rasa sgt bz~

    ReplyDelete
  3. kak pija,
    sy bukanlah pengguna tegar cd tp bile sy gunenye ble di rumah bersama sy saje...
    hantar nanny kena pakai dispo gak sbb takut sshkn die nnt klu die poo poo nk kena buang n cuci sket lak..

    ReplyDelete
  4. sejak bila jadi kekanak ribena nih...ada ikon comel-comel!

    kerrr.. itu petanda nak tambah baby ha? ha? ha?

    ReplyDelete
  5. sejak bila jadi kekanak ribena nih...ada ikon comel-comel!

    kerrr.. itu petanda nak tambah baby ha? ha? ha?

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!