Thursday, June 17, 2010

Kenapa Uwaiys Muntah? : Kajian Kes

Inilah budak yg akan dikaji arini :D

Bismillah,

Dulu punya cerita ni, bukan cerita yang baru terjadi. Bukan saja Uwaiys, Asmaa' & Usamah jugak sll muntah susu dan serba mak neka yang mereka makan. Basuh toto tu ibarat kerja tetap kami. Tapi lepas kami dah pro dalam menadah anak muntah, maka tak basuh toto sangat dah. Kami tadah aje guna bekas yang memang kami dah ready siap2 kami letak area kawasan kami tidur. So, kalau budak2 ni nak muntah, capai bekas tu seblah tangan, seblah tangan lagi dudukkan diorang dan............ "BLUERRRRKKKKKKKK" :D

Wakakaka....korang dah sarapan ke? Sori ah, keluar cerita pasal kanak2 ni muntah plak pepagi hari. Mesti ada yang terbau2 muntah susu pagi2 ni pulak ek :P. Saya letak nama Uwaiys di atas sbb selain muntah, Uwaiys juga cepat penat. Doktor tak sebut lagi kata dia lelah so me as a mother pun takkan sebut yang my son ada lelah.

Semenjak beralih tapak ke P.Putih semula, kami tak beli susu debu lagi (previously, Uwaiys & Usamah minum Dugro & Arwa minum Anmum Essential due to sembelit minum Dugro). Kalau tak diorang banyak minum soya tapi selepas terbaca journal yang kata soya banyak buruk dari baik maka we decided to get fresh milk for them.

Jadi, gigihlah en Nejad pegi Pejabat Haiwan dalam keadaan peti sejuk tak ada kt umah kami tu. Pagi beli 2 liter, petang beli 2 liter. Kalau nak beli banyak sekali tak ke jenuh sbb xde peti ais lagi kt umah. Jadi kanak2 ni semua minum susu itu saja. Alasan beli susu tu dan tidak bertukar kepada susu lain adalah saje-saje..Saja nak bg sesuatu yang fresh untuk mereka. Kalau saya boleh keluarkan susu 10 liter sehari (pingsannnn...saiz saya saiz org, bukan saiz lembu :P), takde la anak2 saya terpaksa minum susu tu kan. Lagipula, dah besar2 mcm ni mmg patut pun tak minum susu ai dah kan...

Dengan minum susu ni alhamdulillah, diorang sihat2 aje tapi poket umi abah dia je yang tak berapa nak sihat :D Tapi takpolah...semoga pelaburan ni berbaloi2. Lagipun, bukan anak2 je yg minum, mak budak dan pak budak juga menumpang minum. Kalau susu tepung, sorilah saya tak dayo nak minum.

Jadi, bila tak de peti ais, terseksalah telinga kami bilamana ari Jumaat n Public Holiday diorang tak dapat bekalan susu. Maka bagilah susu debu tu semula kat diorang. Yang lain OK, yang tak OKnya Uwaiys. Kejap2 tu lah dia jadik semput tak pasal2 padahal semenjak diorang berkumpul bersama semula, diorang punya main sampai saya urut2 dada sambil letak belakang tapak tangan atas dahi :P

Bila alih semula susu segar dia OK semula, dan bila minum susu debu dia jadik semula. Haih....takkan kebetulan dia semput masa minum susu debu ha?? Kalau kebetulan berlaku berulang kali, kita sebut kebetulan lagi ka namanya?? Jadi, saya buat kesimpulan macam tu aje...

So, skang kalau takde bekalan susu fresh sbb kami kat Pt Buntar tiap kali cuti sekolah, saya beli fresh milk dlm kotak aje. Mujur aje Uwaiys OK dan sekalipun dia batuk, taklah sampai dia muntah. Jadi sekarang,saya terfikir kalau anak saya alergi dengan susu lembu, kenapa dengan fresh milk tu OK?

Saya cuma terfikir pencemaran yang berlaku dengan proses nak jadikan susu tu kepada susu tepung dan anak saya pula tak tahan dengan itu. Mmm...ni kang kalau saya tulis begini ada pulak yang kata saya extreme dengan kehidupan 'natural parenting' tapi ini tidak. Ia cuma soal 'terfikir' tentang susu itu saja.

Kalian jangan bimbang kalau anak kalian OK dengan susu tu. Adalah susah nak kena cari susu sebab bukan semua Pejabat Haiwan jual susu ni. Kat Parit Buntar pun takde. Nanti agak susahla jugak nak berjalan jauh2 ke London ke, Ostrolia ke kan kalau xde bekalan susu macam ni ... muahahaha...

Nabi kita pun suka minum susu dan baginda selalu minum susu kambing. Mmm...mesti ada sebab kenapa Rasulullah minum susu kambing ni bukan??

**Encik Nejad, kalau beli lembu susu mahal, apa kata kita bela kambing susu?? Mmm...susu kambing sedap mcm susu lembu jugak tak??

7 comments:

  1. Kak Pija,
    Cakap pasal susu kambing teringat pasal satu artikel yang zana pnah bace. link da x ingt sbb bace mase blaja lg.
    susu yang anak kite minum tu akan reflect perkembangan otak anak kite tu. die just mention je klu minum susu lembu maybe nnt otak akn jd selembab cam lembu tu...mmg la zana tak setuju sbb anak zana a.k.a hariz skrg minum camput susu ibu n lembu...(blkg bunyi da sama kan)aishhh...artikel tu ckp the best milk ever ialah susu kambing.
    tapi kak aritu tgk rege susu kambing fresh dalam botol 500 ml harge die mau nak dekat rm 10...
    kire2 sehari dah bape ek...sebulan? kena bela kambing susu la kan

    ReplyDelete
  2. ok gak tu bela kambing susu..
    fresh gitu..eh ni tak main2 ni..
    serius..
    kalu benda baik utk anak apa salah nyer kan..
    yg proses2 ni mmg tak elok..
    anak sy si suri tu skrang minum dutch lady 123 due nak jimat kos..
    tp selalu je tak sihat..
    ntahlah..
    pendapat sy je ni...

    ReplyDelete
  3. ARGHHHH susu kambing hanyirrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  4. apa2 pun..mmg yang fresh itu lebih baik :)

    ReplyDelete
  5. apa2 pun..mmg yang fresh itu lebih baik :)

    ReplyDelete
  6. buat masa ni anis & fikri minum susu debu new zealand... kikihkihhkihh..

    fikri selalu muntah slps makan sbb dia ni kalo makan, main telan jer.. bukannya dia kunyah.. lepas makan bukan reti dok diam.. lompat/lari sana sini

    x penah minum susu kambing,, ni pun ade kwn ajak.. x tau la camana.. kena pk $$$$ juga..

    ReplyDelete
  7. kak pija, sb nabi mnum susu kambing sbnya susu kambing ni lagi banyak khasiat drpd susu lembu...susu kambing boleh ubat mcm2 penyakit ..cek dkt pos sy ni ..hehehe

    http://ladyqay.blogspot.com/2009/09/goats-milk-as-substitute-of-formula.html

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!