Tuesday, June 29, 2010

Personaliti Ibubapa Yang Cemerlang Part 4


Bismillah,

Punyalah lama ek nak sambung ke part 4 ek? Kalau ada yang teringin nak baca dari part 1-3, sila la belek dalam My Babbling List saya kat atas tu. Seronok sebenarnya kalau bincang bab parenting ni kan? Boleh le kita saling tegur menegur antara satu sama lain kan...kot lah apa yang saya bawakkan dalam blog ni silap maka tegurlah ek..

Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci.

Jujur menghukum? Hihi...macam pelik je bunyi nya kan? Tapi betul hape, kot ye pun marah bila dia buat salah, make surelah yang kita marah sbb dia betul2 salah. Ini tidak kita bantai dia sungguh2 sbb kat pejabat kita ada masalah lain. Tu kan dah tak jujur tu??

Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut. Cakap pasal merendah diri tu kan, saya selalu perhati Asmaa' dia suka stress kalau org kata dia tak comel :P

Kami sll cakap, kot mana2 pun orang kata kakak tak comel, kakak jangan percaya. Kalau orang kata kakak comel pun, tak payah suka sangat, cakap aje alhamdulillah. Risau betul dia kalau orang kata dia macam2.

Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Jangan biar diri kita terjebak dengan perlakuan yang tidak senonoh. Tengok aje anak mereka yang masuk penjara, anak2 mereka terheret sama dengan perbuatan yang memalukan.

Mcm mana pulak kalau mak kene tangkap basah dengan orang lain, atau ayah kene tangkap basah dengan orang lain. Mcm mana nak suruh anak jaga maruah kalau harga diri kita sendiri tidak terjaga??

Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan. Janganlah jadi katak di bawah tempurung. Tu yang syiok jadi blogger kan? Sekali bukak blog je tau New Zealand cuaca hape :P

Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Saat2 lahir je, mesti ada perasaan aneh yang berbunga2 melihat anak kan?? Semoga sehodoh2 suara Tarzan terdengar sayup2 di Pasir Putih, masih suburlah kasih sayang kami anak beranak :D

2 comments:

  1. bila baca mcm sgt senang nak buat..
    tp kekadang..bila tiba masanya..x buat pun...

    cth :
    anak merajuk, patutu kene pujuk dgn suara yg lemah lembut..tp sumi akan jerit sbb kata di angada2..tp bila dh lama..baru sedar..kenapa aku wat mcm tu...huhuhu

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  2. huduh suara tarzan terdengar sayup2.... kihkihkih...
    kakyong selalu jd tarzan bila anak2 mula buat perangai bila kakyong baru nak panas kan engine utk buat kerja.. time tu la depa nak minum lah, aliya nak tetek la... pastu ade yg tumpah kan air kat dapur lah.. anis main air kat toilet... adeyyyy... nak angkat rotan, dah tak jumpa cari... sudahnya terpaksa juga berteriak bagai tarzan... letih la jd tarzan ni.. tp kdg2 susah nak kawal.. kalo kita sorang nak kawal dr pg sampai lewat petang...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!