Friday, August 20, 2010

Doa Ibu Mengandung Buat Anak Dalam Kandungan

Bismillah,

Saya hilang beberapa hari sebelum ni adelah sebab Ahmadi demam. Lepas Ahmadi kebah, broadband saya pulak demam. Ko ingat ko sedap2 gune ye Pijah? Kene bayar la beb baru bole guna.skarang mana ada benda free. Semua kene bayar tau…

Oh sungguh gabra sekali bila Ahmadi demam. Memang rasa tak sedap je tengok beberapa hari awal puasa Ahmadi tak berapa nk kencing masa siang. Kalu time bangun pagi tu berladung2 diapers dia (mujur x sampai bocor). Sah la Ahmadi kekurangan air. Walaupun dah mula dengan solid food, tapi dia masih bergantung dengan susu ai sebagai bekalan air utama (rasa mcm Empangan pulok).

Promo : Masuklah contest ‘1st Solid Food’ saya jika kamu ada idea tentang resepi untuk baby, mana tau ada can nak dapat sesuatu dari Sale @ Sitisifir.

Ahmadi reject puting botol bila diisi dengan air masak. Bila disuap dgn sudu, dia buat gaya cengek hidung yg plg mantap menunjukkan ‘breast milk always the best’. Jadi rukhsah yang telah diberi kepada ibu menyusu yang risaukan kesihatan anaknya telah saya gunapakai… waa, jenuhla aku ganti puasa lagik lepas ni

Masa Ahmadi baru nak demam itu, kebetulannya saya di rumah mertua. Saya buka cerita tentang bayi baru lahir.

Cerita pertama : kebetulan saya baru ziarah seorang sahabat yang dah 19 hari melahirkan anak. Dia bercerita sepupunya melahirkan seorang baby yang sangat comel, malang sekali tiada tempurung kepala. Jadi, umurnya hanya sempat sehari L

Cerita kedua : sahabat saya juga yang saya baru tahu melahirkan anak kembar ketika bukan 4 lalu tetapi juga umur mereka tidak panjang. Yang mengundang sebak adalah apabila saat abinya berkata kepada kedua putera mereka, “Tunggu ummi & abi di sana ye…” sebelum kedua anak itu dijemput Ilahi.

Ntah kenapa, saya tertelan ait liur sendiri menahan sebak. Sedar2 birai mata mertua saya bergenang dengan air. Rupanya dia masih teringat cucu pertamanya yang juga pulang awal. Semua ibu sebenarnya sangat kasih dengan anaknya. Saya tidak faham kenapa masih ada lagi orang yang dengan teganya membuang bayi. Pasti mereka bukan manusia ketika melahirkan anak itu!

Sebagai penamat, ini adalah doa yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung. Semoga dimudahkan semasa bersalin kelak J.


*klik kasi besau ek...

7 comments:

  1. sedihnyaa kak tgk anak2 kecil yg pegi dulu..masa Uyin sakit duduk wad dulu pun dah terasa sgt2.air mata ni xtau lah nk ckp,24jam berjurai2.bila tgk gambar2 baby kena buang,mati dlm mangkuk tandas,dlm tong sampah,ya allah,tak boleh tahan.mesti menangis kt situ jugak.Ya allah,butanya mata hati manusia yg buang baby tu..

    ReplyDelete
  2. :( akak pun tak sanggup tengok anis..

    ReplyDelete
  3. TQ 4sharing the doa.
    terus i klik enlarge dah angkat tangan berdoa.hehe

    ReplyDelete
  4. masyaAllah tak dapat yati nak gambarkan perasaan ibu yg kehilangan anaknye.. anak yg sakit pun rasa sedih hati kita.

    yati dah print doa tu.. maceh :)

    ReplyDelete
  5. tersirap darah yan baca cerita bayi tanpa tempurung kelapa..

    huhu yan dah selamat bersalin tak sempat baca doa ni.. tp takpe.. yan simpan tuk mengandung yg seterusnya insya Allah

    ReplyDelete
  6. tq kak for the info... amat2 bagus..

    ReplyDelete
  7. Allah kasih Allah sayang.. kerana itu mereka di uji.. kita yg kurang diuji , adakah Allah tidak kasih...?? Kasihhh.. anak2 yg sihat juga ujian utk kita.. ujian supaya kita jgn berlebihan2 berbangga....

    semoga semua anak2 kita dalam rahmatNya... amin..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!