Wednesday, August 25, 2010

Wajarkah Uwaiys ke Sekolah Cina??

Bismillah,

Teringin rasanya nak ada at least seorang anak berbahasa Cina. Sekurang2nya senang nak mintak diskaun kaw2 kalau membeli dengan Chinese kan? Hihi... saya nampak sekarang ni nak hantarkan Uwaiys ke sekolah Cina sbb koman2 nak masuk sekolah Cina kena dari umur 4 atau 5 tahun.


Sebab nak masukkan dia ke sekolah Cina :

  • bg dia pendedahan tentang tabiat dan cara belajar orang Cina
  • supaya dia lebih berdaya saing dalam kehidupannya
  • supaya dengan bahasa Cina maka dia tidak akan tersisih malah mudah mendapat tempat di celah bangsa itu
  • mudah nanti untuk berdakwah kepada golongan Cina
Cuma saya ada sedikit kebimbangan untuk menghantar mereka ke sekolah Cina
  • pastilah sebab makanan, saya perlu masuk dan tengok kantin mereka dulu
  • kalaupun dah tengok kantin, tapi kalau dia tidak diberi basic 'jangan makan makanan orang' susah juga
  • ada beberapa sifat negatif orang Cina yang ramai maklum turut menguasai anak ai
  • sekolah Cina yang ada di sini nampak low profile

Jadiknya, anda sekelian ada nasihat kepada saya?? Sekadar tambahan, saya berhajat untuk hantarkan Uwaiys ke sekolah Cina sekolah rendah sahaja. Sekolah menengah biarlah dia bersekolah di sekolah agama...

15 comments:

  1. Kak siti ok gak hantar g skolah cina..waktu skolah rendah ok kak..bab bg pendedahan bahasa kat dia..nanti otak dia akan lebih segar tau..pengalaman adik angkat..

    ReplyDelete
  2. ok rasany ak pij aklu hntr gi skoloh cino masa sek rendoh ni. tp keno pese molek ah ko Uwaisy bab makanan tu

    ReplyDelete
  3. ermm sy pun berhajat nak anta anak ke sekolah cina...tapi tu la soal makan menjadi masalah sedikit..rasanye kita kena bekalkan...

    dulu masa sy kecik2...abah sy nak hantar ke sekolah cina depan rumah je...senang jalan kaki, time rehat pun senang..tapi mak sy plak tak bagi....

    ReplyDelete
  4. CT,

    akak pun mmg nak hantar ..
    tp bila pk yang suffiya ni kuat makan ... pastu takut termakan benda2 kat kantin tue buat hati tawar jerk ..lain la akak tak keje so boleh la monitor.

    kalo nak hantar sekolah cina, kena antar awal2 ke tadika cina untuk pendedahan kalo tak takut dia ketinggalan untuk yg basic learning.

    ReplyDelete
  5. wajar la kot... sebab kat perlis ni ramai yang hantar anak kesekolah cina....

    ReplyDelete
  6. hajat pun nak antor cik suri ke skolah cina..
    tp papa dia keberatan..
    takut kelas agama kurang..
    tp bila pk..ptg mesti g kelas arab lak kan..
    confuse2...

    ReplyDelete
  7. cubalah hantar, sekolah cina di sana rasanya masih ok dari sekolah cina sini... sekolah mana ni chung hwa ker?

    pasal makanan tu, bole bawa bekal... kena cekal lar

    ReplyDelete
  8. kak pijah, cam dkt penang ada jiran saya bapa dia tu mualaf cina. dia hntr anak2 dia sekolah cina tp skolh dia bgus..siap ada kls khas utk blaja agama islam, mengaji etc..bab makan pun ada kater asing...sng la jg..tp perlu tkut2

    ReplyDelete
  9. tringin jugak nak antar anak sekolah cina, agak2 diorang ajar semayang tak? hehehe.

    aku tau laa jugak dua tiga patah bhs mandarin, tapi tak leh gak dpt murah dengan cina :p

    ReplyDelete
  10. kak sy pun de plan cmtu bila dh kawin nnt.tp memikirkan soal makanan, dan persekitaran dgn mereka yg x fhm Islam sy jd rsau gak..x de ke komuniti chinese muslim yg leh wat class utk ank2 melayu kte ni bljr bahasa Cina..huhu

    ReplyDelete
  11. Hantar anak sekolah cina tak salah tapi kena hari2 pantau anak dan ingatkan untuk jaga apa yang dimakan dan untuk tak berkongsi makanan dengan orang. Lepas tu kalau hantar sekolah cina, kenalah bersedia tolong anak2 buat kerja rumah dia yang berganda2. Sebenarnya bergantung pada anak tu sendiri. Kalau dia boleh cope dengan cara pembelajaran sekolah cina, pasti takde masaalah dan dia boleh berjaya. Kena rajin dan extra usaha. Situasi sama macam budak cina dalam sekolah kebangsaan. Selamat membuat keputusan. :)Ini pandangan peribadi saya.

    ReplyDelete
  12. akak n en. abah dulu penah plan nak hantar ami g tadika cina, tp tok ayah menghalang sgt, atas alasan takut ami berkongsi makanan ngan anak cina yg lain. so terpaksa le cancel

    ReplyDelete
  13. Anonymous4:36 PM

    yer, kalau plan nk sek cina si anak perlu seawal 4 thn..satu thn tu nak tgk samada dia ok atau murung dgn environment b.cina.5thn dh mula struggle utk tentukan kedudukan utk 6 thn pula supaya utk tetapkan samada utk teruskan atau tidak...

    Utk perkembangan sek cina sekarang ni dah bagus rasanya.Ramai dah anak melayu.Bab kantin kena check la tapi most sek cina sekarang halal. Kalau tk pasti bwk aje bekal.Insyallah semuanya bole diatur...

    Suka sgt kalau ramai lagi anak melayu belajar di sek cina.Sungguh pun mereka bukan dari kalangan sekolah bantuan penuh mcm sek lain tu tapi tahap pelajaran mahupun keadaan sek sgt membanggakan.Kiranya ala2 tidak ada subsidi.Itu sbb kemasukan anak melayu sgt susah..kalau di aju ke kemenrian pun mungkin tk terjawab kenapa sek cina hanya separuh bantuan.wallahualam...

    Tapi yg pasti sek cina ni saingan memang kuat & cara anak2 cina sekarang sgt advance di tambah dgn displin ketat olah guru2nya juga..memang sgt2 berlainan dgn sek keb. kita...

    ReplyDelete
  14. Hmm sek. Cina.. saya bekas pelajar sek cina.. sek. rendah lar..

    Memang bagus kalau dapat kuasai bahasa asing.. tapi hantar anak masuk sek. cina tidak semudah disangka.. banyak perkara perlu dititikberatkan

    1. Pemakanan.. ada makanan dimasak bercampur kuali belanga dengan halal dan tidak halal.. utk selamat.. bawak bekal..
    2. Kerja Sekolah.. kefahaman dan kesuaian anak dengan environment sek. cina.. kena pantau selalu.. sek. cina selalu bagi kerja rumah double dari sek. keb.
    3. Disiplin.. dulu saya sek. cina tidak dibenar pakai baju kurung.. pakaian standard.. time sukan seluar pendek.. tudung lagi tak boleh.. tapi sekarang boleh kot.. better check..
    4. Dulu masa saya belajar sek. cina.. time belajar agama.. kami diasingkan ke satu kelas di mana ada satu ustazah akan mengajar agama.. kelas gabung utk student darjah 4, 5 dan 6 masa sessi pagi.. dan di ketika yang sama.. chinese student suppose to have their 'Moral' lesson tapi diganti dengan kelas maths.. saya banyak ketinggalan matapelajaran maths..
    sebab bila masuk kelas cikgu minta hantar tugasan.. kerja diberi terlalu banyak sedangkan kami tidak diajar.. last choice copy paste jer lar..
    5. Perkauman.. ada orang Cina yang bersikap macam tu.. kena hati².. takut nanti anak Siti disisihkan dalam pergaulan..
    6. Mak bapak mesti prihatin dengan aktiviti sekolah.. supaya anak kita mendapat perhatian sewajarnya dan tidak diketepikan..

    Ikut² banyak lagi.. tapi cukup setakat ini.

    ReplyDelete
  15. pija,
    2 org anak sedara kakyong bermula sek cina masa tadika masa umur 5 tahun.. better bermula awal..

    bab pemakanan, memang bawa bekal.. awal2 ajar anak tak boleh kongsi makan makanan depa/kwn2 yg cina.

    kerja rumah adalah isu sinonim dgn sek cina.. memang berlambak kerja sekolah.. pija harus involve, bantu walau pija tak faham sebiji pun.. adik kakyong memang fokus lebih masa anak baru darjah 1-3.. anak2 sampai nangis2 nak siapkan h/work....

    actually memang byk cabarannya, namun alah bisa tegal biasa.. anak adik yg sulong skrg ni dah tahun 6, yg no2 tahun 5..

    1thing, sikap positif & rajin tu yg bagus.. tp asuhan sek agama memang tak diketepikan.. memang letih la bdn mak depa, pg sek agama, ptg sek cina.. mlm nak tgk h/w lagi..

    kesimpulannya, umminya memang ahrus gigih...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!