Thursday, August 26, 2010

10 Perkara Simple Untuk Periksa Kesihatan Diri

Bismillah,

Korang sihat tak? Saya alhamdulillah sihat...tapi saat saya menaip ni Ahmadi baru kebah demam. Kelihatannya macam Slapped Cheek Disease yang pernah kena pada Arwa dulu. Demam jenis virus begini susah nak dikenalpasti apakah dia. Ia mungkin denggi (na'uzubillah), campak, HFMD dan lain2 (betulkan kalau saya salah).

Kebetulannya seminggu lepas orang sebelah rumah saya terkena demam kepialu. Siap duduk dalam wad 20 hari. Katanya, ada satu kampung di sini penuh dalam wad semua kena demam denggi. Tapi dia sorang je yang demam kepialu. Katanya lagi, pejabat kesihatan datang sembur area rumah (mungkin untuk elakkan nyamuk mana la tau kalau2 bukan kepialu tapi denggi).

So, sangatlah risaunya encik abah atas kesihatan anak kesayangannya. Siap takleh lena lagi. Tapi kan abah, yu jgn igt ai tak risau ye..ai cuma alah dengan bantal aje. Kadang2 bila ai sedar, yu pulak yang lena. So, kita kira acilah... Masa saya susukan Ahmadi, abah dia gunakan tuala basah untuk sejukkan kepala Ahmadi. Boleh kata hilang cerialah rumah kami. Dia sahur pun sorang2 dan makan nasi berlauk buah kurma sbb cik puan isteri tak berenti2 menyusukan Ahmadi untuk salurkan lebih antibodi dan cecair (juga kasih sayang tau...).

Elok2 je Ahmadi sihat, barulah keluar muka ceria abah

Oklah...sekarang nak kembali kepada tajuk.


  • Cek berat - jangan la sampai buat hari2, koman2 buat la sebulan sekali. Supaya tak la nanti pakai2 baju je terketat atau terlonggar. Kalau terketat itu maknanya terisi lebih la tu, kalau terlonggar maknanya terkurang makan lah tu.
  • Tengok cermin - aritu k.Yong kata mata ai mcm beruang panda kt entry k.Wan Anie. Bukan aa K.Yong, itu adelah kaca mata Transition ai..Bak kata artis2, mata diorang bengkak sebab tak cukup tidur. Sebenarnya tidur ni lagi murah dari buat surgeri kecantikan dan baik untuk kesihatan minda jugak tu (OK ini ayat cover line utk org tu yg senang lena)
  • Feel for bumps - bukan bumper jalan ye kalian..ni bumper kat badan kita. Selalu kalau takde ketul, tiba2 ada ketulan dan kita pun waswas, maka elokla bawak pergi cek pada doktor. 
  • Perhatikan warna air kencing - makin pekat kaler maka ia menunjukkan yu kurang air
  • Perhatikan tulisan atas kertas atau pada dinding atau di mana2 lah - sebab nk pastikan mata kita OK. Mata ni kalau rabun bukan setakat mata je bermasalah, ia akan membawa kepada pening kepala, sakit bahu, muntah2 dan lain2. Pernah ada customer saya dia ingat dia mengandung @40 rupa2nya dah rabun dekat :P
  • Kira denyut nadi sendiri - kira dalam 30 saat dapat berapa denyut nadi. Darabkan dengan dua. Makin dekat dengan 70 makin baik
  • Tiup belon - mengah ke tak?? Kalau mengah tu, maka sah lah tubuh tu kurang power. 
  • Bau nafas sendiri - kalau tak selesa, mungkin ada masalah gusi atau gigi. Cek lah dengan dentist.
  • Kurang dengar - kalau terasa asyik mintak orang ulang semula ayat, maksudnya telinga dah kurang dengar la tu..
  • Terakhirnya, sori kalau terpaksa mengingatkan anda tentang penyakit yang berjangkit dengan cara seks. 

Semoga kalian sihat2 saja dan dapat beribadah dengan sepenuh tenaga dalam bulan Ramadhan ni. Doakan saya juga.

    2 comments:

    1. Salam pijah,
      semalam akak ingat nak komen pasal uwaiys nak sekolah ciner, tetiba terbusy ler pulokk.. kekgi ler ambe comment post hok tu..

      kalau anak kecik demam memang risau kan.. anak akak yang tak cukup bulan tu asyik demam jer.. start masa dalam pantang lagi.. macam2 infection kena.. adui memang risau.. tak cukup kain basah kita nak sponge dia kan.. selalu akak perati, kalau dia selsema or batuk pastu demam then tak risau sangat.. sebab demam tu maybe becos infection.. yang risau kalau demam tak semena2..

      apa pun, Alhamdulillah, Ahmadi udah sihat..

      oh ya takdapat nak join giveway pijah sebab akak sokmo bagi anak makan nestum jer.. ini jenih mok malah masok ...

      ReplyDelete
    2. oowhhh, cermin mata ya... mata kakyong la yg pasti bermasalah ni... hihiiii...

      ReplyDelete

    Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!