Monday, August 09, 2010

Kerja Yang Sesuai Untuk Anak Remaja

Bismillah,

Entry ini agak buang tebiat jugaklah. Sebab Asmaa' saye baru 6 tahun. Ntah nape, sejak akhir2 ni saya memang sll buang tebiat. Semalam masa naik kete dari rumah mertua, saya kira lagi 14 tahun Asmaa' akan berusia 20 tahun. So, saya pun terfikir, kalau mcm tu by 30+14=44 umi akan ada menantu & cucu. Nejad saya ternganga sambil kata, "Umi nak suruh anak kawin umur 20?? Biar betul... :P".

Seblom ni, saya chat dengan kawan saya di Taayah dulu yang sekarang dah jadi doktor. Dia suruh saya tulis blog dengan tajuk 'Cita-cita & Cinta'. Tapi sbb saya masih takde inspirasi utk tulis tentangnya, maka tak tulislah lagi tajuk itu. Lagipun, utk tajuk yg dia sarankan, saya adalah seorang yang suka 'go with the flow'. Tapi saya ada ckp kat dia dalam kepala saya inilah tajuk yang saya nak buat.

Kenapa saya nak buat tajuk ni? Sebabnya saya selalu terfikir, nape la aritu aku tak belajar siap2 memasak, jaga budak dan benda2 lain yang saya terpaksa belajar setelah berkahwin. Tepuk dahi la jawabnya adik bongsu saya kalau saya paksa dia keje sementara tgu SPM nanti..muahahahahaha.... Tapi seblom saya paksa dia sehingga dia rela, mungkin kena buat analisa sikit.

  • Minat dia ke arah manakah? Dia minat ke tak nak jaga budak, jadi tukang masak kat kantin ke? Atau dia suka buat benda kraf2? Kalau yang ni memang obvious sangatlah kat mana nak dituju.
  • Pastikan mereka walaupun bekerja tapi kat rumah mereka masih ada kerja yang perlu diselesaikan mcm sapu sampah, kemas rumah bagai tu kan... Kalau tak, biar kerja kat umah je lah...huhu
  • Ajar mereka cara nak handle duit. Tak lama lagi bila dapat kerja besar, dapat duit lagi banyak kang mabuk pulak belanja sana sini. 

So, apa cadangan yang baik untuk golongan ni?

  • Jaga budak - tak kiralah kat nurseri ke, kat umah orang kah, umah sendiri kah... at least ada la jugak kemahiran kan sebelum kawin. 
  • Buat tusyen - kot la best student kat sekolah, boleh la ajar setakat sikit2...
  • Kerja sukarela dengan NGO - yang ni best, selain bakal dihangkut ke sana ke mari dengan pelbagai program, dapatlah kita menimba pengalaman sikit kan. 
  • Kerja di kedai2. Tapi mestilah tahu waktu kerja yang sesuai, apa barang yang dijual. Kaji dulu halal haram kemudian baru buat keputusan.

Mcm mana diorang nak mintak kerja?

  • Kalau terpaksa resume, ajarlah mereka buat resume tetapi selalunya kerja sementara main gitu2 aje kan...
  • Interview - bekalkan mereka dengan ilmu semasa nak di interview
  • Follow up - buat je lah muka tak malu dengan tepon tanya, "Elop bos, saya dapat ka itu kerja??"
Zaman eko-no-money ni kerja sementara ni memang perlu sangatlah. At least kang dah dapat universiti ke kolej ke idak le sangkut kalau mak ayah takde duit nk hantar sementara nak dapat loan kan? Teringat saya ritu, sekali je pergi tanya kat kedai baju mamak. Mula2 masuk dia cakap baik2. Alih2 bila saya kata nak cari kerja, dan2 tu jugak jadik garang. Hampeh tul...so sampai skang saya tak masuk dah kedai tu :P Tapi mak abah saya baik, diorang bayarkan kursus komputer (tu sbb gila menaip skang ni) dan lesen motor dan kereta (yee...saya ada sejarah jadik minah rempit tudung labuh :P)


4 comments:

  1. hehehe.. daku senyum sendiri baca n3 nih...


    ada n3 contest utk anda follow...
    http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/2010/08/here-i-come-1st-anniversary-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. knur dulu arwah mak tak bg kerja sementara tunggu result SPM. Kenala belajar masak dan jaga adik2 kat rumah. Tapi bagus jugak. BTW, samalah kita sbb Knur dulu pun minah rempit masa kat UKM dulu cuma tak pakai tudung labuh.

    ReplyDelete
  3. ehe.. best baca n3 ni... !! *_^

    **akhirnye, eus bjaya jejak blog ni.. hehe... yus TERDELETE blog lame tu :((... singah2 la di blog baru eus ok!

    ReplyDelete
  4. ai pon minah rempit pakai tudung labuh masa tgktn 5 dulu hahaha

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!