Thursday, October 28, 2010

Seorang Bagaimana Mahu Berjemaah?

Bismillah,

Petang semalam, kami pulang dari menziarahi baby berkaki empat (apakah agaknya??) agak lewat. Sudah hampir benar dengan Maghrib ketika itu. Terlihatlah saya sebuah surau yang hanya ada seorang yang sedang berdiri di dalamnya.

Umi : Eh abang...surau tu ada sorang je??
Abah : Mmm...macam mana tak jadi seorang? Kalau orang yang macam abang pun tak pergi surau?? Ni abis belajar Mesir ni..bukan UK ke, London ke, Ostolia ni....

Selanjutnya kami berbincang dengan aman. Saya cuma terfikir adakah saya menyekat suami saya di kebanyakan masa jika dia mahu berjemaah di masjid. Terus terang, saya OK jika dia ke masjid tetapi ada sedikit tidak OK kalau dia pulang lewat. Contohnya kalau dia menyinggah ke kedai kopi.

Rasanya bagaikan menjadi kelaziman selepas berjemaah di masjid, bersalam-salaman dan saling mengajak, "Jom secawan??". Lagipula suami saya bukan kaki kedai kopi lalu apa salah pula dia melepak barang beberapa minit di situ?? Saya tak kisah sebenarnya suami saya berkawan2 dan saya juga tak kisah jika dia mahu aktif dalam politik juga.

Saya cuma susah hati kalau dia tak ada, saya tak makan...huhuhu... tak syioklah makan seorang2. Kalau tengahari dia takde, saya makan sikit je macam orang diet. Akibatnya malam tu kalau dia takde, lagilah tak makan. Aduih, sekali fikir memang mengada betullah aku ni...huhuhu...

Abang, yu kalau nak lebih kerap ke masjid, pergilah...insya ALLAH ai akan belajar 'seronok makan' dengan anak-anak. Semoga dengan rasa cinta kepada masjid ini, maka kehidupan kita akan lebih berkat. Amin....

5 comments:

  1. en. abah pun camtu, selalunya lepas solat Jumaat, menyinggah minum dulu ngan kwn2, kita kat umah ni dok tunggu le nak makan, geram gak kengkadang tu

    ReplyDelete
  2. cik abg shira sgt2 nk gi masjid. tp die blk keje pun dekat2 nak masuk isya' dh, sian die...

    ReplyDelete
  3. Bagus tuh galak cik abe ke masjid.Tapi bab singgah tpt lain lepas masjid tu tak berapa beh tuh.Hehehe.

    Alhmdulillah cik abe saye jenis mmg tak suke kedai mkn.Nak2x mamak.Dia geli lepas tgk kejadian "yg tak ingin kita lihat" kat dapur kedai mamak tuh.

    Anyway..orang lelaki nih mmg solatnya patut jemaah dimasjid.Lebih2x lg subuh.Banyak manfaatnya.

    As isteri kita ni dpt pahala sama byk yg suami dpt kat masjid kalau kita kat umah sama2x solat atau buat perkara2x yg baik (bukan suami ke masjid kita tgk tv tau).

    Lagipun sekarang ni tgh dok kempen "JOM SUBUH BERJEMAAH".

    jom kita join sama kempen nih. :)

    ReplyDelete
  4. salam pijah,
    dilema kita sama... akak pulak macam tak OK kalau dia balik lambat bukan sebab tak lalu makan, tapi tak de orang nak tolong jaga anak.. anak2 takut abah nya, so kalau ada abah, dia orang tak buat perangai..

    ReplyDelete
  5. hmm.. bagus kan mcm tu..

    en ayah, walaupun tak ke surau.. tp selalu xde kat rumah.. kalo kuor lepas maghrib, balik nya tgh malam...

    tp kakyong xde le sampai tak lalu makan... :p

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!