Saturday, October 23, 2010

Madu Lebah Bukan Rezeki Kami (Setakat Ini)

Bismillah,

Cerita ni dah lama, malas juga nak dikenang2 lagi. Saja lah nak letak gambar ni supaya kawan2 tahu. Kalau korang tanak tahu pun nak bgtau jugak hehehehe...

Satu masa sebulan dua lepas, husband ai jumpa sarang lebah yang sangat besar. Selepas berjumpa dengan sarang lebah tu, dia asyik menggeletar pakej dengan takleh nak tidur. Asyik ngigau ke sarang lebah itu.


Haa...besar kan sarang lebah nya?? Sehinggalah satu hari hujan sangat lebat turun. Maka lepas saja hujan turun maka pergilah akan dia ke bawah sarang lebah itu.


Maka terjumpalah dia dengan sepotong dari sarang lebah itu. Barangkali ini adalah bahagian di mana lebah meletakkan pollen ke dalam sarangnya. Di dalam ini tiada madu. Lalu dibawa pulanglah sarang ini...


Ya ALLAH, kalau diperhati elok2 sangat simetri sekali bentuk heksagon ni. Mereka (si lebah) adalah jurutera yang hebat. Mereka menggunakan panduan yang telah ALLAH berikan kepada mereka dan menjadikan sarang lebah ini demikian sekali bentuknya. 


 Dan ohh...ada baby nya sekali. Tak banyak...dalam 2-3 ekor sahaja malangnya tidak dapat diselamatkan. Saya hanya boleh menjaga anak saya, bukan anak lebah...huhuhu


Lalu saya mula membantu suami saya untuk mengeluarkan pollen2 itu dari sarung heksagon. Mula2 skema guna garpu, last2 redah pakai tangan saja.


Tidak dilupakan juga anak2 yang selalu menjadi pengubat duka lara kami. Walaupun mereka menyebok2 masa ni tapi itu adalah lebih baik dari mereka terbaring2 sahaja mengadap siling. Sekurang2nya mereka belajar sesuatu yang baru!!

Suami saya memasang staging barangkali 2 ke 3 tingkat bangunan sehari sebelum mahu mengambil madu dan sarangnya sekali kalau boleh. Malangnya, semasa hari mahu mengambil madu itu, yang ada hanya staging, sarangnya telah diambil oleh orang lain.

Kata suami, tak apalah...dah tak ada rezeki kita. Saya tak kisah juga sebenarnya, tapi saya cukup terkilan dan sedih melihat suami yang bersusah payah memasang staging seorang diri tetapi hasilnya???? Mmm...mungkin ALLAH simpan di Hari Kemudian. :|

**Eh eh...nak nangis pulak rasa :P sedih bila difikir2 suami ku memilih cara ini mencari rezeki, dia penat letih tapi sebenarnya dengan cara ni lebih masa dengan anak2 dan dia sentiasa ada andai saya memerlukan.

1 comment:

  1. salam fizah. kakchik ada baca entri fizah pasal madu lebah yang hari tu. tak sangka orang yang ambil kesempatan ni hingga ke sarang lebah. suami fizah seorang yang sangat sabar. insyaallah Allah akan balas ketekunannya dengan hasil yang lebih baik lagi. dalam bentuk apa, kita pun tidak tahu.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!