Saturday, October 02, 2010

Bolehkah Terima Wang Harem?


Bismillah,

Hari ni saya ada kerja, kebetulan tadi Nejad baca blog UZAR so sekadar nak share apa yang dia baca pagi tadi. Kalau nak baca panjang2 silalah ke blog asal UZAR tapi saya baca kat notes dia dalam FB saje sbb blog dia server selalu down...huhuhu..

Ia adalah isu sumbangan duit di Pulau Pinang yang berlaku baru2 ni. Saya enggan ulas awal2 sebab saya nak tunggu ulasan dari sisi orang yang berilmu. Banyak yang dikeluarkan oleh 'pengeluar asal' adalah PANDANGAN POLITIK semata2 yang mana ia dilandaskan kepada perasaan dan bukan ilmu. Walaubagaimanapun, jika ada orang nak bagi duit kat saya dan saya tahu ada duit hasil judi di dalamnya, saya juga akan berfikir panjang untuk menerima. Adalah lebih tenang jika saya tidak tahu dari mana duit itu datang.

Memetik kata UZAR :
Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

Dan saya sertakan juga kesimpulannya :

  • Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
  • Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
  • Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
  • Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
  • Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
  • Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.
Jadi saranan saya "Fikir dulu sebelum buang"


PEACE NO WAR!!
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!