Friday, October 08, 2010

Solat Sambil Dukung Anak

Bismillah,

Oh sungguh kalut pagi ni..malas nak cerita saya kalutkan apa. Ada baik saya berkejaran siapkan entry ni sebelum balik ke JErteh...Mula2 tengok video ni dulu yepp



Persoalannya, boleh ka enggak??

1- Pergerakan yang sedikit seperti mendukung anak di dalam sembahyang tidak membatalkan sembahyang, sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terhadap Umamah binti Zainab, seperti tercatat dalam hadis Bukhari (no: 494) dan Muslim (no: 543).

2- Tetapi pergerakan sehingga berjalan beberapa meter ke arah kanan atau kiri (seperti di dalam video tersebut) adalah membatalkan sembahyang. Kerana pergerakan tersebut menjejaskan syarat sah sembahyang iaitu menghadap qiblat.

3- Ulama telah berijmak bahawa menghadap qiblat dalam solat fardhu adalah syarat sembahyang (atau rukun menurut setengah ulama), dan jika sengaja menghadap ke kanan atau ke kiri maka batal sembahyang. (Badai' al-Sanai' 1/301).

Firman Allah:


فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ

Maksudnya: "Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya". (Al-Baqarah: 144)

Kata Ibn Katsir: Dalam ayat ini terdapat perintah supaya menghadap ke Kaabah dari segala penjuru bumi, samada Timur, Barat, Utara dan Selatan. Tidak dikecualikan daripada perintah ini melainkan dalam sembahyang fardhu ketika musafir. (Tafsir Ibn Katsir 1/460).

Caranya bagaimana??

  • berdiri seperti biasa sambil dokong baby.
  • sebelah tangan pegang baby, sebelah angkat takbir.
  • baca al-fatihah & surah seperti biasa sambil pegang baby. kalo boleh sebelah tangan diletak di tempat biasa.
  • semasa rukuk pegang baby dua2 tangan.
  • masa sujud, sama ada pegang baby sebelah atau letak baby di sisi.
  • jika letak di sisi, sama ada mau teruskan dokong, atau biarkan saja dia lepak2 kat situ.
  • kalo mau dokong, angkat saja & pegang mcm mula2 tadi.
  • ms duduk tahiyat tiada masalah since baby bole diriba terus.
  • baca doa Qunut, kalo bole angkat sebelah tangan & kalo xbole x apa, pegang je baby dua2 tangan.
OK.....skang ni saya cuma nak letakkan benda ni dalam belog saya supaya dapatlah kita share sama2. Kadang2 kita perlukan sesuatu yang dikatakan 'benda yang tidak menyusahkan kita kalau kita solat'. Kalau anak nangis kat masjid time kita solat, atau kemungkinan anak kita dilarikan orang ketika solat di masjid, maka ini adalah jawapannya. Solat sambil mendukung anak adalah diharuskan dengan syarat yang telah tersebut. 

Wallahua'lam

Rujukan :
2. http://mysuperkids.net/pray-with-baby/

7 comments:

  1. ct ada baca x komen akak kat fb?

    -MamaEmma®-

    ReplyDelete
  2. terima kasih. i learn something new today. alhamdulillah. syukran jazilan.

    ReplyDelete
  3. minta izin nk share kt fb, thanks.

    ReplyDelete
  4. Thanks pija for this great info & sharing.

    ReplyDelete
  5. ths is nicee info babe

    ReplyDelete
  6. thanks pija.

    kakyong penah dengar pasal ni., tp malas sungguh nak cari info.. sbb selama ni letak jer anak2 kat tepi.. sbb solat kat rumah kan..
    la ni depa plak sibuk nak solat... belum masuk waktu pun nak solat... *peringatan utk seorg ibu yg kerap lalai solat dihjg2 waktu*

    ReplyDelete
  7. kak pija.thanks.

    dulu kat uia selalu nmpk foreigner stdnt buat solat smbilpgg anak.

    penah jugak buat.tp hubby pesan makesure bby x poo poo.nnt xsah..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!