Friday, September 30, 2011

Pengalaman Menyusu Ketika Mengandung

Bismillah,

Entry ini sebenarnya saya gunakan untuk masuk contest. Diletakkan di blog ini kerana isinya ingin dikongsi dengan rakan pembaca...

Rujuk link ini untuk tengok penyertaan saya

6.3. Entri / Keterangan (berdasarkan kategori yang dipilih):
Menyusu semasa mengandung adalah satu pengalaman baru bagi saya. Dalam masa 10 minggu lagi insya ALLAH saya akan melahirkan dan semasa itu Ahmadi akan berusia setahun 7 bulan dan insya ALLAH saya akan cuba tandem nursing pula. Saya melakukan ini tanpa sedikit pun menyimpan EBM seperti sahabat-sahabat menyusu yang lain.

Semenjak bercampur gaul dengan ibu-ibu menyusu (hanya secara online) saya sangat bertekad untuk menyusukan anak saya semaksima mungkin. Kononnya saya nak menebus kesalahan saya dahulu namun hakikatnya kesalahan itu bagaikan tidak tertebus. Namun alhamdulillah, saya tidak memanjangkan lagi kesalahan saya itu.

Ini adalah kerana saya telah mengambil langkah untuk memulakan perniagaan saya di Parit Buntar yang mana niat utama saya adalah untuk memberi fokus yang lebih kepada keluarga terutamanya dalam hal penjagaan anak-anak dan hubungan kami suami dan isteri. 

6.3.1. Apa yang berlaku semasa penyusuan (masalah / cabaran dll)
Menyusu semasa mengandung tidaklah semudah yang dikata orang. Terdapat pelbagai masalah jika kita menyusukan anak semasa hamil dan diantara masalah yang saya alami adalah :
  • Apabila kepenatan sementelah berbadan dua, keinginan Ahmadi untuk menyusu bagaikan satu gangguan - Ini adalah seperti yang saya kongsikan dalam entry ini. Pada masa itu, saya telah meninggalkan Ahmadi sehari suntuk untuk menghadiri program. Sesampainya saya di rumah, Ahmadi melihat saya macam dia melihat botol susu yang sungguh menyelerakan. Dicampur dengan rasa sakit, sudahnya hari itu menjadi hari paling sedih dalam sejarah penyusuan susu ibu saya. 
  • Sakit pada puting semasa Ahmadi menyusu - Semasa hamil, puting akan menjadi super sensitif. Sakitnya masya ALLAH, Tuhan sahajalah yang tahu. Ada yang mencadangkan supaya ibu menyusu memastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan. Tapi saya bukan setakat bernafas dalam-dalam untuk mengurangkan kesakitan ini, malah sehingga saya menggelupur, menghentak-hentakkan kaki dan macam-macam lagi untuk mengalihkan rasa sakit digigit. 
  • Bleeding - sebenarnya, pada awal kehamilan, saya tidak tahu yang saya sedang mengandung. Ini adalah kerana bleeding yang saya alami itu adalah mengikut jadual period saya bezanya darah yang keluar adalah darah yang cair tidak seperti kebiasaannya. Saya hanya sedar dengan kehamilan ini selepas doktor menyarankan saya melakukan ujian kehamilan selepas saya mengalami sakit kepala yang berpanjangan sebelum saya berjalan jauh ke luar negara
  • Susu berkurangan - Punca utama penghasilan susu berkurang ketika ibu mengandung adalah kerana kadar hormon progesterone dalam darah kita meningkat. Hormon ini penting bagi mempertahankan kehamilan, tetapi pada masa yang sama kadar yang tinggi ini menyekat kerja hormon prolaktin, hormon yang membantu penghasilan susu. Kerana kadar hormone progesterone (ketika ibu hamil) ini jugalah konsep “supply and demand” kurang berkesan dalam meningkatkan supply susu jika dibandingkan ketika ibu tidak hamil. Selain itu, pengambilan galactagogues seperti herba dan ubat-ubatan (untuk meningkatkan supply susu) adalah tidak digalakkan ketika ibu hamil. Namun alhamdulillah, selera anak yang menyusu ibu ini sebenarnya tidak tersekat. Arwa dan Ahmadi sangat berselera makan dan mudah adapt makanan yang kami makan. Sekalipun mereka perlukan susu, kami tidak membekalkan mereka dengan susu formula melainkan susu segar yang kami beli dari Pejabat Haiwan. 
6.3.2. Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah
Sebenarnya tidak ada fatwa yang mengharamkan penyusuan susu ibu semasa kehamilan. Andai ada, pastilah perkara ini mendapat tentangan ramai. Seandainya tidak ada masalah seperti yang dinyatakan di bawah, bermakna kita boleh terus menyusukan bayi kita :
  • berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
  • pernah keguguran
  • mengalami pendarahan semasa hamil
  • positif GBS carrier
  • dan lain-lain kehamilan berisiko tinggi

Berikut adalah cara saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi di atas :

Masalah 1 - Apabila kepenatan sementelah berbadan dua, keinginan Ahmadi untuk menyusu bagaikan satu gangguan

  • Mengawal tekanan - saya mengawal tekanan dengan tidak banyak berfikir. Sebagai contoh rumah berselerak, saya cuba berfikiran bahawa selagi takde tetamu nak datang rumah maka tak payah nak serabut sangat. 
  • Mengurus kerja rumah - saya buat jadual dan checklist. Dalam link ini ada saya tulis sebab2 saya mesti ada jadual dan checklist. Dalam link ini pula contoh jadual  yg pernah saya ikut. Saya juga menguruskan hari saya dengan apa yang saya tulis di dalam link ini
  • Mengalih perhatian Ahmadi kepada makanan lain atau susu segar
  • Mendapatkan kerjasama suami dan anak dalam melakukan kerja rumah

Masalah 2 - Sakit pada puting semasa Ahmadi menyusu
Saya pernah kongsikan hal ini di dalam link ini. Apa boleh buat, sebagai ibu, kita akan merasakan pelbagai perubahan pada payudara semasa hamil. Namun secara ringkasnya, saya pernah bertanya dari Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan dan mereka memberi saya dengan nasihat di bawah :

  • Jangan marah-marah anak, ini membawa kepada kemungkinan bayi tidak mahu menyusu langsung kelak
  • Beritahu anak bahawa kita sakit kerana digigit dengan baik. Beritahu juga supaya dia jangan menggigit ketika menyusu.
  • Cuba ngangakan mulutnya dengan jari setiap kali dia menggigit.
  • Cuba jauhkan dia dari kita dengan cara meletakkannya atau memberi kepada orang lain setiap kali dia menggigit. Lama-kelamaan dia akan belajar jika dia menggigit dia tidak akan dapat susu.
  • Cuba lemaskan dia sekejap dengan PD namun berhati-hatilah dengan kaedah ini.

Suami saya pula membantu saya dengan menyebut perkataan ' la' ' yang bermakna jangan dalam bahasa Arab. Setiap kali suami saya menyebut la' Ahmadi akan faham dia tidak boleh buat benda itu. Kemudian, dia akan pegang Ahmadi dan bila sahaja dia nampak Ahmadi melepaskan puting untuk menggigit bahagian hujung puting, suami saya tolak semula supaya kedudukan saya dan Ahmadi rapat. Dia melakukan ini berulang kali. Hasilnya hanya dalam kurang satu jam Ahmadi tidak menggigit lagi.

Ia bagaikan satu kejayaan besar. Bermula malam itu, saya enjoy semula sesi penyusuan langsung saya. Alhamdulillah... sekarang, saya mahu katakan kepada suami-suami, siapa kata anda tiada apa yang boleh disumbangkan dalam penyusuan susu ibu?

Masalah 3 - Bleeding
Saya telah mendapatkan pemeriksaan doktor dan doktor mengatakan keadaan bayi dan rahim saya adalah dalam keadaan yang baik. Semasa mengandungkan Ahmadi dulu pun, saya mengalami pendarahan dan masih menyusu Arwa ketika itu dan doktor itu memberi saya ubat menguatkan rahim yang saya tidak ingat namanya. Sementara itu, saya telah memperlahankan bilangan penyusuan dengan memberi Ahmadi makan dan minum minuman lain terutamanya susu segar.

Jika kita terjumpa doktor yang tidak berapa pro kepada penyusuan susu ibu ini, maka selalunya nasihat mereka adalah sebaliknya. Alhamdulillah so far saya terjumpa doktor yang tidak berkeras sangat tentang penyusuan susu ibu sekalipun semasa kami demam campak berjemaah dulu pun saya tetap menyusukan Ahmadi.

Masalah 4 - Susu berkurangan
Ini adalah masalah alami yang tidak dapat dielakkan. Sama seperti masalah di atas, saya mengurangkan penyusuan dan mengalihkan perhatian Ahmadi kepada perkara lain. Walaupun begitu saya tidak menolak untuk menyusukan jika dia benar-benar mahukannya.

6.3.3. Sokongan yang diperolehi
Saya cukup beruntung bilamana suami saya turut menunjukkan peranannya sebagai seorang abah ketika kami dalam proses penyusuan ini. Bermula dari awal lagi, dia memang terlampau menjaga anak2 dari makan makanan yang mengandungi bahan tambahan dan penyusuan susu ibu adalah satu daripada sasaran kami. Dengan memberikan anak susu ibu maka lebih lengkaplah lagi matlamat yang ingin kami capai.

Seperti yang saya ceritakan dalam link ini, jika tidak kerana suami saya itu, pastilah Ahmadi sudah tidak disusukan dengan susu ibu. Itu satu, saya tidak boleh lupa bagaimana dia menyiang ikan pari dan menyimpan hati ikan pari itu kerana dia tahu sebelum ini hati ikan yu telah menyebabkan susu saya menjadi banyak secara mengejut. Dia juga akan sentiasa menyua segelas besar susu jika dia perasan saya dah lama tak minum susu dan katanya, "Itu bukan untuk umi, itu untuk Ahmadi/baby."

Mak saya juga, telah memberi banyak petua berkenaan susu badan. Sementelah dia adalah seorang 'sister' di Klinik Kesihatan maka no wonderlah banyak ilmu yang dia ada. Semasa dalam pantang juga, dia masakkan saya banyak makanan yang boleh meningkatkan susu badan. Tidak dilupakan mertua saya yang telah berjaya menyusukan 11 anaknya secara eksklusif semuanya. Masing2 punya petua dan cadangan untuk membantu saya.

Tidak dilupakan, anak2 saya yang ramai itu. Mereka juga memahami dan selalu bagitau, "Umi, Ahmadi nak susu ni...." hehehe...bila uminya ralit ngadap komputer. Yang paling best sekali memberi sokongan ini adalah teman2 blogger. Andai saja saya tidak terbakar melihat mereka kumpul bergelen2 EBM, agaknya saya juga tidak kemana.

6.3.4. Gambar berkaitan penyusuan
Saya hanya ada buku yang berkenaan dengan cara penyusuan, itupun telah diberikan oleh k.Nieza semasa dia melawat saya untuk membakar semangat saya dalam menyusu secara eksklusif. Sejujurnya, sumber ilmu rujukan saya yang paling banyak adalah dari rakan2 blogger dan di situlah saya menimba ilmu.
Ini adalah koleksi majalah saya. Kebanyakannya saya beli bila ada isu penyusuan susu ibu atau barangkali kerana ada rakan blogger yang masuk majalah tu. Nak beli setiap bulan tak terbeli sebab buat masa ni takde tempat lagi untuk letak koleksi ni. 

Ini pula koleksi novel dan parenting book yang saya beli dan ada juga yang dapat. Antara rujukan paling mantap saya adalah buku hijau ini!

Oh ye...saya tidak mempunyai sebarang peralatan khusus untuk menyusu seperti pam, cumanya saya dah tukar semua botol susu anak saya kepada yang free BPA. Ini adalah kerana ketidakmampuan saya untuk membeli produk2 berkenaan. Saya juga tidak mengambil sebarang suplemen untuk menambah jumlah susu namun saya cuba untuk mengambil makanan yang dikatakan akan menambah jumlah susu saya. Itu lebih baik dan lebih alami bagi saya :))

Saya ingin mengatakan bahawasanya susu ibu juga adalah penyelesaian kewangan kepada ibu dan bapa. Jangan fikirkan tentang pam, alatan penyusuan, kursus berbayar, suplemen dan lain-lain jika tidak mampu. Tanpa pam, kita boleh perah dengan tangan asal tahu teknik yang betul. Tanpa kursus, kita boleh pergi ke hospital yang ada team kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Tanpa suplemen, kita boleh banyakkan makanan yang boleh meningkatkan susu badan. Semuanya boleh jika minda kita telah berkata YA!!!

6.4 Tag seberapa ramai kawan untuk mempromosi penyertaan anda dan menyebarkan ilmu anda pada kawan-kawan.
Saya ingin mengajak semua kawan saya yang mengamalkan penyusuan susu badan untuk cerita momen anda kerana setiap kisah kita pasti ada yang boleh membantu mereka yang lain untuk menyusu sama.

Saya tag :
Ummu Muhammad
Arryrozy 



4 comments:

  1. thanks kak pijah. memang berguna sangat untuk noli saat ni

    ReplyDelete
  2. sy pun 'terbakar' tgk rakan2 blogger punyai simpanan susu EBM yg byk..

    kak, apa jenis makanan yg akak kata tu yg boleh menambahkan susu...selain supplement...

    ReplyDelete
  3. noli, ngandung ek???

    Asha, yg plg k.pija terasa milk booster adalah hati ikan yu... buat kari dan letak halba lebih sikit..

    ReplyDelete
  4. TQ for sharinggg.. sgt2 membantu

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!