Wednesday, June 06, 2018

Jadilah Sahabat Yang Baik (Bila perlu mendengar masalah rumahtangga sahabat kita)

Bismillah,

Seorang sahabat datang mengadu kepada kita tentang rumahtangganya.. apakah peranan kita?? Barangkali dia bukan mahukan advice dr kita kerana solusi sebenarnya ada pada dirinya sendiri dan juga munajatnya kepada Allah.

Dia sekadar mahukan seperti apa yang tertulis di dalam gambar. Sungguh!



Jadilah sahabat yang baik kepadanya. Kerana itu dia memerlukan kita untuk berada disisinya. Sekadar untuk menumpang bahu kita sebentar.

Cubalah, jangan beratkan masalahnya dengan terus menyalahkan dia. Jangan juga beratkan masalahnya dengan menghancur lumatkan kasih sayangnya terhadap pasangannya.

Masalah dia takkan selesai dengan kita memburukkan pasangannya dan terus mempersalahkan dirinya. Beritahu dia supaya sentiasa tetap di jalan Allah. Hanya dengan itulah jiwanya akan menjadi tenang.. ujian bg dia adalah pengajaran bagi kita sebenarnya.

Tiliklah diri, adakah kita sahabat baik itu?



Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!