Wednesday, June 06, 2018

Cara Mencuci Sayur, Makanan Laut dan Daging

Bismillah,




Suka untuk saya ulang lagi dan lagi. Passion saya adalah dalam perkara healthy living. Saya suka bercakap tentangnya kerana saya mahukan kebaikan kepada kita semua.

Selalu kita dengar sayur yang terjual di pasar ni banyak pesticides sementelah sayur tu datang dari sebelah Thailand dan Cameron Highlands. Tonton video TEDx tu untuk tau gelapnya industry pertanian kita ni 😑.

Cerita pasal sayur ni banyak sangat dah dengar. But still kita ni nak juga makan sayur sebab mahukan khasiat daripadanya. Letih kan?

Haritu alhamdulillah rasa rezeki lapang sikit, selalu dapat ke KB jadi boleh ke Aeon beli sayur organik di bahagian organik. Sebab tu anak-anak selalu tanya bila boleh nak makan sayur tu lagi. Umi je yang tak ke KB sangat dah huhu..

Alhamdulillah dah ada mesin ozon di rumah, hadiah dari my besties 😘. Alhamdulillah suka sangat. Senang saya nak neutralise apa yang patut pada bahan masakan (daging dan sayur).

Ada sebab kenapa saya akur dengan pilihan suami saya untuk duduk di Kuala Besut. Selain lebih dekat dengan mertua, disini banyak bot kecil bawa ikan dan kita boleh beli daripada mereka. Sekurang-kurangnya mereka tak guna pengawet ikan (formalin) supaya ikan tahan lama.

Pun begitu kita tak boleh elak pencemaran yang berlaku dilautan. Jadi, ikhtiarnya adalah dengan mencuci bahan ini dengan baik. Begitu juga dengan sayur dan buah.

Saya sertakan 3 jenis cara basuh bahan-bahan ini (bahan-bahan yang saya maksudkan adalah daging -semua jenis hidupan laut dan darat, sayur dan buah) :

1. Cuci dengan soda dicampur perahan limau

Bagi saya ni kaedah paling murah dan lega. Mohon tag kakak saya Noratikah Mat Ail kerana info ini saya dapat dari beliau. Katanya kawan kepadanya advice kaedah ini sebagai kaedah paling berkesan untuk cuci bahan selain rendam dengan air campuran cuka buah, garam laut DLL.

2. Gunakan solution yang boleh bantu kita cuci bahan kita. Saya tak pandai advice jenama lain sebab saya tak maklum tentangnya. Tapi saya ada dengar sabun pencuci botol bayi boleh digunakan untuk mencuci bahan makanan juga. Walau apa pun periksa dulu ya precautions nya.

Satu jenama yang saya boleh advice adalah Dish Drop dari brand AMWAY. Ada banyak video demo yang tunjuk bancuhan air dan dish drop ni boleh membuang lilin pada brokoli dan anggur, boleh menyegarkan sayur yang hampir layu juga. Malas nak cerita disini sebab saya dah banyak taip dalam link di bawah ni. Silalah baca ya 😅..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2035970430002437&id=100007684993335




3. Satu lagi adalah mesin ozon (#mesinozon).

Ada banyak jenis mesin Ozon sebenarnya sebenarnya, bawah RM 200 pun boleh jumpa dan saya jumpa harga ribu-riban yang kak Suzilawati kita jual. Yang ni boleh pm k.Suzi kita ya.. brand dia memang best!

Dia mahal kenapa? Must be for a reason lah. Tapi kena mau tau semua ozone machine does the same job, it's just a matter of choice. Ada nak yang ada brand sikit sebab nak assurance (betui ke dia mencuci DLL) dan juga mahu warranty.

Kalau tanya saya, saya guna jenama iKitch. Di situ dah ada butang tertera yang mana manufacturers dah pre-determine cleansing time.



Selalunya bila cuci dengan mesin Ozon ni, diorang pernah buat test yang mana selepas 30 minit Ozon daging, bila diuji dah tak ada antibiotic traces dalam daging tu.

Dan dengan mesin ozon ni boleh buat dry or wet ozone (yang macam saya selalu tunjuk buih dalam post-post sebelum ni tu lah)

Dry ozon contoh:
-leave ozon machine in middle of room dan ozon for 30-45mins...leave room dan close all windows/doors. It remives odors/fungus/bau kepam dan segala...refreshes dan cleanse the room/air

-collect all toys...masuk dlm big bin bag dan ozon 30 mins...disinfect toys naturally tanpa chemicals

-lepas cuci kereta dan vacuum (tak buat pun takpe), masuk kan tiub ozon thru small window opening dan ozon 30-45mins.

Ok, kalau nak beli mesin ozon jenama iKitch ni, boleh bagitau saya. Harganya RM 699 plus pos dah tu. Ada warranty setahun tertakluk pada terma dan syarat.

Ok, kalau nak beli dish drop pun boleh bagitau saya juga ya... In syaa Allah saya cuba bantu apa yang patut.

Baik, kalau ada apa nak tanya pasal dish drop atau mesin Ozon boleh soal di ruang komen ya..

Nak WhatsApp saya pun boleh 0199515058


Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!