Wednesday, June 06, 2018

Nota Kuliah Tafsir Surah alFatihah

Bismillah,





Kuliah tafsir

Sebelum baca nota saya ni, elok juga dengar dulu video saya rekod tu cuma dalam video tu saya lupa nak mention yang 4 bahagian yang dimaksudkan dari alhamdulillah sampai malikiyaumiddin tu setiap surah alfatihah, alAn'am, alKahfi dan AsSaba' start dengan ayat alhamdulillah... Tak faham boleh tanya ya.

Ps : Macam tak boleh nak upload video, kalau rajin tengok di link ini ya.. : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2040139376252209&id=100007684993335

Untuk dengar audio dari maulana, boleh buka telegram ni dan pergi terus kepada kuliah 7 pada tarikh 3 Mei ya..

Daurah Tafsir Al Qur'an 2018 - Menyiarkan Rakaman Daurah Talaqqi Tafsir 30 Juz Al Qur'an yang dibacakan oleh Al Fadhil Maulana Abdul Hadi bin Hj Ya'akub, Mudir Pondok Darul Uloom, Kg Laklok, Jertih, Terengganu. (Kuliah akan bermula 1 Mei sehingga 12 Jun 2018)

https://t.me/DaurahTafsir2018

Surah alFatihah
Kita sentiasa baca surah ini dalam solat. Nama lain surah ini ialah Ummul Quran (induk/ibu al-Quran), ta’limul mas’alah (mengajar hamba cara berdoa) dll.

Ummul Quran
- segala isi al-Quran ada dalam alFatihah
- siapa yang belajar dan boleh faham tuntutan makna alFatihah maksudnya dia faham seluruh al-Quran,
- Gagal faham surah ini = gagal faham surah lain
- Perumpamaan - kita kena tahu no 0-9 kerana dari 10 nombor inilah menjadi asas angka, begitu alFatihah dengan surah lain, benda yang sama diulang dalam surah lain
- Perkara penting disebut disini
- AlFatihah dibahagi kepada 4 susunan(jumlah)
+ Bismillahirrahmanirrahim
+ Ayat 1-3 (ketuhanan)
+ ayat iyya kana‘budu
+ ayat last
- sebelum susunan di atas ada jumlah muqaddarah bermula perkataan ‘quuluu’
- Itu menunjukkan arahan Allah supaya sebutlah benda ni semasa munajat

Kita mula dengan quuluu yang kedua, dimulai dengan Alhamdulillah sehingga malikiyaumiddin. Ayat ni ada 3 ayat tapi dari segi pecahan makna, ada 4 bahagian. Semua bahagian dimulai dengan Alhamdulillah

Bahagian pertama
Dari surah alFatihah ke akhir surah alMaidah

Bahagian kedua
Bermula surah al-An’am (bermula dengan Alhamdulillah) sehingga surah bani Israil (al-Isra’), surah sebelum surah alKahfi

Bahagian ke-3
Bermula surah alKahfi (bermula dengan Alhamdulillah) sehingga surah alAhzab

Bahagian ke-4
Bermula surah Saba’ (bermula dengan Alhamdulillah) sehingga akhir

4 bahagian ini adalah nisbah kepada keTuhanan, ada dalam surah alFatihah. 3 ayat awal alFatihah, mewakili seluruh ayat dalam al-Quran mengenai ketauhidan

3 ayat :
Alhamdulillahi robbil ‘alamin - dua bahagian iaitu Alhamdulillah satu bahagian (Fatihah hingga al-Maidah) dan robbil ‘alamin bahagian kedua (al- an’am ke al-isra’)

Arrahmanirrahim - mewakili satu perempat ke-3 (bermula surah alKahfi sehingga alAhzab).

Malikiyaumiddin - bahagian 1/4 akhir (dari surah Saba’ hingga akhir alQuran)

Ayat 1 :
Alhamdulillah - lafaz ketuhanan dalam ayat ini pada lafaz Allah, pujian hanya kepada Allah.
- Pujian kepada Allah. Allah tu siapa? Rabb yang menciptakan kita
- Bila kita dah terima Allah tu Maha Pencipta maka, ingatlah dunia ni kita kena terima semua suruhan dari Allah saja, tiada yang lain.
- Bermakna dari surah AlFatihah ke al-Maidah cerita tentang sifat Maha Mencipta (al-Khaliq)
- Dalam memahami Allah bersifat alKhaliq ni, kita kena faham yang kita sangat terhutang budi kepada Allah sebab beri kita kehidupan ni. Sebab tu kita patut balas jasa itu dengan memberi kehambaan kita kepada Allah sebagaimana apa yang kita lakukan kepada orang yang berjasa kepada kita.

Rabbil ‘Al-Amin
- Ertinya memelihara semesta alam termasuk manusia dan jin yang ditentukan akhirnya sama ada syurga dan neraka.
- Allah jaga kita sampai tahap matang dan sempurna sejak dalam perut lagi. 
- Cuba fikir dalam perut pun kita dah perlu nutrisi tapi ibu tu sendiri tak boleh nak jaga janin di dalam perutnya, maka disitu Allah yang menjaga
- Saat bayi dah keluar dari perut, dia tak akan dapat masuk balik ke dalamnya
- Bila dah keluar je bayi tu, maka Allah beri susu pula padanya, sedang baby tu tak pandai minta, hanya pandai menangis. Tapi hanya dengan tangisan itu, semua keperluan bayi akan dipenuhi oleh orang yang menjaga dia.
- Kemudian Allah beri pula perasaan kasih seorang ibu kepada anak yang mana dengan perasaan ini dia tak akan ketepikan anaknya.
- Pada bapa juga, Allah campakkan rasa pentingnya anak itu dijaga dan dikawal
- Tapi manusia itu, bila dah boleh berfikir dia rasa ibu dia yang jaga dia. Kemudian bila dia fikir lagi, dia rasa bapa dia yang jaga dia sebab bapanya yang menanggung keperluan dia. Tapi bila dia fikir lagi, dia tau yang majikan bapa yang bagi duit padanya. Setiap kali itu dia akan rasa tertipu kerana dia tak kenal Allah, jika tahu allah yang sediakan semua untuk kita maka kita kena taat kepada Allah. Maka, jangan lari dari wahyu yang membantu kita jaga jiwa kita

Ayat dua : ArRahmanirRahim
- bila dia telah remaja dan matang, dia mula tak nak duduk dengan IbuBapa, mahu beristeri dan bersuami —iaitu boleh berdikari
- Namun tetap saja kena ingat bahawa Allah yang Maha Mentadbir urusan kita di dunia, bukan diri kita sendiri
- Arrahman - Maha Pemurah - diberi kepada hamba segala kebolehan dan keperluan kepada manusia tak kira Muslim dan jin kafir dan Muslim
- Ar-Rahim - untuk akhirah - mana-mana hamba patuh syariat maka Allah takkan ulang ujian kali kedua
- ArRahman ni Allah sanggup melihat hamba menderita kerana agama, sebab tu Nabi kita semua menderita. Ada hadis Nabi kata, seksa yang baginda hadapi tak pernah dialami oleh Nabi sebelumnya meskipun tempoh hayatnya hanya singkat. Seksa diberi kerana mahu meninggikan darjat di syurga.
- Nak mudah faham, biasanya dalam keluarga ayah lebih tegas dan rela biar anak dia rasa susah supaya anaknya jadi bagus dalam menjalani kehidupan namun ibu pula, dia tak sanggup tengok anaknya susah, biar dia saja yang tanggung kesusahan itu. Anak ni tadi membesar dalam adunan dua bentuk kasih sayang ni menjadi anak yang berguna
- Ar-Rahim ni Allah beri bila hamba dah meninggal dunia, Allah takkan buat hambaNya yang terpilih menderita
- Hadis - jika manusia ada hajat, kena minta dari Allah sebab Allah adalah arrahman, tak pernah kecewa manusia yang selalu buat istikharah

Ayat tiga : malikiyaumiddin
- Yang berkuasa yang memiliki hari pembalasan
- Kita ada pengalaman dah didunia, tapi kita tak ada pengalaman selepas mati
- Sehebat mana manusia kalau sebut pasal mati, perasaan jadi pudar
- Sebab itu Waktu makan, tak elok cakap pasal mati sebab akan menyebabkan perasaan pudar
- Tapi waktu lain, digalakkan cakap pasal mati kerana ia akan mencerahkan hati supaya buat persiapan
- Disebabkan kita tak tau tentang mati, mesti ada perasaan takut baik Nabi, mahupun wali apatah lagi manusia biasa yang berdosa
- Jadi, jika kita faham bahawa Allah yang menguasai hari pembalasan maka kita akan jadi manusia yang patuh (jaga syariat Allah)
- Walaupun kita belum sampai ke masa akhirat tapi perkara tu dah pun disebut dalam banyak ayat Quran serta hadis, sehingga kita boleh rasa macam berada disana
- Disebabkan ada hari pembalasan inilah kita tak pernah rugi di dunia walau ditipu, walau dizalimi, walau dikhianati kerana semua ini kita akan dapat pembalasannya (keadilan) di akhirat dengan syarat kita sabar
- Hadis - aku hairan tentang orang mukmin, semua urusan hidupnya ada pahala. Dapat ujian dia sabar dia dapat pahala, bila dapat sesuatu nikmat, dia syukur, pun dia dapat pahala.
- Ayat malikiyaumiddin ni adalah rangkuman surah yang cerita hari akhirat. Sebab tu Nabi banyak baca surah-surah akhir ni sebagai peringatan kepada kita tentang tauhid dan hari akhirat.

3 bahagian yang sebelum ini, ada dalam kitab Taurat, Injil dan Zabur. Apa yang ada pada bahagian ke 4 al-Quran ini tidak ada dalam tiga kitab itu, hanya ada dalam al-Quran.

Iyya ka na‘budu wa iyya ka nasta’in
- Oleh kerana Allah yang mencipta, yang memelihara, yang mengurus dan mentadbir kehidupan kita sebelum dan selepas mati, yang berkuasa penuh dihari pembalasan, maka iyya ka na‘budu wa iyya kanasta’in - kepada Mu saja kami sembah dan kepada Mu saja kami mohon pertolongan
- Bantuan dan pertolongan yang kita mahu adalah hidayah, kebahagiaan, kepuasan, penyelesaian kepada segala masalah, sempurna segala hajat dunia dan akhirat
- Bila kita bersedia untuk buat ibadah maka kita akan diajar caranya dan bila kita buat maka Allah akan beri rahmatNya kepada kita
- Fatihah itu rahsia al-Quran dan rahsia al-Quran itu ada pada ayat ini
- Untuk hurai ayat iyya ka na‘budu ada dalam surah azZumar
- Untuk hurai ayat iyya ka nasta’in ada dalam surah hamim 7 (7 surah selepas surah azZumar yang start dengan hamim)
- Hadis riwayat ibnu Abbas r.a - setiap benda ada intipati, punca dan intipati al-Quran ada dalam surah hawamim(hamim 7)
- Cara minta pertolongan adalah dengan menyeru Allah dengan ya Allah atau Allahumma (lafaz isti’anah) ini adalah teras syariat tidak boleh guna pada perkara lain, hanya kepada Allah sahaja (iyya), tapi jika jahil syaitan seru kita guna lafaz ini kepada selain dari Allah, akibatnya aqidah rosak.
- Jika aqidah rosak, maka apa jua amal akan jadi rosak
- Saidina Abu Bakar kata rahsia alFatihah tu ada pada ayat ini. Pada ayat ni ada dua jumlah (bentuk ayat). Iyya ka na‘budu adalah pendahuluan sahaja, yang penting ada pada iyya ka nasta’in.
- Bantuan terbesar kita minta dari Allah adalah pimpinan hidayat. Jika dapat hidayah, maka segala-galanya kita dapat.

Dua Ayat akhir (ihdina...)
- sirat bermakna jalan - bahasa majazi bagi agama, kerana agama adalah cara hidup sehingga kita dapat jumpa Allah SWT
- Al Mustaqim - Jalan yang diberitahu adalah lurus - lebih cepat sampai pada Allah (seperti jalan yang bengkang bengkok menjadi lurus untuk kurangkan bahaya dan cepat sampai)
- Mohon pada Allah bawa kita ke jalan yang lurus
- Dalam surah alAn’am (haza siroti mustaqiman fattabi’uh - ini jalan tauhidKu, ikut saja dia, wa la tattabi’ussubula - jangan ikut kanan dan kiri, akan memisahkan kamu dari jalan sebenarnya dan tersasar)
- Tauhid sebenarnya adalah perkara yang mudah difahami, malah paling mudah dari segala kitab yang ada - masalahnya kita saja yang tak belajar
- Allah dah kata Dia dah mempermudahkan al-Quran tapi kita selalu dengar tak boleh belajar sebab tak ada asas, maka berjaya lah syaitan menjauhkan manusia dari wahyu
- Jalan lurus adalah amal-amal yang berbentuk tulisan dan bacaan, tak bawa erti jika tidak dibuat
- Allah ajar jalan tu adalah jalan yang dah digunakan orang yang terdahulu dan berjaya, bukan jalan yang sesat yang gagal
- Allah beri pilihan supaya kita pilih jalan Nabiyyin, siddiqin, syuhada, solihin bukan golongan yang maghdub-dimurkai (Yahudi dan musyrikin) waladdhollin-sesat (Nasara dan munafiq)
- Yahudi - kisah panjang lebar dalam surah alBaqarah
- Nasara - golongan yang sesat dalam mencari, dah diberi model tapi buat anggapan sendiri kerana jahil dan degil, kisah panjang lebar ada dalam surah Ali Imran
- Surah al-Baqarah dan ali Imran adalah kisah dua golongan yang beragama tapi sesat, sesat Yahudi adalah kerana mereka adalah maghdubi ‘alaihim dan sesat Nasara adalah kerana waladdhollin
- Munafiq - sebelah kaki dalam Islam, jika mati masuk ke dasar neraka terus kerana sesat dalam kebenaran, kisahnya panjang lebar ada dalam surah anNisa
- Dalam surah alMaidah digabungkan kisah kesemua golongan tu (Yahudi, Nasara dan munafiqin)
- Musyrikin - kisahnya ada dalam Surah alAn’am, surah ni turun sekaligus dari awal hingga akhir ayat
- 4 surah paling awal ni terus cerita tentang golongan yang sesat ni, adalah untuk kita elakkan dari mempunyai sifat sedemikian 

Habis baca al-Quran kita sebut amin bermaksud perkenankanlah

Bismillahirrahmanirrahim
- Allah ajar apa saja nak buat, mesti mohon berkat dari Allah
- Ada banyak syair Arab, kadang mereka sebut bismillah bila nak buat perkara yang besar-besar, kadang-kadang mereka sebut bismillata wal uzza pada perkara kecil.
- Disebabkan mereka jarang berhadapan perkara besar maka kerap mereka sebut bismillata wal uzza
- Untuk batalkan penggunaan ini, kerana segala nama tiada keberkatan selain nama Allah
- Sebenarnya pada lafaz Bismillahirrahmanirrahim ni, dizahirkan dua dan dihazafkan dua
- Bismillah disebut - di hazaf rabbil ‘alamin
- Disebut arrahmanirrahim - di hazaf malikiyaumiddin
- Ini bagi meringkaskan bacaan - asalnya bismillah robbil ‘alamin, arrahmanirrahim malikiyaumiddin
- Paling ringkas sebut bismillah saja pun sudah memadai


Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!